Perancangan DSAI pada 2009 untuk menubuhkan kerajaan baru pada 19 Sept. telah meninggalkan kesan yang cukup " mengelupurkan " kepimpinan UMNO / BN. Apa tidaknya kesan dari PRU12 dengan ujudnya tsunami politik yang mengakibatkan kegagalan UMNO / BN memerintah dengan bergaya untuk majoriti 2/3 telah gagal. Kerutuhan 5 negeri pentadbiran UMNO / BN juga dapat meninggalkan kesan yang luar jangkaan. Tapi dengan tipu muslihat dan salah guna kuasa UMNO / BN berjaya merampas semula Perak tapi Selangor, Kedah dan Pulau Pinang terus kekal di tangan PR di samping Kelantan sudah 4 penggal.
Dengan itu kini amat jelas persaingan antara DSAI dengan DSN cukup hebat, DSAI merancana untuk Hari Malaysia tapi akhirnya Najib yang laksanakan. 16 September, 2011, Najib merakam sejarah terkini tarikh yang mencetus debat panas sejak 2008 ini dengan menjadikan satu tindakannya berita terbesar yang dikait dengan tarikh ini.
Bagi DSN, pemansuhan ISA ( undang-undang Keselamatan Dlm. Negeri 1960 ) yang di umumkan pada tarikh kelahiran Malaysia memberikan satu kredit kepada beliau dan kini beliau mengatasi DSAI. Walaupun apa yang di canangkan masih lagi menjadi tandatanya tapi DSN menerima kredit dari bebagai pihak. Sudah 6 perdana Menteri, dan pada ketika Najib memegang jawatan itu ISA di mansuhkah.
Benarkah Najib Popular atau semakin terdesak?
Sambutan Hari Malaysia memang tidak dinafikan adalah cetusan idea DSAI, dimana perancangan awal ialah dengan mengujudkan kerajaan baru dan " kesudian " YB Perliman dari Sabah dan Sarawak untuk bersama dalam PR menawan Putrajaya, sungguh meyakinkan dan hasilnya tercetuslah idea Hari Malaysia tersebut.
Sebaliknya, bagi DSN seperti terpaksa menjadikan tarikh 16 Sep. bagai tarikh perayaan peringkat nasional dengan tujuan untuk mengambil hati mereka dari Sabah dan Sarawak. Ini jelas kerana pada masa yang sama PKR mengadakan konvenysen parti di Sabah.
Walaupun DSN bergaya dengan pengumuman mentiadakan ISA tapi beliau juga mendapat tentangan dari dalaman dan kumpulan bukan kerajaan anti-ISA dan ini juga sudah tentu menafikan kredit untuk DSN sendiri. Risiko yang diambil Najib dalam tindakannya ini bukan kecil, kerana mengundang rasa tidak puas hati kelompok lebih konservatif dalam Umno dan kumpulan bukan kerajaan yang menyokong kuat Umno.
Tapi yang menyedihkan ialah ada kalangan cerdik pandai yang menidakan idea DSAI untuk Hari Malaysia tersebut. Tapi akhirnya pihak kepimpinan negara menerima cadangan tersebut dan walau pun ianya lebih kepada " persaingan " politik antara DSAI dan DSN. Yang jelas DSN kini mula memperlihatkan dan mengambil tindakan serta pendekatan yang lebih liberal, malahan dalam beberapa aspek lain sepertin pendekaantan sosial, ekonomi.
Apakah cara ini DSN cuba mengatasi cara DSAI?
Tapi DSN awas kini anda sedang di nilai oleh rakan-rakan dalam UMNO itu sendiri. Pemansuhan ISA ini merupakan satu lagi tindakan Najib yang mencetuskan rasa tidak puas hati kelompok berhaluan kanan dalam Umno dan dalamm kalangan penyokong Umno.
Salam tuan GAJAHMENTA,mohon kerjasama bagi pihak tuan untuk linkan blog saya di blog tuan.pkrcabangtambun.blogspot.com. Semoga kerjasama baik tuan dibalas Allah dengan keberkatan.
ReplyDelete