Saya menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan
dan penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah
satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut.
Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada
umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS
Terengganu.
Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya hanya
mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya petisyen
bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang lain.
Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu
kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran
rasminya masih belum didedahkan kepada umum.
Saya
juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan wakil PAS dengan ahli
keluarga Pegawai SPR tersebut. Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
juga telah maklum akan situasi ini.
Perjumpaan tertutup telah diadakan dengan wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.
SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!
Sebelum ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini.
Tapi, jangkaan saya meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula Terengganu kepada Pakatan Rakyat.
Ini hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada
saya dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali.
Saya rasa dengan hanya DUN ini, jika menang dalam Pilihan Raya Kecil,
Pakatan Rakyat bakal menambah kerusinya di Terengganu menyebabkan
kedudukan kerusi DUN terikat kepada 16-16.
Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di kawasan-kawasan lain.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang.
Mengikut peraturan Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah pemerintah yang layak.
Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh baginda sultan. Dengan
hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan baginda Sultan
Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti baginda akan berpihak
kepada Pakatan Rakyat.
Maaf, sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran
penuh berkenaan dengan perjumpaan pihak PAS Terengganu dengan wakil
rakyat BN dan keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya
dedahkan tanpa izin rasmi parti.
Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga tidak dapat
saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung di blog ini
yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari Terengganu.
Petisyen bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup
mulut para penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis
menyerang Tuan Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan.
Maaf, saya kata tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai
kamu umpama api dalam sekam. Saya tegaskan, PAS bukan seperti
parti-parti politik lain yang terdapat di Malaysia.
Saya tak kata PAS serta pimpinan PAS tidak boleh dikritik, namun jika
anda seorang muslim yang baik, berilmu, beradab bukan itu caranya.
PAS bukan sekadar parti politik tapi sebuah gerakan Islam, sebuah
Jemaah Islam yang bukan sekadar berjuang semata-mata untuk menegakkan
keadilan, menentang Barisan Nasional tapi menegakkan syariat Islam,
mentadbir Malaysia khususnya dengan Islam yang syumul.
Kamu ingat PAS hanya diam membisu dengan segala penipuan ini? PAS
bergerak dengan penuh strategi, percaturan bukan hanya sekadar
mengadakan himpunan di seluruh negara. Mohon celik. :)
Akhir kata, peringatan keras juga kepadamu, Ahmad Said yang mula-mula
lagi sudah bongkak ingin menyekat pembangunan di kawasan yang dimenangi
oleh Pakatan Rakyat dan PAS di Terengganu.
Awas, bila-bila masa sahaja kamu boleh tumbang!!! Sama-sama berdoa kepada Sang Pencatur Seluruh Alam. ^^
"PAS Redha Dengan Kekalahan, Tapi PAS Tak Pernah Redha Dengan Penipuan"
Sumber : hijabul crewz
Lain kalilah....
ReplyDelete