Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, August 26, 2015

JALUR GEMILANG SUDAH TIDAK GEMILANG.

Oleh Abu Hassan Adam

Apakah masa kini rakyat sudah lupa perjuangan Pejuang-pejuang Kemerdekaan dulu, atau mereka sudah dapat merasakan nikmat kemerdekan dan melupakan mereka yang berjuang untuk kemerdekaan tersubut? Generasi kini adalah kalangan mereka yang didlahirkan selepas perjuangan merdeka di lakukkan.

Kini sudah 58 tahun merdeka ( dari 1957 - 2015 ) kalau mereka yang lahir pada tahun mula merdeka kini mereka sudah 58 tahun, dan majoriti rakyat kini adalah generasi muda yang lahir selepas merdeka. Mereka menikmati kemerdekaan dan bukan dari kalangan mereka yang bersusah payah untuk kemerdekaan.

Beberapa hari lagi 31 Ogos 2015 - merdeka di sambut lagi.

Bagaimana suasana kemerdekaan 2015 ini?




Tentulah timbul rasa yang amat sedih apabila tidak melihat ‘Jalur Gemilang’ berkibaran di tanah tempat kelahirannya terutama dalam suasana negara menyambut kemerdekaan . Samada di jalan-jalan raya ataupun di kawasan perumahan, terlalu kurang kelihatan ‘Jalur Gemilang’ berkibaran kini. Suasana sedemikian amat berbeda dengan keadaan negara menyambut kemerdekaan pada tahun-tahun 1990an dulu.



Pada ketika itu dapat aku bayangkan suasana yang begitu riang dan bangga ketika menjelang hari kemerdekaan. Seolah-olah setiap rakyat Malaysia merasa bersalah sekiranya tidak bersama-sama menyambut kemerdekaan. Seolah-olah rakyat Malaysia merasakan tidak adil pada dirinya sekiranya ‘Jalur Gemilang’ tidak dikibarkan samada di kereta atau di rumah atau di mana sahaja yang boleh dipamerkan ‘Jalur Gemilang’ sebagai tanda sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang tercinta.

Mengapa keadaan sedemikian sudah tidak wujud lagi di Malaysia kini. Mengapa? Amat sukar untuk melihat walau pun sebuah kereta di Lebuhraya Persekutuan yang mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ di atas keretanya. Hampir tidak ada. Jikalau pun ada sebuah kereta yang mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ akan diiringi dengan kata-kata ‘ Umno kini dan selama-lamanya’. Terfikir di kepala aku, ‘apakah ‘jalur Gemilang’ ini hanya milik segelintir manusia yang menggelarkan diri mereka ahli UMNO?



Mungkin rakyat Malaysia umumnya merasakan tidak perlu mempamerkan ‘Jalur Gemilang’ di kereta-kereta mereka. Soalnya mengapa bersikap begitu. Apakah rakyat Malaysia sudah tidak sayangkan lagi negara tercinta ini? Apakah mereka sudah tidak merasa sedih melihatkan ‘Jalur Gemilang’ begitu ‘dipersia-siakan’, sedangkan ‘Jalur Gemilang’ adalah sebagai lambang kemegahan bangsa Malaysia.

Tetapi jika diperhalusi, mengapa pula rakyat Malaysia begitu menyanjung dan mengaggungkan ‘Jalur Gemilang’ pada suatu ketika dahulu. Tahun-tahun 1990an misalnya. Seingat aku perasaan rakyat Malaysia begitu sayang dan mengaggungkan negara Malaysia sehinggakan pegibaran bendera sebagai satu cara mereka menumpahkan taat setia kepada negara. Anak-anak zaman ini tentunya akan kagum sekiranya dapat melihat video yang menggambrakan bagaimana rakyat Malaysia menyambut kemenangan Malaysia dalam pertandingan Thomas Cup menewaskan Indonesia dalam pertandingan akhir pada awal tahun 1990an. Seluruh negara begitu bangga sekali menyanyikan ‘Negaraku’ disamping mengibarkan ‘Jalur Gemilang’ disamping memuji dan memuja Tun Siti Hasmah (isteri Perdana Menteri) yang berada bersama-sama menyaksikan pertandingan berkenaan.

Bagi aku itu merupakan salah satu episod dalam sejarah Malaysia yang boleh menggambarkan perpaduan bangsa Malaysia yang begitu utuh dan kukuh. Seolah-olah tidak ada lagi ‘batu penghalang’ yang boleh menghalang pembentukan bangsa Malaysia yang bersatu padu. Semacam sudah terlerai segala bentuk rintangan untuk kita mewujudkan bangsa Malaysia. Semacam sudah tidak ada lagi ‘manusia’ di Malaysia yang bergelar Melayu atau Cina atau India atau Kadazan atau Iban di negara ini. Semuanya anak Malaysia. Bangsa Malaysia dalam ertikata sebenarn-benarnya telah wujud. Perasaan hormat menghormati antara satu sama lain telah tersemai.

Tetapi soalnya mengapa sudah tidak wujud lagi keadaan sedemikian di negara kita kini. Semacam begitulah keadaaannya.

Aku merasakan bahawa untuk menentukan sayang tidaknya rakyat kepada negara dan bangga tidaknya rakyat ketika mengibarkan “jalur Gemilang’ terletak kepada cara pemerintahan yang dijalankan oleh para pemimpin di negara ini. Maknanya bergantung kepada tindakan para pemimpin dalam menjalankan pentadbiran mentadbirkan negara yang tercinta ini.



Satu kajian oleh Social media firm Politweet, yang membuat kajian terhadap 193,893 tweets daripada 79,949 pengguna internet mendapati bahawa ‘most netizens distrust Putrajaya and Prime Minister Najib Abdul Razak over 1MDB and the RM2.6 billion in the premier’s bank accounts’. Walaupun bukan menggambarkan perasaan seluruh rakyat Malaysia tetapi dapat juga memberikan ‘jawapan’ sekurang-kurangnya mengapa rakyat memandang sepi terhadap usaha menyambut kemerdekaan negara” Malaysiakini – 20 August 2015.

Mungkinlah banyak faktor-faktor lain yang menyebabkan rakyat ‘menunjuk perasaan’ dengan cara mereka tersendiri terhadap berbagai tindakan kerajaan yang agak menyusahkan rakyat. Pengenalan cukai GST masih lagi menguasai kehidupan rakyat yang menyebabkan kehidupan rakyat agak tertindih. Berbanding dengan kehidupan segelintir kumpulan rakyat yang kelihatan begitu mewah dan bahagia sekali menggunakan wang negara dengan sewenang-wenangnya seolah-olah wang yang digunakan oleh mereka itu seperti wang pusaka peninggalan datuk nenek mereka.

Rakyat tidak buta melihat penyelewengan sedemikian. Rakyat menderita dengan berbagai tekanan yang dikenakan. Dengan demikian cara rakyat melahirkan ‘penentangan’ mereka kepada kerajaan adalah dengan cara yang berbagai-bagai. Salah satu caranya ialah dengan tidak mengibarkan ‘Jalur Gemilang’. Mungkin mereka merasakan apa perlunya berbuat demikian sedangkan ‘hati dan perasaan mereka hancur lebur’ akibat tindakan pemimpin yang tidak bertanggung jawab kepada rakyat dan negara.

Mungkin itulah agaknya antara sebab ‘Jalur Gemilang’ tidak berkibaran sebagaimana sepatutnya. Mungkin.

2 comments:

  1. Bukan mungkin2 lagi PASTI! Kita sekrg tak merdeka...

    ReplyDelete
  2. Apabila negara dilihat tidak mengutamakan kebajikan rakyat malah membebankan para rakyat dengan pelbagai dakyah-dakyah yang membodohkan rakyat... maka tiada keperluan rakyat untuk mengagumi negara.

    Masih ingat Melaka? Cuba buka kembali bab-bab kejatuhan kerajaannya di dalam Sejarah Melayu... bandingkan dengan keadaan kini...ada persamaan?

    Apa yang tidak dipenuhi oleh pemerintah Malaysia di dalam ungkapan ini, "kerajaan bagi rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat, tidak pupus dari bumi."?

    Maka jangan pelik jika rakyat tidak peduli hal ehwal negara.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA