Zahid - Menteri Dalam Negeri ( KDN ) ( gambar ) cukup marah dengan keadaan kebangkitan rakyat melalui BlackOut 505. Luahan
kemarahan beliau terhadap tindakan anak-anak muda yang memprotes keputusan pilihan raya
lalu agar " keluar dari negara ini " dan mencari negara yang sesuai yang
mengamalkan sisitem pilihan raya seperti mereka gemari adalah satu
tindakan yang tidak bijak, bersifat sombong dan angkuh.
Zahid mungkin terlupa anak muda zaman ini adalah kalangan mereka yang pandai ICT, mereka mendapat info dengan menggunakana hujung jari sahaja, mereka juga adalah kalangan anak muda yang dilahirkan melalui dasar pendidikan KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ), lebih mudah gulongan ini dilahirkan dengan termaktubnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Inti pati Falsafah Pendidikan kebangsasan,
adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersatupadu untuk mewujudukan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetuan, beketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaana mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negera.
Dengan itu kini negara sedang " menuai " apa yang di tanamnya 30 tahun yang lalu, iaitu zaman mulanya KBSR pada 1980 dulu.
Apakah Zahid Hamidi, tidak dapat membaca kenapa mereka bertindak sedemikian rupa? Atau apakah ada kebenaran dengan tindakan mereka itu? Anak muda
walaupun beremosi tetapi tindakan mereka berdasarkan fakta yang rasional.
Dengan hujjah dan herdikan beliau ini seolah-oleh beliau sudah hilang kawalan diri, tidak memahami asprirasi anak-anak muda, sudah tidak memahami bahawa anak-anak muda menerima maklumat terkini dari sumber-sumber yang nyata dan jelas sekali. Menteri adalah pemimpin untuk semua rakyat
tidak kira lapisan masyarakat. Zahid harus
membezakan dia sebagai seorang menteri yang dibayar gaji oleh rakyat
dengan dia sebagai seorang Naib Presiden Umno.
Cabaran anak muda ini adalah satu percubaan untuk Zahid, dan kegagalan Zahid untuk mendepani isu anak muda ini boleh di jadaikan " indikator " bagaimana beliau akan menghadapi cobaan yang lebih besar lagi? jenayah, rompakan, tembak curi, kehadiran PATI. Cabaran lebih besar kepada Zahid bukan menangani pesta
demokrasi anak-anak muda di jalanan tetapi jenayah global. Zahid perlu
memperbetulkan indeks jenayah di negara ini dengan angka yang realistik.
Sepatutnya Zahid, melihat sendiri apakah isu yang dimainkan oleh anak muda ini, apakah rasionalnya isu yang dimainkan oleh mereka, dan kemudian Zahid wajib sekali menganal pasti dari mana datangnya isu yang diketengahkan. Kalau " demostrasi jalanan " yang di mainkan oleh mereka jelas anak muda ini mempertikaikan cara SPR melaksanakan tugas semasa PRU13, jadi Zahid perlu mencari jalan atau berunding dengan pihak SPR dan carilah jalan bagaimana untuk membantu SPR bagi mempertahankan tuduhan dan
dakwaan kononnya SPR gagal mewujudkan sebuah pemilihan yang bersih.
Tapi, Zahid terus berang dan langsung tidak menghormati aspirasi anak-anak muda ini. Zahid bertindak seperti seorang bapak yang tidak berilmu tetapi
berperangai pongoh. Sudah tentu sikap Zahid yang bereng itu tidak akan
dihormati oleh generasi muda dan kesannya orang muda akan mengatakan bahawa
semua pemimpin Umno khas yang berada dalam kabinet semua sama, pemarah,
tidak dapat menerima kritikan dan sombong serta angkuh.
Atau pun kini Zahid sendiri sedang bermain dengan api untuk pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada hujung tahun ini? Atau apakah beliau sendiri sedang membina kekuatas untuk kerusi Timbalan presiden. Lihat sendiri bagaimana beliau sanggup menyergah Anwar yang satu ketika dulu Anwar adalah " bosnya " sendiri. Zahid perlu berhati-hati kerana generasi muda dari UMNO sendiri sedang dalam dunia " peralihan " atau ianya mungkin tidak menyebelehi gaya kepimpinan yang ditujukkan oleh Zahid.
Buat tuduhan mengikut nafsu Anwar. Nafsu Anwar memang kuat termasuk nafsu seks. Laknat tu dgn mudah menuduh org lain sedangkan diri sendiri lagi teruk.
ReplyDelete