Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 13, 2017

PENGANGGORAN APA PERANAN KERAJAAN?

Kenyataan Media
29 Mac 2017
*KADAR PENGANGGURAN BELIA MENINGKAT 10.7 PERATUS, DI MANA PERANAN KERAJAAN?*
Menurut Laporan Tahunan 2016 yang disediakan oleh Bank Negara, kadar pengangguran belia pada tahun 2015 telah meningkat kepada 10.7 peratus, iaitu tiga kali ganda berbanding purata kadar pengangguran belia iaitu sekitar 3.1 peratus.
Kenyataan Bank Negara juga menunjukkan bahawa kumpulan belia membentuk separuh daripada golongan penganggur di Malaysia. Merujuk kepada kenyataan Richard Riot iaitu Menteri Sumber Manusia di Parlimen pada 23 Mac 2017, seramai 500,000 orang tidak mempunyai kerja, yang mana 40 peratus daripadanya adalah lepasan graduan universiti.
Situasi ini jelas membuktikan bahawa ekonomi Malaysia sedang dilanda masalah yang kritikal dengan kenaikan kadar pengangguran. Dalam bulan ini juga, rakyat diberitahu bahawa kadar inflasi pada bulan Februari telah meningkat kepada 4.5 peratus, iaitu melebihi sasaran purata inflasi iaitu sekitar tiga hingga empat peratus. Ini memungkinkan Malaysia kini berada pada tahap ekonomi yang semakin merudum.
Hakikatnya, realiti yang ditunjukkan melalui angka data adalah tidak bertepatan dengan cakap Najib Razak bahawa ekonomi Malaysia semakin baik. Najib sentiasa berbangga dengan pencapaian Keluaran Dalam Ekonomi Kasar serta pelaburan luar tanpa melihat bahawa kadar pengangguran, peningkatan inflasi dan jurang ketidaksamaan berada pada tahap yang membimbangkan. Apa sebenarnya kerajaan Umno BN sudah buat?
Saya percaya bahawa persepsi ekonomi Malaysia adalah semakin negatif kerana negara ini sudah terpalit dengan pelbagai skandal dan isu tatakelola yang teruk. Media-media global memaparkan perihal salah laku pemimpin-pemimpin negara seperti yang dilihat dalam isu 1MDB, MARA dan derma RM2.6 bilion. Jika Kerajaan Umno BN komited menangani penyelewengan, kerajaan seharusnya berterima kasih kepada media dan pembangkang, bukannya menyalahkan mereka kerana mendedahkan penyelewengan yang merugikan rakyat dan negara.
Seharusnya dalam keadaan ekonomi sebegini, kerajaan seharusnya mengutamakan perbelanjaan pembangunan jangka panjang. Program pembangunan usahawan seperti Skim Hijrah Selangor perlu dititikberatkan oleh Kerajaan. Seharusnya MARA itu lebih proaktif dalam membantu rakyat Malaysia melahirkan usahawan dan pekerja profesional. Malangnya pengerusi sekarang sanggup habiskan RM50, 000 semata-mata untuk mengadakan pertandingan esei bagi memenuhi nafsu politiknya.
Menteri Sumber Manusia seharusnya memikirkan polisi yang terbaik untuk mengurangkan kadar pengangguran. Seharusnya beliau menyarankan kepada kerajaan supaya menghentikan pengambilan pekerja asing terutama bagi sektor perkhidmatan dan pembuatan, bagi membuka ruang pekerjaan kepada anak muda tempatan. Ini bagi memastikan pekerja tempatan memperoleh bayaran gaji setimpal, kerajaan seharusnya mewujudkan skim Cost of Living Allowance (COLA) untuk membantu mereka menghadapi kenaikan inflasi dan kos sara hidup.
Dengan peningkatan kadar pengangguran dan inflasi, saya menegaskan sekali lagi kepada kerajaan supaya merombak dasar fiskal negara dengan mengurangkan rasuah, menjana pembangunan jangka panjang serta memperkenalkan skim COLA.

*DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL*
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat (PKR)

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA