Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 30, 2012

JUTAAN BELIA DI TIMPA MUSIBAH



" Belia hari ini adalah penyambong kepada kepimpinan akan datang " Anak-anak hari ini adalah pewaris masa akan datang. Jadi ungkapan ini amat besar ertinya, tersilap langkap generasi mendatang akan memusnahkan masa depan negara. Kalau gitu ayatnya ngape agaknya menteri belia " marah " kita membelawa para belia untuk sama-sama di asuh kaitan dengan kepimpinan. Mungkin beliau juga tersilap dalam organasasi belia mereka perlu ada kepimpinan, mereka perlu memilih, mereka perlu memupuk semangat cintakan organisasi, mereka perlu amanah, jujur dan iklas dalam  kepimpinan. Generasi masa kini perlu di asuh dan di didik untuk mempelajari gaya hidup yang sederhana, gaya hidup yang berlandaskan Alquran dan sunnah dan hadith. 

Tapi apa yang menyedih para remaja dan belia semasa perhimpunan itu di pertontonkan dengan hidangan yang cukup memualkan, kumpulan K-pop dengan berpakaian yang tidak lansung mecerminkan budaya Malaysia dan mengihidangkan tarian dan aksi yang cukup ghairah. Kita boleh lihat sendiri keadaan dan gerak geri mereka dengan persembahan tersebut ?

 

Kita  boleh lihat sendiri ( gambar ) bagaimana kepimpinan " kita " sungguh gembira dengan pesembahan mereka, Menteri Belia dan PM sungguh terhibur di pentasw bersama-sama dengan kumpulan tersebut.Aneh, BERNAMA dan media massa arus perdana enggan untuk menyiarkan tentang bilangan yang hadir di himpunan yang dinamakan "jutaan" itu.

 

 Kepimpinan " wasatiyyah "

Apakah yang berlaku semasa Himpunan Sejuta Belia tempoh hari mungkin juga sudah kehendak Allah, dengan persembahan K-POP yang bagitu " menyayat " hati serta berbagai-bagai program pentas, akhirnya dengan kehendak allah, " kita merancang tapi perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. Dalam keadaan mereka asyik berhibur terjadi satu tragedi yang cukup menyayat - Tragedi Berdarah Drag Racing.

Drag Racing telah mencederakan 2 orang penonton dalam keadaan parah dan sejumlah 10 orang lagi mendapat cedera ringan, kelajuan Mitsubishi Lancer Tuber dengan kawalan keselamtan yang di buat sambil lewa.

Menurut Datuk Razlan Razali, ketua pengarah Eksekutif  Sukan Bermotor Malaysia ( MAM ) perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM. "Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami,"  tambah beliau yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.

Drag race crashKetua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM, "Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.


Dengan kejadian sabagini apakah pihak Kementerian perlu lepas tangan dan hanya menyalahkan penonton sedangkan  kawalan keselamatan di tahap yang amat rendah sekali. Kementerian juga perlu bertanggongjawab atas apa juga yang berlaku. dan yang paling menyedihkan melalui program ini kita Malaysia dengan meletakkan Islam sebagai Agama Rasmi langsung tidak mengindahkan apa yang kita buat. Apakah dengan mempernontonkan kumpulan K-pop itu tidak meninggalkan kesan negatif kepada generasi belia akan datang? Satu persolan yang yang sungguh menyedihkan di masa kini.

1 comment:

  1. mufti perak harussani telah pun berfatwa kesemua yang bn/umno/apco buat hukumnya harus dan wajib rakyat berterima kasih walaupun terang terangan menodai hukum allah swt.janganlah pihak pakatan rakyat nak memperpetulkan atau mengakkan fakta yang benar dan adil,kesemuanya nanti akan difatwakan oleh harussani sebagai haram.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA