Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, February 17, 2012

BELIA - KINI SUDAH HILANG HALA TUJU

Kg. Gajah 17 Feb. 2012, belia masa kini adalah generasi penaraju seterusnya untuk sesebuah negara, hatta keruntuhan akhlak mereka sudah pasti akan memberi kesan kepada pembangunan negara. Apa tidaknya, belia adalah harapan masa depan. Lahirnya pemimpin masa kini adalah hasil didikan dan perancangan " orang-orang " terdahulu.

" Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentu negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman makmur, tetapi jika keadaan adalah sebaliknya, maka bersedialah untuk behadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku " - Professor Dr Yosuf Al-Qardhawi, sarjana dan pemikir Islam.

Salah satu proses pembangunan seseorang belia itu ialah " pembangunan " fizikal mereka, ketahan diri, jati diri, kesepakatan, pergaulan serta pembentukan pasokan seangkatan. Bagi Kementerian Belia & Sukan, kementerian ini telah memainkan peranan yang sewajarnya untuk tujuan tersebut. Perancangan ada sebaliknya tindakan amat mendukacitakan. Kerana kalau di zaman lewat 70an hingga akhir 90 Persatuan Belia memang memainkan peranan yang aktiv, aktiviti belia dapat mencorakkan kemana hala tuju belia yang diinginkan.

Tapi kini persatuan belia sudah " seperti hidup segan mati tak mau " seolah-olah peranan belia sudah tidak diperlukan lagi, proses pembangunan belia itu sudah tidak penting malahan banyak persatuan belia yang berkubur, ramai kalangan pemimpinnya beraleh untuk pemimpin parti politik, akhirnya mereka pula menggunakan generasi belia untuk kepentingan peribadi politik mereka.



Papan tanda Gelanggan Pelbagai guna

Salah satu " minat " para belia ialah bersukan ( riadah ), boleh dikatakan setiap kampong atau desa di sediakan dengan kemudahan yang sepatutnya, tapi apakah ada keuntungan di sebalik penyediaan yang di sediakan itu? Bagi para belia yang semestinya mereka yang di bawah usia 40an, selain dari kemudahan yang disediakan mereka juga memerlukan pimpinan untuk " mengemudi " kearah mana mereka perlu dibawa. Dengan kata lain, kemudahan di sediakan bimbingan pula tiada akhirnya kemudahan yang ada di persia-siakan dan seperti projek " membazir " sahaja.



Mini Stadium - tidak digunakankan,
juga tidak di uruskan dengan baik seperti " gajah putih " -
tidakkah ianya satu pembaziran.



Sekeliling Mini Stadium langsung tidak di bersihkan,
seperti kawasan tempat kerbau berkubang.



Kawasan riadah ini di kawasan sekeliling mini stadium
untuk kanak-kanak juga cukup membahayakan,
tidak ada pihak bertanggongjawab yang ingin membaikinya.

Align Center

Kawasan permainan Tenis ini terbiar tanpa diuruskan.

Kepada Pejabat Belia dan Sukan daerah-daerah, adalah diharapkan mereka dapat memainkan peranan untuk penambahbaikan kepada semua aspek pembangunan belia tersebut. Pernah di kawasan DUN Kg. Gajah ada Majlis Belia Daerah yang di anggotai oleh MAYC, Pergerakan Belia 4B, ABIM serta unit berunifom dari sekolah-sekolah. Majlis Belia daerah juga berjaya mengadakan program seperti majlis Khattam Alquran, Seminar pembangunan Belia, Kursus-kursus jati diri dan sebagainya.

Tapi kini " belia " di hidangkan dengan pemimpin yang melebihkan kepimpinan politik peribadi mereka. Persatuan belia hanyalah " platform " untuk kejayaan politik semata-matan. Belia dijadikan " alat " untuk meneruskan perjuangan politik sempit mereka. Di peringkat pentadbiran pula, lantikan pegawai belia, mereka pula tidak mencerminkan kemampuan untuk berjinak-jinak dengan para belia itu sendiri dan ada juga kalang mereka yang turut " menghambakan diri " kepada kepentingan politik individu tersebut.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA