Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, September 18, 2011

" KERABAT " KINI DI KAMPONG GAJAH

Kg. Gajah 17 Sep. 2011, PAS kawasan Parlimen Pasir Salak dengan kerjasama MTD Kg. Gajah telah berjaya menganjurkan 3 program dalam satu masa. Pada sebelah petangnya diadakan Jamuan Adilfitri dan diikuti dengan majlis bersama rakyat dengan pendedahan isu-isu semasa serta pelancaran NGOs PAS - KERABAT ( Badan Kebajikan Angkatan Tentera ) untuk Parlimen Pasiri Salak serta Pelancaran Pengedaran Borang Permohonan Tanah Felda Plantation oleh Presiden Anak Sdr Mazlan Aliman, beliau yang juga AJK lujnah PAS pusat.



Sdr. Razman Zakaria Pengerusi BAPAK di apit oleh Ust. Mustafa
dan Sdr. Mazlan Aliman di pentas utama.


Kedua-dua mereka Razman dan Mazlan memberikan ceramah pengkhususan kepada perjuangan untuk peserta peneroka Felcra dan Felda. Memang jelas kini terbukti kedua-dua GLC ( Goverment Link Company ) yang di pimpin oleh perasuah parti ( Pengerusi Felcra pernah tertangkap dan di gelar 6 million dollarman dan Felda gagal menyertai pertandingn dalam UMNO kerana mengamalkan politik wang ) ini telah banyak memberikan penindasan kepada peneroka. Keujudan kedua-duanya telah memberi banyak keuntungan kepada mereka yang mengurus syarikat milik kerajaan ini.

Felda Plantation yang tidak di milik oleh sesiapa dengan keluasan hampir 800k hektar kawasannya sudah di tanam dengan sawit dan memberikan keuntungan dan keuntungan di berikan kepada siapa? ini adalah isu utama yang di sampaikan oleh mereka dalam pendedahan tersebut. Bagaimana tanah seluas ini boleh di miliki oleh Felda Plantation? Dari mana pula peruntukan kewangan untuk pengursan ladang tersebut?



Let. Konl. ( B ) bersama Us. Mustafa, Razman dan Mazlan
bersedian untuk melancarkan kempen penubuhan KERABAT parlimen Pasir Salak.

Pada masa yang sama juga Lat Konl. ( B ) Ali Nazri bin Mokhtar selaku pengerusi Kerabat turut memberikan ucapan dan ransangan mengapa pesara tentera perlu memberikan sokongan kepada PR kerana sudah tiba masanya, BN mesti di tinggalkan. Beliau cukup terkilan terhadap kepimpinan negara khusus kepada bekas angkatan tentera. Dalam pentadbiran ATM cuma 25% dari mereka yang akan menikmati pencen yang lain akan berasa di luar usia pencen. Implikasi dari pelaksanaan ini, ramailah kalangan anggota ATM yang bersara dan masih mampu berkhidmat dan untuk meneruskan penyeraan keppada keluarga mereka mereka meneruskan khidmat sebagai " pak pacak " di bank-bank mau pun kedai emas dan lain-lain primis yang memerlukan khidmat " pengawasan "



Dengan terbentangnya pemidang tersebut kini,
ERABAT sudah bertapak di parlimen Kg. Gajah


Kaunter pendaftaran ahli KERABAT -



Sebahagian dari mereka yang mengerumi meja kaunter
pengedaran borang tanah Felda plantation

Tanah seluas 800k hakter yang kini di miliki oleh Felda Plantation dijadikan " daya tarikh " kepada ramai untuk mereka memastikan " undian " pada PRU nanti memihak kepada PR.



Sebahagian dari peminat, penyokong, dan " orang atas pagar "
meminjamkan " telinga " untuk mendengar ucapan dan penerangan dari pemimpin.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA