Masa ini negara sedang sibok dengan urusan " merayakan " sambutan Hari Kebangsaan yang ke 56, benarkah negara dan rakyat kita kini sudah merdeka?
Sambutan dengan berbagai-bagai cara dan pendekatan. Persoalannya ialah, adakah semua kita benar-bemar telah memerdekakan diri dan jiwa kita seiring dengan kemerdekaan negara?
1- Ada orang berpendapat bahawa manusia menjadi merdeka apibla negarnya merdeka.
2- Ada orang menganggap bahawa kemerkekaan itu mesti dihayati dan dinikmati sepenuhnya dengan melakukan apa sahaja yang terlintas dihati dan terlihat dimata.
3- Ada juga orang yang berpendapat bahwa kemeerderkaan bermakna kita mesti berpuas hati terhadap apa sahaja yang ada pada hari ini walaupun tiada sebarang pembaikan dan perubahan dengan semata-mata bersandar kepada konsep kesyuuran.
Sekian lama kita menyambut kemerdekaan,tidak banyak peubahan yang berlaku terhadap Umat Islam dan Bangsa Melayu keseluruhannya. Ia masih lagi menjadi bangsa yang kerdil dan tidak menjadi pengatur dan penentu dalam kehiduapn masyarakat. Anak-anak remaja kita masih menjadi beban kepada usaha pembudayaan masyakarat cemerlang dan menghadapi kiris identiti yang tidak berkesudahan. Bangsa kita masih menjadi bangsa yang malas membaca, malas befikir dan malas berusaha sehingga kita sering teraniaya. Bangsa kita dilekakan oleh penjajah malah terus di lekakan oleh bangsa sendiri menyababkan kita hanyut dan karam di dalam lautan kemerdekaan.
Bangsa Melayu dan Umat Islam di negara ini tersilap dalam menghayati kemerdekaan. Kita ibarat rusa masuk kampong yang seolah-olah tidak mahu melepaskan setiap saat dari kemerdekaan yang ada. Kita mahu bebas sebebasnya dan mahu melepaskan diri dari segala kongkongan yang ada. Di kalangan hartawan ramai yang hanya bemegah-megah dengan harta dan kekayaan. Di kalangan pemimpin ada yang asyik berusaha mempertahankan kekuasaan dengn membiarkan rakyat terus dalam kelekaan. Di kalangan penguasa ada yang menjadi hamba mengejar pangkat dan kedudukan. Di kalangan rakyat ada yang hanya berhibur dan bergurau senda tanpa memikikan masa depan.
Untuk menilai sejauh mana kita telah menghayati kemerdekaan,maka kita perlu menilainya dari kaca mata Islam. Kemerdekaan atau kebebasan merupakan salah satu prinsip asas dalam Syariat Islam. Islam melihat kebebasasn sebagai suatu kepeluan asas bagi setiap manusia. Sebab itulah disebutkan bahawa Islam membuka negeri-negeri ketika menawanya bukan menjajahnya kerana Islam tidak bertujuan menguasai dan menzalimi tetapi bertujuan membebaskan manusia bagi menerima kebenaran Allah. Kita tidak melihat mana-mana kerjaaan Islam yang memaksa rakyatnya memeluk Islam, walapun kita melihat ramai umat Islamdi siksa dan dianiayai sema-mat kerana menerima Islam.
Tidak ada kaedah lain untuk mengembalikan kegemilangan bangsa kita. Kita bukan bangsa yang lemah tetapi kita hanya dilemahkan oleh penjajah. Bangsa kita pernah mengukur nama di persada dunia. Panglima Awang, sebgaimana di gambarkan dalam karangan Harun Aminurrashid adalah di katakna sebagai orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Kejayan perenang merentas Selat Inggeris, pelayarna solo, menjejak puncak Everaest dan sebagainya turut membukiti keupayaan bangas Melayu menyaingi bangsa-bangsa lain. Namun apakah bangsa kita mengakui dan menyedari kehebatan dan jati diri bangsa sendiri jika terus-terusan kita meniru dan menyerap masuk budaya asing yagn tidak menentu?
Bagi golongan muda perayaan menyambut ulang tahun ini WAJIB mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara yang dicegah dalam agama khususnya di malam ambang kemerdekaan.
No comments:
Post a Comment