Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, November 22, 2014

MERDEKA - PKMM, API, AWAS DAN PKM DI TIADAKAN.....

Sejarah Kemerdekaan yang di padamkan oleh pemerintah


2014, genaplah 57 tahun rakyat Malaysia ditipu Malaya merdeka tanpa darah. Selama 57 tahun juga kita diberitahu hanya Umno, MCA dan MIC sahaja yang membebaskan Malaya daripada penjajahan British. 

Sedangkan, kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos, 1957 mempunyai kisah dan cerita yang lebih besar daripada itu.




Penjajah British tidak akan memulakan rundingan kemerdekaan dengan Tunku Abdul Rahman jika tiada perjuangan mengangkat senjata melawan mereka di Malaya. Terlalu banyak darah yang sudah ditumpahkan dan nyawa yang melayang sebelum bendera UnionJack diturunkan di Dataran Merdeka 57 tahun lalu.

Kita perlu jelas perjuangan mengangkat senjata rakyat Malaya yang bermula pada tahun 1948 itu berlaku selepas British mengisytiharkan darurat dan mengharamkan pertubuhan-pertubuhan politik kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Komunis Malaya (PKM) dan banyak lagi.

Mengapa pertubuhan-pertubuhan ini diharamkan?
Kerana mereka mahu kemerdekaan 100% bagi Malaya.
Mereka mahu British keluar dan tidak lagi mengaut kekayaan ekonomi tanah ini.
Mereka juga mahu Malaya diperintah orang-orang dari tanah ini tanpa mengikut telunjuk British. Ini di antara sebab British memerangi mereka habis-habisan.

Kita perlu tahu parti politik pertama orang-orang Melayu adalah PKMM dan bukannya UnitedMalay National Organisation (Umno).
PKMM yang ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 juga merupakan parti Melayu pertama dan melaungkan slogan merdeka lebih awal daripada Umno.

10 tahun sebelum merdeka, sudah wujud sebuah pertubuhan politik berbilang kaum dan progresif Putera-AMCJA yang jika berjaya memerintah negara pada ketika itu, akan memusnahkan politik perkauman ciptaan British.

Perlu diingat, pada ketika itu konsep Melayu masih lagi diperdebatkan dan Putera-AMCJA mencadangkan agar semua warganegara Malaya merupakan orang-orang Melayu.
British amat takut dengan kesatuan berbilang kaum dalam Putera-AMCJA dan menghancurkannya. Selain propaganda media, British menangkap pimpinan-pimpinan pertubuhan progresif ini semasa darurat 1948.

Melayu, Cina dan India perlu dipisah-pisahkan supaya mudah bagi British untuk mentadbir. Sehingga hari ini formula sama masih digunakan kerajaan untuk memerintah negara.

Penulis tidak berniat untuk memberi syarahan sejarah, fakta-fakta di atas dikeluarkan agar pembaca boleh mengkaji sendiri dan menilai apa yang sebenarnya berlaku dan peristiwa-peristiwa mendorong tercapainya merdeka.

Walaupun akhirnya kita tidak boleh menafikan, Tunku bersama Umno, MCA dan MIC yang berjaya mendapatkan kemerdekaan Malaya daripada British, latar belakang dan sejarah sebenar yang berlaku perlu diketahui dan diberitahu agar jati diri kita menjadi lebih kuat.

Ia juga bertujuan untuk menghargai peranan semua pihak yang berjuang memerdekakan negara termasuk PKM yang dijadikan “momok” sehingga kini.
Jika sejarah sebenar diberitahu, sambutan kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun akan menjadi lebih bermakna kepada semua pihak.
Jika tidak, sambutan hari kemerdekaan Malaya yang kemudiannya menjadi Malaysia pada 16 September 1963 hanya akan dihargai penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak melibatkan seluruh negara.
Malaysia harus bergerak ke hadapan. Namun tanpa mengetahui sejarah sebenar, masalah-masalah pokok negara seperti perkauman tidak akan dapat diselesaikan.
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaya yang ke 57.

2 comments:

  1. 5 fakta yang menarik tentang hubung-kait DAP dan komunis:

    1. Struktur organisasi DAP adalah sama dengan yg digunapakai oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Dalam DAP, individu yg paling berkuasa dalam parti adalah yg memegang jawatan Setiausaha Agung (sekarang dipegang oleh Lim Guan Eng), manakala jawatan Pengerusi (dipegang oleh Karpal Singh) hanyalah sebagai boneka saja.

    Begitu juga dengan PKM, di mana Chin Peng yg memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung adalah bos besar. Walaupun Musa Ahmad dilantik sebagai Pengerusi, namun peranannya hanyalah untuk menarik sokongan orang Melayu saja.

    2. Sama seperti PKM, keanggotaan DAP didominasi hampir sepenuhnya oleh kaum Cina. Walaupun terdapat kaum India dan Melayu yg turut menganggotainya, mereka tidak lebih sebagai kosmetik untuk mencantikkan DAP di mata masyarakat umum.

    3. Matlamat PKM adalah untuk menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini. Konsep ini diwarisi pula oleh DAP yg mempunyai niat untuk meruntuhkan sistem Raja Berperlembagaan dan menukarkannya kepada sistem republik.

    4. DAP meniru kaedah PKM dalam menarik sokongan orang Melayu kepada mereka. Jika PKM menubuhkan Rejimen Ke-10 sebagai pasukan komunis Melayu, DAP pula menubuhkan beberapa cawangan DAP Melayu yg dianggotai sepenuhnya orang Melayu, selain melantik beberapa orang Melayu memegang jawatan penting dalam parti.

    Semua ini dilakukan semata-mata untuk memperalatkan org Melayu tersebut bagi mencapai matlamat mereka. Org Melayu tersebut tidak ubah seperti lembu yg dicucuk hidungnya yg tidak mampu berperanan penting untuk membuat keputusan.

    5. DAP dan PKM kedua-duanya adalah anti Islam dan Melayu. Jika PKM banyak menjadikan org Melayu Islam sebagai mangsa mereka, DAP pula menjalankan gerakan untuk menghapuskan dasar-dasar yg melindungi kaum Melayu/bumiputera.

    ReplyDelete
  2. Kenapa jemari rajin ni ade porn?

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA