Ini hanya satu dapatan dari pemerhatian bagaimana sebenarnya UMNO masa kini, apakah benar-benar UMNO rakan dalam BN sedang memperjuangkan hak rakyat khususnya Melayu? benarkan mereka sedang berusaha untuk membangunkan masyarakat Malaysia? Khusus buat UMNO apakah benar UMNO kini hanya diterima oleh Melayu dan Melayu di luar bandar sahaja? Untuk itu di senaraikan beberapa hujjah untuk menguatkan keadaan UMNO masa kini.
Hasil dari PRU13 memang jelas kelihatan bagaimana UMNO sudah mula ditolak oleh kalangan masyarakat di pinggir bandar dan bandar, di mana kawasan / masyarakat di kawasan ini di monopoli oleh masyarakat yang berbilang kaum, nisbah agihan taburan pengundi pula hampir sama. Atas kemenangan tipis tersebut " kemengangan " yang tersinggung oleh Najib. Setelah debu peperangan
mendap dan euporia ‘kemenangan’ mula pudar, Najib terpaksa berdepan
dengan beberapa hakikat yang sangat mengugat dan menyeksa jiwanya.
Sebagai contoh " ngelabahnya " Najib dalam susunan kabinate, pembangkang berterusan mengkritik susunan Kabinet yang
baru dilantik selain dari pembangkang kritikan juga termasuk dari kelompok pengamal serta
pensyarah-profesor undang-undang yang mempertikaikan kesahihan kaedah
melantik menteri dari kelompok senator yang belum lagi mengangkat sumpah
sebagai senator. Kabinate Malaysia dengan penduduknya hanya 28 juta tapi Menterinya berjumlah 35 orang dan ianya mengatasi kabinate di Amerika Syarikat itu sendiri. Kenapa perlunya kabinate sabagini besar?
Lahirnya ‘tsunami Cina’, " Tribunal Rakyat " jelas memperlihatkan bagaimana kerajaan pimpinan Najib sudah tidak relevan lagi di Malaysia, keputusan PRU13 dengan sokongan dan dokongan SPR terus di kritik oleh Rakyat. Akhirnya lahirlah satu " tunjuk suara " oleh rakyat dengan " Blackout 505 ", malahan rakyat dapat membukitkan bagaimana penyelewengan dan salah laku yang dilakukan oleh SPR.
Persetankan ‘Tribunal Rakyat’ cadangan Bersih dan masyarakat sivil.
Persetankan panggilan ‘Kerajaan Minoriti’ walaupun jelas dengan ukuran
‘undi popular’ di semenanjung dan seluruh negara. Namun
seperkara yang tidak boleh dipersetankan Najib dan pimpinan UBN ialah
hakikat bahawa parti dan barisan yang dipimpinnya sedang mengalami
hari-hari kepupusannya (demise) dalam persaingan sengit ‘Politik Baru’.
Najib UBN bukan sahaja masih hidup dalam penafian bahkan cuba menongkah
arus menentang kemaraan ‘Politik Baru’ ini.
Berbalik kepada hasil keputusan PRU ke-13 mula menyelak dan memaparkan hakikat
sebenarnya bahawa Najib dan UBN telah menang kerana diselamatkan oleh
undi-undi Borneo yang tidak sempat di jangkiti’ ‘tsunami semenanjung’. Cuba kita lihat bagaimana kedudukan di Sarawak, peningkatan undi
buat pembangkang sebanyak 8.9%, kedua tertinggi selepas negeri Johor.
UBN juga mengalami kemorosotan undi di 18 kerusi parlimen dari 31 kerusi
parlimen di negeri itu. Dalam 8 kerusi etnik Dayak, BN mengalami 10 %
kemorosotan undi dan Pakatan hampir merampas 2 kerusi Dayak yakni P205
Saratok and P220 Baram. Bukan setakat di Sarawak, Sabah. BN
mengalami kemorosotan undi di 19 dari 26 kerusi parlimen. Dalam 7
kerusi majoriti bumiputera yang dimenangi BN, kesemua mengalami
kemorosotan undi sebanyak 10%. Sangat menyeksa.
Melalui statistik tersebut kini jelas pengundi di kawasan masyarakat majmok, UMNO sudah di hilangkan kepercayaannya. Kini UMNO / BN seolah-olah menjadi ‘parti kampong’ atau parti
yang hanya kuat di kampung-kampung tradisi Melayu, fakta-fakta berikut
adalah sangat memalukan dan mengaibkan Najib. Cuba kita perehatikan dominasi pengundi di WP - daripada 13 kerusi parlimen 9 di menangi oleh PR. Sebagai satu contoh di Lembah Pantai, amat memeranjatkan di mana " The young lady - giant killer " YB Nurul Izzah buat kali kedua dapat mengalah pemimpin kanan dan UMNO. Selepas Sharizah kini Raja Nong Cik pula jadi mangsa.
Cuba kita perhatikan kemengangan UMNO / BN di beberapa buah negeri:
Selangor, Parlimen, kemenangan seperti Petaling Jaya,
Ampang, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, Gombak, Subang, Shah Alam, Kapar,
Klang dan Kota Raja, adalah kawasan di pinggir dan kawasan bandar, bagitu juga dengan DUN, BN, mampu menguasai ‘anjung utara’ yang merupakan ‘Malay
Belt’ – Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor dan
kali ini berjaya merampas kembali kerusi Kuala Selangor yang telah
berubah demografi pengundi menjadi 65%-35% (Melayu-65%, 23%-India,
12%-Cina) berbanding 60-40 pada 2008 dengan N12 Jeram mencapai 80%20%:
Melayu-Bukan Melayu.
Negeri Sembilan juga turut
menyerlahkan fenomena ini, di mana UBN unggul di kawasan luar bandar
seperti Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin sementara Pakatan
kekal di kawasan Seremban dan Rasah.
Ibu Negeri, UMNO / BN gagal kecuali
Kangar dan Johor Bahru, terus dikuasai Pakatan Rakyat. Ini termasuk Alor
Star, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tanjong, Ipoh, Kuantan, Shah
Alam, Seremban, Kota Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.
Atas dasar keputusan di PRU13 dapat disimpulkan rakyat kini terbagi kepada 2 kumpulan.
- pengundi kawasan luar bandar dengan capaian internet yang terhad dan masih " laparkan " pembangunan.
dan masih tegar dengan keperluan
- Pengundi bandar dan pinggir bandar yang sangat terdedah kepada media
baru-alternatif berbanding
sogokan media UBN dan cenderung untuk
menyokong agenda ‘penambahbaik demokrasi dan
kesejahteraan rakyat’.
Rakyat memang cukup dahaga kaitan dengan " penambahbaikan pengurusan negra " sebagaimana yang di nyatakan oleh kumpulan dinamiki " politik baru ", ianya menyosong masa depan dalam laluan pembangunan politik negara, sudh tentu ianya berbeza dengan UBN, kerana bagi mereka kelompok pertama yang lebih meminati mereka yang diluar bandar kerana golongan luar
Bandar ini yang telah di’bela’ dengan ‘sogokan pembangunan’ yang
sebenar-benarnya ‘tidak membangunkan minda dan jiwa mereka’ bahkan
tidak juga bangunkan pendapatan sebenar (real wage) mereka.
Lagi satu kelemahan yang ada pada UMNO / BN, walau pun sudah hampir 60 tahun memerintah, tapi mereka masih mengguanakan " politik menakut-nakutkan rakyat ". Bagi generasi muda yang telah meninggalkan kampung sebenarnya telah
meninggalkan legasi Politik Lama tersebut. Bagi mereka Politik
Menakut-nakutkan Rakyat dan Politik ‘Patronage’ yakni ketua-ketua yang
mesti ‘disantuni’ untuk mendapat tandatangan anak-anak kampung untuk
mendapat biasiswa kerajaan UBN dsbnya dan ianya bukan lagi budaya di zaman ini.
Dengan beberapa faktor yang dinyatakan dan jelas kelihatan yang UMNO masih lagi cuba mengekalkan dominasi luar bandar dan sekali gus mereka akan cuba mengekal dominasi luar bandanya sekaligus menjadi ‘parti
kampung’ untuk kekal berkuasa sementara Pakatan mesti menerobos kampung
dan luar bandar untuk berjaya menawan Putrajaya dalam PRU ke-14
No comments:
Post a Comment