Sudah pasti suasana hingar bingar dan rasa kurang senang pembangkang terhadap hasil PRU13 akan memuncak apabila hari ini SPR mewartakan keputusan PRU13. Perak saja ada 7 DUN yang di sangsikan dan Parlimen ada 28 kerusi yang akan di bawa ke mahkamah. Selain dari itu SPR itu sendiri akan di bawa ke muka pengadilan.
(SPR) hari ini mewartakan keputusan
rasmi Pilihan Raya Umum ke-13 . Mana calon dan parti politik yang tidak
puas hati boleh memfailkan petisyen berhubung keputusan pilihan raya
umum di mahkamah mengikut negeri masing-masing.
Mana calon-calon dan parti politik boleh
menggunakan saluran yang sah iaitu undang-undang untuk membuat sebarang
bantahan termasuk keputusan PRU13."
Kepada mana-mana parti politik dan
calon-calon yang tidak puas hati dengan keputusan pilihan raya atas apa
alasan sekalipun mereka berhak dari sisi undang-undang untuk mencabar
keputusan pilihan raya dengan memfailkan petisyen di mahkamah tinggi
negeri-negeri yang dipertikaikan itu," .
Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad turut
menyatakan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya
umum boleh memfailkan petisyen dalam apa jua perkara.
"Tidak semestinya mengenai dakwat kekal,
tapi apa jua perkara."Sebab itu saya minta parti politik kumpul bukti,
kemudian kita berhujah dimahkamah," katanya lagi.- SH
No comments:
Post a Comment