Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, September 19, 2011

MERDEKA JIWA - RESEPI PADA ALQURAN


Apakah kita kini sudah merdeka?
Apakah jiwa raga kita merdeka?

Bagaimana pula dengan daya fikir kita, adakah juga ianya sudah merdeka?



Pasokan Rebana - anak tempatan,
menyambut ketibaan ust. Shaari Long.
Remaja dari Kampong Biak, Bawah Bungur dan Pasir Salak.

Apakah itu merdeka? - dari kaca mata orientalis

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Ust. Shaari Long

Membebaskan Perhambaan diri sesama manusia ke pengabdiann diri kepada Allah dan membebaskan manusia dari kezaliman ke keadilan Islam. - Kemerdekaan dari perspektif Islam.

Ust. Shaari Long banyak mengaitkan zaman pemerintahan Firaun dalam kontok " kemerdekaan manusia itu. Apakah benar cara Firaun dalam mengurus tadbirkan negara? kita dapat lihat bagaimana Firaun memperbodohkan rakyatnya, apa kata Firaun itulah tindakan ikut rakyat. Daya fikir rakyat zaman itu terus pasif. Hinggakan ketakburan beliau menjadikan rakyat semua takut.

Jadi apakah zaman ini pemerintahan di bawah regim UMNO / BN ini tidak menyerupai Firaun? beliau memberikan beberapa contoh kaitan dengan " keangkuhan " rejim ini dengan zaman Firaun itu. Negara di tegakkan dengan adanya perlembagaan, tapi apakah pemerintahan ikut perlembagaan dalam pentadbiran mereka?

Pelanggaran perlembagaan amat serius sekarang ini, bagaimana pihak kerajaan boleh menidakan penggunaan " warna kuning " pakaian harian rakyat, di di tangkap kepada mereka yang menggunakannya.? Bagaimana perhimpunan yang dibenarkan di halang oleh kerajaan. Bagaimana institusi keagamaan, seperti surau, masjid di larang untuk mengembangkan Islam? Ini semua terjadi zaman pemerintahan masa ini. Apakah kita sudah merdeka?

Lihat pula dari sudut amalan " boros " yang dilaksanakan oleh mereka, bagaimana rumah PM dan TPM perlu membayar wang api sejumlah RM170k dan air RM33k sebulan, bukan itu sahaja dilaporkan juga bagaimana dengan sebentuk cincin bernilai RM24juta. Pemborosan mereka tidak pula di tentang oleh sebahagian besar rakyat - jadi apakah daya fikir rakyat sudah merdeka? Mengapa rakyat takut?

Pemimpin UMNO juga gagal menggunakan Alquran dan hadith sebagai pegangan untuk mentadbir negera, malahan ada kalangan mereka yang mempersendakannya pula.
Bagaimana mereka melaksanakan " fitnah " dan serangan terhadap DSAI, dan mereka menidahkan hukuman yang berlandaskan Alquaran dengan hukum hudud, bagi mereka Alquran perlu mengikut perdaran dunia dan bukannya peredaran dan pembangunan dan perkembangan dunia perlu berlandaskan Alquran.

Pada kesimpulannya, masa kini rakyat Malaysia masih belum " merdeka " masih lagi dibelenggu oleh daya fikir yang terkongkong. Tidak bebasnya mereka adalah disebabkan daya kepimpinan yang menjumudkannya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA