Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 9, 2012

HARI KEBANGSAAN - RAIS YANG DEGIL


Habislah kau Rais! Degil sangat, tidak mahu dengar rungutan orang ramai. Dia ingat sambutan Hari Kemerdekaan negara ini hak exclusif pemerintah - Umno/BN semata-mata dan hanya mereka yang berhak untuk menentukan segala-galanya.

Rais sendiri gubah lagu (baca ciplak). Kenapa dia tidak galakan orang ramai menyumbang dengan membuat pertandingan mengubah lagu?

Begitu juga dengan logo tema. Sepatutnya rakyat dilibatkan sama melalui pertandingan menggubah logo tersebut.

Tetapi Rais memilih mahu bolot semuanya. Akibatnya menjadi rungutan ramai dan timbul pelbagai kontraversi sampai nak suruh orang saman dia pasal nak pertahankan lagu ciplakan itu hasilan aslinya sendiri!

Kerana sikap kedegilannya mempertahankan tema 'Janji Ditepati’ Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim terpaksa menerima satu tamparan hebat bila negeri-negeri Pakatan Rakyat bertindak memboikot tema tersebut dan menggunakan tema mereka sendiri.

Mana pernah terjadi dalam mana-mana sejarah di dunia ini, sebuah negara yang menyambut hari kemerdekaannya menggunakan tema yang pelbagai selain Malaysia ini?

Dengan penggunaan tema dan logo yang berasingan, Kerajaan Malaysia yang ada hari ini jelas menampakan dirinya tidak popular dikalangan rakyatnya sendiri.

Kerajaan tidak boleh menyalahkan Pakatan Rakyat semata-mata kerana dikalangan penyokong kerajaan sendiri ada yang tidak sependapat dengan idea tersebut dan turut mencemuh Rais Yatim.

Akibatnya, negara yang akan menyambut perayaan Hari Kemerdekaannya sedikit hari lagi dengan kibaran bendera parti politik masing-masing. Semangat patriotik luntur akibat kesombongan pihak pemerintah yang menganggap sambutan hari Kemerdekaan negara hanyalah milik mereka - Umno/BN

Tidak ramai yang akan mengibarkan Jalur gemilang. Mereka tidak ada perasaan megah untuk berbuat demikian sebagai membantah tindakan sombong Rais Yatim dalam hal ini.

Semua negeri Pakatan Rakyat memutuskan untuk mempunyai tema sambutan Merdeka ke 55 sendiri selepas tidak bersetuju dengan tema yang diputuskan oleh kerajaan pusat 'Janji Ditepati'.

Ini kerana, tema itu selari dengan tema kempen BN sedangkan sambutan kemerdekaan adalah untuk semua rakyat negara ini.

Dalam isu tema yang kontarversi ini, rakyat dapat melihat bahawa pemuafakatan yang dijalin di kalangan negeri-negeri Pakatan Rakyat masih teguh dan jitu. Mereka telah bersetuju untuk menggunakan logo dan tema yang sama dalam sambutan Merdeka ke 55. Syabas kepada Pakatan Rakyat!

Tema Pakatan 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' dihasilkan oleh satu penal yang diketuai oleh Datuk A Samad Said.

Logo sambutan Merdeka ke 55 dan Hari Malaysia 2012 akan diperkenalkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA