2012 Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Setiap 16 Mei, telah ditetapkan sebagai Hari Guru oleh kerajaan, dengan itu pada tarikh tersebut para guru ( pendidik ) akan menyambut tarikh tersebut dengan perlbagai pengisian sama ada antara murid / pelajar dengan guru atau sesama guru atau antara guru dengan pihak kementerian / jabatan / ppd itu sendiri. Antara aktiviti seperti mengadakan hari sukaneka, ucapan untuk guru, bahagi hadiah, kad, bunga dan everything. Itulah tandanya kita menghargai peranan seorang guru yang mendidik kita di sekolah.
Kepada para pendidik, amat perlu mendidik anak-anak didik agar tahu dan dapat memahami akan apa yang sepatutnya mereka miliki, bukan sekadar memberi bunga dan hadiah-hadiah sebagai tanda mata, tapi didik lah mereka agar dapat menzahirkan satu-satu " pemberian " itu dengan lebih menyentuh sanuri setiap diri guru itu.
Alangkah indahnya jika anak didik kita dapat:

1- Sentiasa Berdoa Untuk Kesejahteraan & Kebahagiaan Guru, mereka sentiasa mendoakan guru-guru mereka sentiasa di hubungilah dengan Allah mudah-mudahan guru yang mengajar diberi
keberkatan, dan kita akan dipermudahkan ajarannya dan kefahaman apabila
dia mengajar. Doa adalah senjata bagi orang mukmin.
( satu renungan ) Pernah saya bertanya seorang pelajar tentang rahsia kejayaannya tersenarai dalam ‘Dean’s List’ setiap kali mendapat keputusan semester walapun dia sangat aktif dalam persatuan. Katanya, “Saya selalu mendoakan guru2 saya walau macam mana pun sikap guru itu pada saya.”
2- Kunjungilah para guru kita tak
kira kita dulu pelajar paling bermasalah, kitalah pelajar yang ponteng,
mereka tetap guru kita. Kebanyakan kawan-kawan abang yang nakal di
dalam kelas dan sekolah, mereka tetap berhubung dan saling kunjung
mengunjungi guru-guru mereka. Ikatan itulah yang erat dan akan
menyebabkan ukhuwah sesama manusia bertambah baik.
3- Hormatilah guru-guru mereka telah membimbing dan memberikan tunjuk agar kepada kita untuk cemerlang, cemerlang pada semua aspek pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya.
Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya
sahaja. Hormati orang lain untuk orang lain hormati kita.
Semoga bermanfaat.
Staf terakhir semasa bertugas tempoh hari.
Di doakan moga-moga mereka para guru di berikan kekuatan untuk terus membimbing anak didik agar mereka terus maju di semua bidang serta berguna kepada Agama, Bangsa dan Tanahair.
SELAMAT HARI GURU
No comments:
Post a Comment