Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 6, 2011

MAHATHIR - KINI MULAI SEDAR KAITAN RASUAH


Dr M pertikai keperluan beli pesawat pejuang baru
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad hari ini mempertikaikan keperluan kerajaan menggantikan pesawat tempur buatan Rusia, MiG-29 dengan pesawat baru.


Dalam blognya, Mahathir berkata kerajaan seharusnya mengikut jejak langkah India yang hanya menaik taraf pesawat tempurnya dan tidak berbelanja jutaaan ringgit bagi membeli pesawat baru.

"Malaysia telah bekerjasama dengan India berkaitan pengubahsuaian pesawat buatan Rusia. Mungkin kita sepatutnya mengetahui apakah maksud sebenar menaiktaraf Sukhoi Su-30 dan MiG-29.

“Saya tidak pasti sama ada Malaysia menghadapi ancaman perang. Jika tidak, adalah lebih baik untuk hanya membaik pulih pesawat yang ada,” kata Mahathir.

Menurut beliau, berdasarkan laporan antarabangsa, India dikatakan akan menaik-taraf pesawat Sukhoi-30MKI milik negara itu manakala MiG-21 mungkin 'dibersarakan' namun MiG-29 akan dinaik-taraf.

Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mendakwa pesawat MiG buatan Russia harus diberhentikan kerana kos penyenggaraannya semakin tinggi.


Mahathir sebelum ini mengingatkan kemungkinan wujud orang tengah yang akan mengaut keuntungan berganda dengan keputusan untuk membeli pesawat tempur baru dan menjual yang lama.

Beliau juga berekata keputusan kerajaan menukar pesawat MiG dipengaruhi oleh pihak yang berkepentingan sendiri.

Sebelum ini, Zahid memberitahu Dewan Rakyat bahawa penamatan perkhidmatan pesawat selama 10 tahun itu adalah kerana peningkatan ketara kos penyelenggaraan dan operasi pesawat buatan Rusia itu,

Kementerian Pertahanan dilaporkan menimbang untuk menggantikan pesawat MiG buatan Rusia sama ada dengan SU-35, FA-18 E/F Super Hornet, JAS Gripen, Eurofighter Typhoon, Dassault Aviation Rafael, F-16 C/D Block 52 atau F-15 Eagle.

1 comment:

  1. curiga berlaku rasuah itu ada kerana dulunya ada rasuah. bila tiada kuasa baru sedar rasuah dapat kat orang lain mahadir

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA