Mulai esok, rakyat Malaysia sudah pasti tidak lagi, merasa merisau kaitan dengan kandungan gula dalam darah. pihak kerajaan telah mengambil inisiatif dengan menaikan harga gula sudah pasti rakyat tidak mengamalkan kanana yang berlebihan gula.
Tahniah Kerajaan, dan tahniah pengundi yang memilih BN di PRU13.
Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di
Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit
diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.
"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.
Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan
pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang,
mata buta dan kaki terpaksa dipotong.
"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis
dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.
No comments:
Post a Comment