9 jenis pemakanan untuk mengelak sembelit
Pernah mengalami masalah sembelit? Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak
kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau
kering. Individu yang mengalami sembelit akan menghadapi kesukaran untuk
membuang air besar. Masalah ini timbul berpunca daripada pelbagai
faktor. Antaranya, makanan yang dimakan tidak di hadam dengan baik,
kurang makan buah, sayur dan kurang minum air.
Sekiranya masalah
ini dibiarkan, kesan yang lebih buruk mungkin akan dihadapi oleh
individu tersebut seperti buang air berdarah atau lebih sinonim
dipanggil buasir. Berikut disenaraikan 9 jenis makanan yang boleh atasi
masalah ini.
1. Betik
Buah
betik yang ranum kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat
yang tinggi. Ia sesuai dimakan untuk melawaskan perut bagi sesiapa yang
mempunyai masalah sembelit. Elok lebihkan serat dalam pemakanan harian
bagi individu yang mengalami sembelit. Cuba ini: Punch buah-buahan
perdana
2. Strawberi
Buah
berwarna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk ini bukan sahaja
cantik dan enak dimakan. Malah, ia berkesan mengatasi masalah sembelit
di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga
membersihkan gigi. Ia juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk
kesihatan kulit.
3. Cincau
Cincau
mempunyai serat yang tinggi dan rendah kalori dipercayai mampu
meredakan panas di dalam tubuh, demam, kembung perut, sembelit dan cirit
birit. Selain itu cincau juga mampu membersihkan organ pencernaan dari
zat karsinogen yang menjadi punca penyakit kanser. Cuba ini: Bandung
cincau
4. Timun
Timun
kaya dengan kandungan mineral. Ia juga mengandungi kalsium, fosforus,
zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit boleh diatasi hanya dengan
makan timun setiap hari.
Mesti cuba: Salad Pudina Timun
5. Kucai
Daun
kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. yang
berfungsi sebagai antiseptik untuk membunuh bakteria dalam usus dan
menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus
selain melancarkan pengaliran darah sekaligus mengelakkan berlakunya
pembekuan darah. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut,
penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.
Mesti Cuba: Telur goreng hancur ala cina
6. Pisang
Pisang
mempunyai begitu banyak khasiat untuk kesihatan. Amalan makan pisang
setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan
sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum
petang yang enak sama ada dengan mengoreng atau dijadikan pengat. Cuba
ini: Pengat pisang
7. Temulawak
Sembelit
juga boleh diatasi dengan menggunakan batang dan rizom (ubi) muda
temulawak atau nama saintifiknya Curcuma Xanthorriza. Caranya:
1. Ambil bahagian batang dan rizom (ubi) muda temu lawak.
2. Bersihkan, kemudian rebus hingga mendidih.
3. Setelah mendidih, tapis serta tuangkan air rebusan tadi ke dalam gelas.
4. Jika mahu, biarkan ia suam seketika dan minumlah secara perlahan-lahan.
Sehari
sekurang-kurangnya boleh diminum sebanyak dua hingga tiga kali. Boleh
juga diminum walaupun tidak mengalami masalah sembelit sebagai langkah
pencegahan. Selain sembelit, ia juga diakui boleh mengatasi masalah
najis berdarah.
8. Ciku
Individu
yang mengalami masalah sembelit juga boleh amalkan makan buah ciku yang
dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama
pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum
sarapan pagi.
9. Lobak Merah
Lobak
merah atau nama saintifiknya Daucus carota L boleh membantu
menyembuhkan sembelit, mengubati sakit ketika buang air kecil,
meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa
sihat. Cara terbaik menikmati manfaat lobak merah adalah dengan
memakannya secara mentah.
Cuba ini: Kerabu epal hijau lobak merah
trymasak.my
No comments:
Post a Comment