Ini adalah catatan gambar-gambar yang di terima dari blog-blog lain, apakah tragedi sabagini akan berlaku di negara kita? Atau apakah negara kita yang sudah lama " tertindas " dengan perilaku kepimpinan juga akan turut sama bertindak seperti apa yang berlaku kini di Mesir. Mesir pada dasarnya kita jarang kedengaran rakyatnya " memberontkak " dan boleh dianggap mereka sentiasa menerima sahaja apa yang dikatakan oleh pemerintah.
Penunjuk perasaan sedia berhadapan dengan pihak polis, mereka tidak menghiraukan arahan polis, dan bagi mereka merasakan ada kepuasan dengan apa yang dilakukan.
Walau pun " water cannon " digunakan, tapi mereka sanggup dan berani terus mendekai tank " water cannon " tersebut. Di Malaysia " penunjukkan " belum lagi sampai ke tahap itu, apakah ini akan juga berlaku di negara kita?
Semua rakyat yang hidup di bumi Malaysia ini tanpa mengira bangsa dan agama mahukan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Pemimpin yang diberi amanah hendaklah menguruskan negara ini dengan eluk. Pemimpin hendaklah menjauhi segala perbuatan yang boleh mensengsarakan rakyat.
Dalam Islam, pemimpin adalah hamba rakyat, bukan tuan kepada rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang menjadi tuan. Islam juga mengajar para pemimpin patuh kepada ajaran Islam. Pemimpin pasti akan ditanya di hari akhirat, apa yang ia diperbuat terhadap kuasa yang dianugerahkan kepadanya. Pemimpin merupakan golongan yang paling akhir dihisab diakhirat kerana banyak soal-jawabnya.
Yang perlu diingat oleh Najib, sesebuah kerajaan dimusnahkan oleh Allah bukan disebabkan oleh kemiskinan dan kemalaratan kehidupan rakyat dan negaranya, tetapi anugerah Allah kekayaan yang melimpah ruah dan kuasa, tetapi ia tidak bersyukur kepada Allah.
Ingat kerajaan yang zalim sangat cepat Allah akan membalasnya berbagai cara. Satu daripadanya Allah menimbulkan keadaan negara yang tidak aman, kucar-kacir, masalah sosoial yang datang bertimpa-timpa dan kehidupan masyarakat menjadi songsang.Yang baik dikatakan jahat dan yang dikenalpasti ianya jahat, dikatakan baik. Bohong sana-bohong sini, fitnah sana-fitnah sini mainan harian. Disebarluas oleh media yang tidak kenal hukum.
Lihatlah keadaan di Mesir dan di Tunissia sebagai pedoman dan teladan.
macamni la bro. tak payah nak hipokrit.
ReplyDeletepelajar malaysia di mesir ni kebanyakannya penyokong pas. disinilah pengkaderan pas bermula.
hari ini mesir bermasalah. jadi yang bertanggungjawap untuk selamatkan mereka adalah kerajaan umno.
artikel aku mudah. aku minta bloger-bloger tak payah malu dan segan untuk sebut dalam setiap artikel bahawa yang menyelamatkan tengkok dorang ni adalah umno. sebut je.
bukan angkuh. adakala kena tunjal jugak kepala melayu berotak sempit ni.
MISI SELAMATKAN TENGOK PENYOKONG PAS INI ADALAH IHSAN DARI KERAJAAN UMNO. KLIK SINI
Posted by GAP KEMBALI at 3:09 AM 1 comments