Kini terserlah apa dan dimana sebenarnya Malaysia, apakah benar Islam agama rasmi atau rasminya hanya tertulis pada perlembagaan sahaja. Sama ada sistem keislaman mau pun feudal atau entah apa lagi keadaan negara sudah tonggang langgang, sudah tidak menentu kemana hendak dituju. Pemimpin menjual ke seluruh dunia Malaysia adalah negara islam yang liberal, yang mudah di damping, tidak mengancam dunia lain, tidak radikal malahan mudah untuk bertolak ansor.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].
PELIK tapi benar, kalau kita lihat di peta dunia, Negara Malaysia ini hanya sebesar habuk nak dibandingkan dengan negara-negara bukan Islam yang lain. Malaysia juga memiliki majoriti rakyat yang beragama Islam. Namun apa yang peliknya, negara ini menduduki "ranking Top 10" peminum arak paling ramai di dunia diulangi rangking Top 10 peminum arak teramai di dunia.
Akhbar milik MCA, The Star semalam menyiarkan statistik tahun ini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, WHO bahawa Malaysia membelanjakan US$500 juta (RM1.5bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter. Penggunaan beer di Malaysia pula dilaporkan mencecah 11 liter per kapita [TheStar].
Walaubagaimana pun, Malaysia masih di iktiraf oleh pihak luar sebagai sebuah negara pengamal Islam yang " moderate ", sehinggakan pelaksanaan Negara Islamnya dapat pengiktirafan seluruh dunia, kesederhanaan pemimpinnya, kestabilan politiknya, daya penipuannya, daya salah guna kuasanya dan akhirnya Malaysia juga sebagai " pengarak " yang terulung di dunia. Sebagaimana kenyataan dalam The Star yang dilaporkan oleh Tim. Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Senator Heng Seai Kie - Malaysia walau pun kecil tapi dari segi meminatik arah di tempat ke 10 di dunia.
Apakah kedudukan tertinggi tersebut ada kaitan dengan apa yang berlaku di sebuah sekolah yang menyembut dan membenarkan syarikat arak untuk menaja program di peringkat sekolah? kenapa ini boleh terjadi, apakah sekolah sudah diberikan kelonggaran tersebut? Di mana Muhyiddin?
Program back to school - sebuah sekolah Tamil -
gambar jelas murid dan guru serta tetamu jemputan menunjukkan isyarat
" 1murid 1tin carlsberg - bagus "
Adalah menjadi harapan kepada semua pejuang bangsa, badan-badan NGO yang di sertai oleh Orang Melayu, seperti PERKASA, Pemuda UMNO, Puteri UMNO, bangunlah dan tentanglah kemungkaran ini. Kalau penentangan dari pihak PAS, PKR hatta DAP sudah tentu tidak di terima oleh pihak pemerintah. Ayuh, lilit dahi dan teruskan perarakan di jalanan untuk tujuan tersebut.
No comments:
Post a Comment