Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, September 30, 2011

DUNIA - MEMANG SUDAH GILA

Kini dunia barat dan timur sudah sama saja, etika kehidupan yang berdisplih sudah tidak di amalkan, sopan santun sudah di lenyapkan, landasan dan corak hidup harian sudah menyerupai " binatang ". Haiwan memang dari dulu tidak berpakaian, tapi sebaliknya manusia dengan akal di kurniakan oleh Allah mampu berfikir yang mana baik dan buruk serta mengelakan dari perbuatan salah laku.

Gambar ini jelas menunjukkan " manusia " sudah seperti binatang.

Memang sah, paparan dalam gambar ini adalah " binatang "

Mereka menunjukan perasaan dengan menunjukkan Kemaluan.

BERPULUH lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat. Bezanya, tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel.
Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.
Secara umumnya daerah San Francisco tidak melarang perbuatan berbogel di khalayak ramai, namun baru-baru ini seorang pemerhati bandar telah mengusulkan satu undang-undang kawalan terhadap amalan itu.
Pemerhati, Scott Wiener menyarankan agar dikenakan peraturan untuk mengenakan pelindung bahagian kemaluan di restoran.

Beliau juga mengesyorkan agar orang ramai yang ingin berbogel menutup bahagian pinggang ke bawah ketika berada dalam kenderaan awam.

Namun apabila ditanya, Mitch Hightower, penganjur tunjuk perasaan bogel itu berkata, gerakan pihaknya adalah untuk menggalakkan penerimaan terhadap anggota badan manusia tanpa mengira apakah bentuk dan rupanya, bukan untuk menentang cadangan terhadap undang-undang itu.
"Orang ramai di sini, yakin bahawa tiada sebarang ketidaksopanan atau kesalahan terhadap anggota badan manusia," tambahnya.

Apa yang nak dimalukan, semua orang sama aje.

Orang ramai yang lalu lalang di situ kebanyakkannya tersenyum melihat gelagat para peserta demonstrasi bogel itu. Segelintir mereka berhenti seketika untuk bergambar bersama lelaki-lelaki bogel.
"Saya langsung tak rasa malu pun," kata Michael Zaverton, 58 salah seorang peserta yang ditemubual.
Bagaimanapun dia mengakui tidak pasti sama ada akan menyertai lebih banyak demonstrasi bogel seperti ini di lain waktu.
"Ia memerlukan keyakinan sedikit kerana kebanyakkan lelaki-lelaki ini, tidak memiliki badan yang cantik," tambahnya lagi dalam nada bergurau.

Tunjukan perasaan 2 - marah kerana Bolasepak.

Akibat dari rasa tidak puas hati terhadap persekutuan bolasepak eropah..
sekumpulan wanita berbogel kerana menyatakan bantahan supaya bisnes pelacuran
di ukraine menjelang temasya sukan bolasepak eropah 2012..
semasa kehadiran badan induk bolasepak eropah itu ke ukraine..

Gambar 1

Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5


Gambar 6


BUDAYA INI JGN DI IKUT..
CUMA AMBIL PENGAJARAN SAJA..

Gambar 7

Ehsan: http://umnoisdead.blogspot.com & milosuam.blogspot.

1 comment:

  1. Boleh buat banner besar2. Tulis HANYA BINATANG SAHAJA YANG BERTELANJANG SEBAB DIA TAK ADA AKAL.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA