Homestay untuk di sewa
Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM120 - RM150 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 013-4500678, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.
Friday, September 30, 2011
GAJI NAIK - DARI SSM KE PROSPEK - TAHNIAH
DUNIA - MEMANG SUDAH GILA
Kini dunia barat dan timur sudah sama saja, etika kehidupan yang berdisplih sudah tidak di amalkan, sopan santun sudah di lenyapkan, landasan dan corak hidup harian sudah menyerupai " binatang ". Haiwan memang dari dulu tidak berpakaian, tapi sebaliknya manusia dengan akal di kurniakan oleh Allah mampu berfikir yang mana baik dan buruk serta mengelakan dari perbuatan salah laku.
Gambar ini jelas menunjukkan " manusia " sudah seperti binatang.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.
Secara umumnya daerah San Francisco tidak melarang perbuatan berbogel di khalayak ramai, namun baru-baru ini seorang pemerhati bandar telah mengusulkan satu undang-undang kawalan terhadap amalan itu.
Pemerhati, Scott Wiener menyarankan agar dikenakan peraturan untuk mengenakan pelindung bahagian kemaluan di restoran.
Beliau juga mengesyorkan agar orang ramai yang ingin berbogel menutup bahagian pinggang ke bawah ketika berada dalam kenderaan awam.
"Orang ramai di sini, yakin bahawa tiada sebarang ketidaksopanan atau kesalahan terhadap anggota badan manusia," tambahnya.
"Saya langsung tak rasa malu pun," kata Michael Zaverton, 58 salah seorang peserta yang ditemubual.
Bagaimanapun dia mengakui tidak pasti sama ada akan menyertai lebih banyak demonstrasi bogel seperti ini di lain waktu.
"Ia memerlukan keyakinan sedikit kerana kebanyakkan lelaki-lelaki ini, tidak memiliki badan yang cantik," tambahnya lagi dalam nada bergurau.
Ehsan: http://umnoisdead.blogspot.com & milosuam.blogspot.
Thursday, September 29, 2011
PDRM - KELAJUAN MEMBUNUH

Kamera - penjegah kelajuan
Kini PDRM tidak lagi perlu menunggu " mangsa " kelajuan dengan duduk di bawah jejantas ( khusus ) untuk di lebuh raya. PDRM telah menggunakan kaedah yang " up to date " di setiap jejantas di sediakan kamera dan mereka hanya menunggu di satu lokasi yang sesuai tuntuk menyerahkan sama kepada pemandu yang teperangkap dengan kelajuan tersebut.
Untuk pengetahuan di senarikan di mana " fly-over " yang di sediakan dengan kamera-kamera tersebut:
Team Ultimate-X
PLUS North Bound (ke Utara)
*Under a bridge at about 456km, Sg Buloh junction.
*Under a bridge at about 459km, Bukit Lanjan interchange.
*Under the overhead restaurant at Sg Buloh.
*Under the last bridge before Sg Besi toll at 309.2km.
*Under the bridge at 296.5km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, after Nilai North junction.
*Under the bridge at 286.5km, Nilai North junction.
PLUS South Bound (ke Selatan)
*Below signboard at about 454.6km and 455.2km, Sg Buloh layby.
*Under the bridge after Subang junction at 11.3km.
*Under the bridge at 22km, Bukit Lanjan junction.
*Under the bridge before Mint hotel, Sg Besi Toll. 80km/h only!
*Under the bridge at 302.8km, Kajang junction.
*About 1km south of Bangi junction, both south and north bound outer lanes
*At 296.5km and 297km, Bangi junction.
*Under the newly constructed bridge at 289.0km, before Nilai North junction.
*At 285.5km and 285.8km, Nilai North junction.
*On center divider at 251.8km and 253km after Senawang junction.
*After Alor Gajah junction at 213.9km, next to water theme park.
*Behind the right hand crash barrier at 198.4km.
Elite Central Link East/North Bound
*On left hand side at 4.8km after Batu Tiga/Shah Alam exit
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
Elite Central Link West/South Bound
*Under the overhead restaurant at USJ/Hicom junction about 8.5km. 90km/h zone!
*Below the bridge before USJ/Hicom junction at 10.5km.
*After exit from KLIA toll to the airport, below Jalan Pekeliling flyover.90km/h
NKVE East/North Bound
*300m before Jalan Duta toll, 60km/h!
*Behind crash barrier on the left when going towards Jalan Duta toll, at 24.9km, 80km/h!
*Below bridge at Damansara Junction, 17.5km
NKVE West/South Bound
*Behind crash barrier on the left when leaving Jalan Duta toll from KL, at 25.3km and 25.7km, 80km/h!
*From Jln Duta, below the bridge, 23km, 80km/h zone!
*From Jln Duta, at the underpass at Sg Buloh Y-junction, 22km.
*Behind crash barrier at Damansara Junction, 17.7km and 16.8km
*Below railway bridge at 11.2km
*Under the bridge at Shah Alam junction.
Kesas East Bound
*Under the bridge at 44.8km, downhill run after Puchong junction.
Kesas West Bound
*At Sg Besi side of East Bound Toll. Kuala LumpurCity
*Jalan Duta; below the flyover at the Damansara junction, 70km/h zone.
Klang
*Dual carriageway between Klang and Port Klang. Towards Klang direction, at about 13km mile stone. 70km/h only!
East Coast
*Road sign at Karak highway is inadequate especially at Y junction; if you are unfamilar, go slow.
*East bound, downhill run after Raub junction.
*Maran, 60km/h zone.
*Paya Bungor, 70km/h zone.
SPEED TRAPS IN JOHOR South Bound
*Tangkak junction.
*Under the bridge after Yong Peng
North junction
*at 97.3km.
*Ayer Hitam junction.
*Sedenak junction.
SPEED TRAPS IN PERLIS, KEDAH AND PENANG
North Bound
*Around Ayer Hitam in 60km/h zone.
*Before Perwaja Steel.
*Sg Petani junction.
*Between Seberang Jaya junction and Sg Dua Toll.
*PenangBridge at island end.Speed limit 80km/h.
South Bound
*PenangBridgeisland end. Speed limit 80km/h.
*About 2km before Juru Toll Speed limit 90km/h.
SPEED TRAPS IN PERAK
North Bound
*Under the bridge at 197.1km and 198.8km, afterKamunting Junction.
*Under the bridge at 204.3km, after KamuntingJunction.
*Under the bridge at 208km, before Kamunting Junction.
*Under the bridge at 214.8km, before Kamuntingjunction.
*Ipoh Vista Point at about 263km. Speed limit 80km/h.
*Under the bridge at 271km, Ipoh North Junction.
*Under the bridge at 274.4km, Ipoh South Junction.
*Under the bridge at 286.9km, Simpang Pulai Junction.
*Under the bridge at 296km, Gopeng Junction.
*Under the bridge at 352.6km, after Sungkai Junction.
*Under the bridge at 353km, Sungkai Junction.
*Under the bridge at 373km, Slim River Junction.
South Bound
*Under the bridge at 199km, before Kamunting junction.
*Under the bridge at 241.9km, at Kalau Kangsarjunction.
*Under the sign post at 296.1km, before GopengJunction.
*Under the bridge at 297km, at Gopeng Junction.
*Under the bridge at 300km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 308.6km, after Gopeng junction.
*Under the bridge at 372.6km, at SlimRiver junction.
BERHATI-HATILAH DI JALAN RAYA.
Wednesday, September 28, 2011
ABDULLAH CD - BUKIT KEPONG SATU PENIPUAN
ehsan : kini & silam.
Tuesday, September 27, 2011
POLIS SUDAH TIDAK ADA ETIKA KERJA.


" Saya akan Bekerja Berpaksikan Kepada Bidang Yang
Di peruntukan Oleh Undang-Undang
Dan Menentukan PDRM Terus Memberikan Perkhidmatan Terbaik
bagi Kesejahteraan Rakyat
dan Negara Malaysia "
Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang dekat sini pada 11.30 pagi Sabtu lepas.
Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.
"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut."

Apakah ini Profesional? ( gambar hiasan )
"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Katanya kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.
"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul."
"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tahu dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.
Dia berkata dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.
"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata beliau telah menerima laporan tentang kejadian itu.
"Kita telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya. - Bernama
Sunday, September 25, 2011
A.SAMAD SAID - GEMPUR DUN CHANGKAT JONG
Dengan suara serak-serak basah, beliau membacakan puisinya, serangkap demi serangkap di baca dan di ulas setiap rangkap yang di baca, pendedahan puisi tersebut telah ada kaitan dengan apa yang berlaku di zaman perkembangan Islam zaman dulu.
" sedetik terkesan kemana kedamaian,
atas dataran gunung di mana tempat merujuk berhujjah
sayup merenung oleh terus dalam kedamaian
yang gusar dan menakutkan
apakah yang dapat di lakarkan
( ianya sama saja sedekat yang lalu )
Kita sedang gusar juga kini
yang wira di katakan bukan wira
yang tidak wira di katakan wira
Mat Indera di katakan penganas
Orang Putih yang menentang mat Indera
pula dikatakan wira ......
Cik Siti Aisyah Shaikh Ismail
Najib lupa pada pembentangan bajet 2011 pada Oktober 2010, beliau telah meluluskan " penambahan 6% kepada pengguna telefon bimbit, apabila pihak berkenaan ingin menaikkan, Najib mengecam dan menidakkan kehendak mereka. Apakah Najib ingat masyarakat Malaysia pada hari ini " bodoh " dan buta membaca? Tanya Siti Aisyah, bagitu juga jika kita memberkan mandat lagi selepas PRU13 nanti pihak kerajaan akan melaksanakan GST ( Goverment service Tax - cukai perkhimatan kerajaan ) sudah tentu yang jadi mangsa ialah Rakyat.
Bagi AMK ( angkatan Muda - dari PAS, PKR, DAP ) adalah diharapkan agar perlu bersedia dari sekarang sehingga pembubaran parlimen di umumkan. Ini kerana gulongan muda perlu memainkan peranan dalam usaha untuk memastikan PRU13 nanti memberikan satu imput yang baik untuk PR ke Putra Jaya.
YB Dr. Zulkifli bin Ahmad
AP Kuala Selangor
Satu fenome baru dalam politik tanah air ialah di mana penglibatan semua pihak masa kini, kita lihat bagaimana berjayanya BERSIH 1.0 dan kemudian ikuti dengan BERSIH 2.0, bagaimana NGOs lain, sama ada ianya menyokong atau penetang kerajaan, Keujudan PERKASA memang jelas NGO ini untuk memastikan BN terus berkuasa, kita lihat juga Patriotik.
Kita lihat pula bagaimana BAPA ( Felcra ) dan ANAK ( Felda ) memainkan peranan bagi membantu peneroka di kawasan masing untuk menangani setiap masalah yang telah lama di kumpul oleh pihak pemerintah. Penglibatan NGOs ini agak baik kerana ianya dapat membantuk dan kekedang juga menyusahkan badan politik.
Saturday, September 24, 2011
UMNO - BUDAYA MEWAH JADI DARAH DAGING
Di majlis penyampaian wang pendahuluan PTPTN peringkat Parlimen Pasir Salak yang di adakan di perkarangan Masjid Sultan Azlan Syah Kg. Gajah pada 24 Ogos yang lalu, Ahli Parlimennya YB Dato Tajuddin berterusan memanjangkan fitnah salah laku YB DSAI, memperli kepimpinan YAB Tuan Guru Hj. Nik Aziz dan YB Tuan Guru Haji Hadi. Kenapa beliau masih " bersedia " untuk meneruskan tohmahan sedemikian dalam bulan yang mulia, adakah beliau " bukan muslim " dan tidak tahu hukum hakam? Apakah beliau merasakan ada kekebalan dalam dirinya ?
Menjelang Syawal pada sebermula dengan Jamuan Raya untuk peserta Felcra Seberang Perak di Tapak Perumahan Generasi Kedua seterusnya Jamuan Raya di sekolah-sekolah rendah dan menengah seolah-olah ianya satu pesta pengagihan kewangan, wang diagih kan kepada semua murid, semua guru dan beberapa peruntukan di luluskan ke tahap yang sungguh mencurigakan.
YB Dato Tajuddin menyampaikan sumbangan kecemerlangan UPSR di majlis aidilfitri anjuran Felcra Wilayah Perak, di perkarangan Pejabat Felcra Bendang Besar, Kg. Gajah. Sumbangan kecemerlangan UPSR ini ialah untuk tahun 2010 - sudah setahun berlalu.
Sebahagian dari jemputan, yang melayan perasaan masing-masing
disamping mendengar ucapan Pengerusi Felcra tersebut.
( Senarai jamuan oleh Ahli parlimen Pasir Salak - yang teringat )
31 Ogos - di Tapak Perumahan Generasi ke 2 ( Felcra )
13 Sep. di SK Pulau Juar
14 Sep. di SK Tok Pelita, Pasir Salak
18 Sep. di SK Tanjong Bidara
20 Sep. Jamuan kelolaan Felcra Wilayah Perak
23 Sep. di SK Dato Sagor, Kg. Gajah
24 Sep. Jamaun bersama PM di UITM Sungai Galah
26 Sep. di SMSultan Abdul Jalik, Sbg. Perak.
Sekolah-sekolah yang di kunjungi seolah-olah menerima " durian runtuh ", setiap murid/pelajar menerima antara RM10 - RM50 dan guru-guru dan kakitangan pula RM100 setiap orang dan peruntukan sekolah mengikut permohonan yang dipohon oleh pihak sekolah. Ada sekolah yang di luluskan hampir RM100k, untuk membina perhentian menunggu ibubapa semasa mengambil anak waktu pulang sekolah, ada peruntukan untuk membina " laluan berbumbung " ada juga untuk pusat sumber. Hatta apa saja yang dipohon insyaalah ia tidak menghampakan. Wang mengalir seperti air sungai Perak dari Gerik ke kuala sungai di Bagan Datoh. Tidak ada apa-apa halangan untuk pengalirannya. Sumbangan yang diberikan di premis sekolah pula tidak melibatkan ibubapa, jadi sudah tentulah ibubapa / penjaga " bersungut " mengapa di berikan sumbangan kepada guru sedang kami tidak.
Pokok persoalan mengapa agaknya YB Dato, semasa berucap tak kira semasa Ramadhan mau pun Syawal, bibirnya tak tertinggal untuk mengkrikit kepimpinan PAS dan PKR. Sepatutnya Ramadhan bulan kita mempertingkatkan amalan, kerana sepanjang Ramadhan adalah bulan di mana manusia " MEMPERTINGKATKAN HUBUNGAN DENGAN ALLAH " dan sudah sepatutnya meninggalkan amalan yang dilarang.
Terutama menjaga lidah yang sering melimparkan fitnah. Kemudian Semasa Syawal pula kita " MENGERATKAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA " kita perlu bermaaf-maafan. Tapi malang sekali kepada YB Dato, ahli Parlimen Pasir Salak ini yang juga Pengerusi Felcra Berhad. setiap ucapan di mana sahaja kata-kata maaf untuk " musuh " politik tidak kedengaran sebaliknya tuduhan-tudahan di teruskan. Beliau masih sanggup meneruskan serangan terhadap DSAI. Sanggup menidakkan pakaian jubah tuan guru Hj. Nik Aziz, Hj. Hadi, mengapa beliau anti sangat dengan mereka ini?
Kain rentang jemputan Rumat Terbuka YB Tajuddin dengan YAB PM
Mungkin agak jemputan pada 24 Sep. ini dengan Rumah Terbuka Aidilfitri bersama PM adalah sambutan hari raya tersuhur kelolaan beliau. Di fahamkan jemputan dari seluruh UMNO cawangan di Parlimen Pasir Salak, untuk kehadiran mereka di sediakan bas, dan semua Ketua Kampong amat perlu memenuhi bas yang disediakan. Berapa agaknya kos penyediaan bas-bas tersebut? Kalau sebuat bas di anggarkan RM600, cawangan UMNO ada 120 dan dianggarkan 100 cawangan memerlukan bas tersebut ini bermakna RM60K di sediakan untuk sewaan. Banyaknya wang yang mengalir.
Itu sewaan bas, yang lain, jamuan, pesiapan,
sewaan khemah serta lain-lain perbelanjaan agak
sudah pasti di jangkakan ratusan ribuan diperlukan.
Banyaknya wang pemimpin UMNO, dari mana mereka dapat wang sebagitu banyak, apakah mereka ahli perniagaan, apakah mereka ada tabungan di mana-mana, apakah mereka memang di latih untuk bersedia dengan seribu macam pembaziran?
Kita perlu fikir sendiri dan bertindaklah untuk kebaikan
masa dengan anak bangsa, agama dan negara.
Friday, September 23, 2011
16 SEPTEMBER - HARI PENENTUAN DSAI & DSN
Perancangan DSAI pada 2009 untuk menubuhkan kerajaan baru pada 19 Sept. telah meninggalkan kesan yang cukup " mengelupurkan " kepimpinan UMNO / BN. Apa tidaknya kesan dari PRU12 dengan ujudnya tsunami politik yang mengakibatkan kegagalan UMNO / BN memerintah dengan bergaya untuk majoriti 2/3 telah gagal. Kerutuhan 5 negeri pentadbiran UMNO / BN juga dapat meninggalkan kesan yang luar jangkaan. Tapi dengan tipu muslihat dan salah guna kuasa UMNO / BN berjaya merampas semula Perak tapi Selangor, Kedah dan Pulau Pinang terus kekal di tangan PR di samping Kelantan sudah 4 penggal.
Dengan itu kini amat jelas persaingan antara DSAI dengan DSN cukup hebat, DSAI merancana untuk Hari Malaysia tapi akhirnya Najib yang laksanakan. 16 September, 2011, Najib merakam sejarah terkini tarikh yang mencetus debat panas sejak 2008 ini dengan menjadikan satu tindakannya berita terbesar yang dikait dengan tarikh ini.
Bagi DSN, pemansuhan ISA ( undang-undang Keselamatan Dlm. Negeri 1960 ) yang di umumkan pada tarikh kelahiran Malaysia memberikan satu kredit kepada beliau dan kini beliau mengatasi DSAI. Walaupun apa yang di canangkan masih lagi menjadi tandatanya tapi DSN menerima kredit dari bebagai pihak. Sudah 6 perdana Menteri, dan pada ketika Najib memegang jawatan itu ISA di mansuhkah.
Benarkah Najib Popular atau semakin terdesak?
Sambutan Hari Malaysia memang tidak dinafikan adalah cetusan idea DSAI, dimana perancangan awal ialah dengan mengujudkan kerajaan baru dan " kesudian " YB Perliman dari Sabah dan Sarawak untuk bersama dalam PR menawan Putrajaya, sungguh meyakinkan dan hasilnya tercetuslah idea Hari Malaysia tersebut.
Sebaliknya, bagi DSN seperti terpaksa menjadikan tarikh 16 Sep. bagai tarikh perayaan peringkat nasional dengan tujuan untuk mengambil hati mereka dari Sabah dan Sarawak. Ini jelas kerana pada masa yang sama PKR mengadakan konvenysen parti di Sabah.
Walaupun DSN bergaya dengan pengumuman mentiadakan ISA tapi beliau juga mendapat tentangan dari dalaman dan kumpulan bukan kerajaan anti-ISA dan ini juga sudah tentu menafikan kredit untuk DSN sendiri. Risiko yang diambil Najib dalam tindakannya ini bukan kecil, kerana mengundang rasa tidak puas hati kelompok lebih konservatif dalam Umno dan kumpulan bukan kerajaan yang menyokong kuat Umno.
Tapi yang menyedihkan ialah ada kalangan cerdik pandai yang menidakan idea DSAI untuk Hari Malaysia tersebut. Tapi akhirnya pihak kepimpinan negara menerima cadangan tersebut dan walau pun ianya lebih kepada " persaingan " politik antara DSAI dan DSN. Yang jelas DSN kini mula memperlihatkan dan mengambil tindakan serta pendekatan yang lebih liberal, malahan dalam beberapa aspek lain sepertin pendekaantan sosial, ekonomi.
Apakah cara ini DSN cuba mengatasi cara DSAI?
Tapi DSN awas kini anda sedang di nilai oleh rakan-rakan dalam UMNO itu sendiri. Pemansuhan ISA ini merupakan satu lagi tindakan Najib yang mencetuskan rasa tidak puas hati kelompok berhaluan kanan dalam Umno dan dalamm kalangan penyokong Umno.
Thursday, September 22, 2011
NAJIB - KETUA BAHAGIAN MENIPU
Najib sudah bangun dari tidurnya, dari igauan mimpi-mimpi indah, sudah nampak gelagak orang-orang sekeliling yang sudah tidak amanah, serta sering memberikan maklumat yang sentiasa " selesa " tapi keadaan sebaliknya. Rasa curiga ini amat patut sekali di rasai kerana, mantan PM - Mahathir juga turut memberikan kritikan kepada " wajah-wajah " cara hidup pemimpim UMNO kini.

" Ubah gaya hidupmewah, rakyat berasa jijik dengan cara itu, parti akan jadi mangsanya,PRU 12 2008, faktor hidup mewah telah salah satu penyebab di mana UMNO gagal menguasai 2/3 parlimen " kata beliau semasa berucap di majlis Perhimpunan 171 wakil rakyat BN anjuran Kelab ADUN BN itu, di program permukiman selama tiga hari di Selangor.
oran yang tidak sah ( laporan tipu ) telah menyebabkan keadaan parti dalam keadaan yang tidak selamat, pelapor memberikan laporan hanya untuk " memikat " hati untu memastikan kedudukan mereka tidak terjejas serta untuk memastikan nama mereka terus menjadi calun di PRU 13 nanti. Malah tegas beliau, penganjuran program 'syok sendiri' juga turut menyumbang kepada kekalahan BN di Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.Diperhatikan masa ini ramai kalangan pemimpin yang telah diberikan peruntukan sejumlah rm2.5 juta setiap bahagian. Telah mengadakan program-program yang berbentuk syok sendiri sahaja. Tambahan musim perayaan ini, di fahamkan ada kalangan YB yang mengadakan majlis boleh dikatakan setiap hari, setiap sekolah diberikan peruntukan untuk menganjurkan majlis, setiap majlis di " taburkan " dengan kewangan yang cukup banyak. Untuk murid/pelajar, guru / kakitangan sekolah dan juga apa saja yang dipohon oleh pihak sekolah semuanya di sempurnakan.
Juga difahamkan setiap perhimpuan itu kehadiran mereka di kerah, di arah, di beri peruntukan bas, wang saku dan bebagai-bagai pemberian, ini jelas kehadiran mereka bukan iklas tetap di paksa. Ini juga boleh memberikan implikasi tidak sihat kepada parti. Jadi pada kesimpulannya, laporan yang di berikan sebagini rupa " tidak " boleh di guna pakai dan ianya lebih kepada " pembohongan " sahaja. Ia boleh menyebabkan parti dalam keadaan " syok sendiri "
Kepada kepimpinan di peringkat " grass root " perlu mau ingat, jangan meneruskan amalan menipu kepimpinan atasan, berilah kenyataan yang sebenar, kalau kawasan itu kelabu nyatakan kelabau, kalau hitam katakan hitam. Barulah sedang kita membuat keraja. Parti amat memerlukan bacaan politik yang tepat. Zaman ini zaman maklumat di hujung jari, pagi cakap tengahari sudah ada maklumat.
Tuesday, September 20, 2011
ANWAR DI PASIR SALAK
Langkap 19 Sep. 2011 - Kehadiran DSAI di majlis Jamuan Makan Malam Adilfitri kelolaan Parti Keadilan Cabang Pasir Salak, telah memberi satu kekuatan kepada parti tersebut, sudah tentu peluang ini digunakan oleh DSAI untuk merungkai beberapa isu semasa seperti siapa kominis, janjian Buku Jingga serta perasaan benci kepada UMNO yang tak habis-hakib dengan isu lucahnya.
Mengapa mereka tak berani bertanding secara anak jantan?
Menuntut kemerdekaan dengan perjuangan adalah lebih penting lagi kerana kemenangan cara itu adalah kemenangan cara mutlak, tapi bagi UMNO dengan peranan di mainkan oleh Dato Onn dan Tengku mereka lebih berminat cara rundingan kerana pada masa yang sama mereka adalah " kakitangan " pihak British.
Apakah dengan cara ini kita tidak di jajah?
Permuafaktan kalangan Rakyat amat di perlukan untuk memastikan rakyat dapat hidup aman damai - Melayu, Cina dan India khususnya di Semenanjung dan Iban, Dayak, Orang Ulu serta lain-lain ethnik perlu bersatu. Permuafaktan ala UMN / BN ternya sekali lebih mementingkan Ketuanan Melayu - dan Ketuanan Melayu itu pula hanya diperuntukan untuk segolongan kecil Melayu sahaja.
Peristiwa 1998, di mana saya dipecat dengan bagitu aib sekali, dan akhirnya terbukti tidak bersalah cara Mahathir memecat saya kini diulangi oleh Najib.
Mereka sudah tidak ada cara lain untuk untuk memusnahkan politik saya, yang ada cuma melaksanakan fitnah sex sahaja. Kini timbul pula liwat 2, juga di paparkan dengan vidoe pula. Apakah ini cara mereka berpolitik? kenapa tidak berdepan dengan cara gentlemen? Kalau di teliti apakah kalangan mereka seperti Najib, Rais Yatim, Tajuddin ( hanya contoh ) cukup bersih.
Cukup memualkan dengan kes Najib dengan Rosmah? selain dari isu scorpene, isu cincin, isu gadis Monggolia, Rais pula dengan amah Indonesia, Tajuddin pula isu 6 million dollarman, tapi oleh kerana mereka pemimpin dan ketika ini mereka memerintah, semuanya boleh ditutup dengan mudah sekali.
Inilah masalahnya, semua permasalahan yang ditimbulkan oleh kepimpinan pemerintah di pertahankan oleh setiap agensi kerajaan, dari badan kehakiman, pihak berkuasa langsung tidak memberikan apa-apa tekanan, cukup sekadar mereka hanya menafikan setiap pertuduhan malahan tanpa di ajukan siasatan seterusnya.
Untuk itu tuan-puan perlu berfikir apakah kepimpinan dan kerajaan yang ada masa kini perlu diberikan tanggongjawab untuk meneruskan pemerintahan?
" tidak " sahut orang ramai.
" bolehkah " PR memerintah selepas PRU13 - tanya DSAI
" Boleh " jawab mereka sepontan.
Sekian, terima kasih saya akan meneruskan perjalanan ke Hutan Melintang dan di fahamkan akan merima ahli baru untuk PKR.
MERDEKA JIWA - RESEPI PADA ALQURAN
Apakah jiwa raga kita merdeka?
Bagaimana pula dengan daya fikir kita, adakah juga ianya sudah merdeka?
menyambut ketibaan ust. Shaari Long.
Remaja dari Kampong Biak, Bawah Bungur dan Pasir Salak.
Apakah itu merdeka? - dari kaca mata orientalis
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
Ust. Shaari Long
Membebaskan Perhambaan diri sesama manusia ke pengabdiann diri kepada Allah dan membebaskan manusia dari kezaliman ke keadilan Islam. - Kemerdekaan dari perspektif Islam.
Ust. Shaari Long banyak mengaitkan zaman pemerintahan Firaun dalam kontok " kemerdekaan manusia itu. Apakah benar cara Firaun dalam mengurus tadbirkan negara? kita dapat lihat bagaimana Firaun memperbodohkan rakyatnya, apa kata Firaun itulah tindakan ikut rakyat. Daya fikir rakyat zaman itu terus pasif. Hinggakan ketakburan beliau menjadikan rakyat semua takut.
Jadi apakah zaman ini pemerintahan di bawah regim UMNO / BN ini tidak menyerupai Firaun? beliau memberikan beberapa contoh kaitan dengan " keangkuhan " rejim ini dengan zaman Firaun itu. Negara di tegakkan dengan adanya perlembagaan, tapi apakah pemerintahan ikut perlembagaan dalam pentadbiran mereka?
Pelanggaran perlembagaan amat serius sekarang ini, bagaimana pihak kerajaan boleh menidakan penggunaan " warna kuning " pakaian harian rakyat, di di tangkap kepada mereka yang menggunakannya.? Bagaimana perhimpunan yang dibenarkan di halang oleh kerajaan. Bagaimana institusi keagamaan, seperti surau, masjid di larang untuk mengembangkan Islam? Ini semua terjadi zaman pemerintahan masa ini. Apakah kita sudah merdeka?
Lihat pula dari sudut amalan " boros " yang dilaksanakan oleh mereka, bagaimana rumah PM dan TPM perlu membayar wang api sejumlah RM170k dan air RM33k sebulan, bukan itu sahaja dilaporkan juga bagaimana dengan sebentuk cincin bernilai RM24juta. Pemborosan mereka tidak pula di tentang oleh sebahagian besar rakyat - jadi apakah daya fikir rakyat sudah merdeka? Mengapa rakyat takut?
Pemimpin UMNO juga gagal menggunakan Alquran dan hadith sebagai pegangan untuk mentadbir negera, malahan ada kalangan mereka yang mempersendakannya pula.
Bagaimana mereka melaksanakan " fitnah " dan serangan terhadap DSAI, dan mereka menidahkan hukuman yang berlandaskan Alquaran dengan hukum hudud, bagi mereka Alquran perlu mengikut perdaran dunia dan bukannya peredaran dan pembangunan dan perkembangan dunia perlu berlandaskan Alquran.
Pada kesimpulannya, masa kini rakyat Malaysia masih belum " merdeka " masih lagi dibelenggu oleh daya fikir yang terkongkong. Tidak bebasnya mereka adalah disebabkan daya kepimpinan yang menjumudkannya.
Monday, September 19, 2011
Bicara Umum Isu Semasa di Pasir Salak : Moh Kita Datang...
MERDEKA JIWA - RESEPI PADA ALQURAN
Apakah kita kini sudah merdeka?
Apakah jiwa raga kita merdeka?
Bagaimana pula dengan daya fikir kita, adakah juga ianya sudah merdeka?
menyambut ketibaan ust. Shaari Long.
Remaja dari Kampong Biak, Bawah Bungur dan Pasir Salak.
Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.
Ust. Shaari Long
Membebaskan Perhambaan diri sesama manusia ke pengabdiann diri kepada Allah dan membebaskan manusia dari kezaliman ke keadilan Islam. - Kemerdekaan dari perspektif Islam.
Ust. Shaari Long banyak mengaitkan zaman pemerintahan Firaun dalam kontok " kemerdekaan manusia itu. Apakah benar cara Firaun dalam mengurus tadbirkan negara? kita dapat lihat bagaimana Firaun memperbodohkan rakyatnya, apa kata Firaun itulah tindakan ikut rakyat. Daya fikir rakyat zaman itu terus pasif. Hinggakan ketakburan beliau menjadikan rakyat semua takut.
Jadi apakah zaman ini pemerintahan di bawah regim UMNO / BN ini tidak menyerupai Firaun? beliau memberikan beberapa contoh kaitan dengan " keangkuhan " rejim ini dengan zaman Firaun itu. Negara di tegakkan dengan adanya perlembagaan, tapi apakah pemerintahan ikut perlembagaan dalam pentadbiran mereka?
Pelanggaran perlembagaan amat serius sekarang ini, bagaimana pihak kerajaan boleh menidakan penggunaan " warna kuning " pakaian harian rakyat, di di tangkap kepada mereka yang menggunakannya.? Bagaimana perhimpunan yang dibenarkan di halang oleh kerajaan. Bagaimana institusi keagamaan, seperti surau, masjid di larang untuk mengembangkan Islam? Ini semua terjadi zaman pemerintahan masa ini. Apakah kita sudah merdeka?
Lihat pula dari sudut amalan " boros " yang dilaksanakan oleh mereka, bagaimana rumah PM dan TPM perlu membayar wang api sejumlah RM170k dan air RM33k sebulan, bukan itu sahaja dilaporkan juga bagaimana dengan sebentuk cincin bernilai RM24juta. Pemborosan mereka tidak pula di tentang oleh sebahagian besar rakyat - jadi apakah daya fikir rakyat sudah merdeka? Mengapa rakyat takut?
Pemimpin UMNO juga gagal menggunakan Alquran dan hadith sebagai pegangan untuk mentadbir negera, malahan ada kalangan mereka yang mempersendakannya pula.
Bagaimana mereka melaksanakan " fitnah " dan serangan terhadap DSAI, dan mereka menidahkan hukuman yang berlandaskan Alquaran dengan hukum hudud, bagi mereka Alquran perlu mengikut perdaran dunia dan bukannya peredaran dan pembangunan dan perkembangan dunia perlu berlandaskan Alquran.
Pada kesimpulannya, masa kini rakyat Malaysia masih belum " merdeka " masih lagi dibelenggu oleh daya fikir yang terkongkong. Tidak bebasnya mereka adalah disebabkan daya kepimpinan yang menjumudkannya.
Sunday, September 18, 2011
" KERABAT " KINI DI KAMPONG GAJAH
dan Sdr. Mazlan Aliman di pentas utama.
Kedua-dua mereka Razman dan Mazlan memberikan ceramah pengkhususan kepada perjuangan untuk peserta peneroka Felcra dan Felda. Memang jelas kini terbukti kedua-dua GLC ( Goverment Link Company ) yang di pimpin oleh perasuah parti ( Pengerusi Felcra pernah tertangkap dan di gelar 6 million dollarman dan Felda gagal menyertai pertandingn dalam UMNO kerana mengamalkan politik wang ) ini telah banyak memberikan penindasan kepada peneroka. Keujudan kedua-duanya telah memberi banyak keuntungan kepada mereka yang mengurus syarikat milik kerajaan ini.
Felda Plantation yang tidak di milik oleh sesiapa dengan keluasan hampir 800k hektar kawasannya sudah di tanam dengan sawit dan memberikan keuntungan dan keuntungan di berikan kepada siapa? ini adalah isu utama yang di sampaikan oleh mereka dalam pendedahan tersebut. Bagaimana tanah seluas ini boleh di miliki oleh Felda Plantation? Dari mana pula peruntukan kewangan untuk pengursan ladang tersebut?
Let. Konl. ( B ) bersama Us. Mustafa, Razman dan Mazlan
bersedian untuk melancarkan kempen penubuhan KERABAT parlimen Pasir Salak.
ERABAT sudah bertapak di parlimen Kg. Gajah
meminjamkan " telinga " untuk mendengar ucapan dan penerangan dari pemimpin.

















