Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 28, 2011

DUN MERLIMAU HARI NI DIPUTUSKAN TARIKHNYA

Tenang, 28 Januari 2011

Pagi ini SPR yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof akan mengadakan mesyuarat kali ke 14 khas untuk mengadakan PRK, Dun Merlimau adalah yang ke 14 selepas Tenang. Walaubagaimana pun bilangan ini masih di tempat kedua jika dibandingkan dengan PRU pada 1995 - 1998 tempoh hari di mana ianya berjumlah 16 kali. Tapi pada hakikatnya pada selepas PRU 12 Malaysia sepatutnya sudah mengalami 4 PRK yang di putar belitkan oleh SPR atas kehendak UMNO / BN - Kedah 1, Perak 3, di harapkan agar di Selangor DUN Pelabuhan Kelang SPR akur dengan kehendak dewan.

Dalam pada itu semua parti yang terlibat dengan pilihan raya itu masing-masing mencatat kemenangan. PKR menang di Permatang Pauh, Dun Penanti, Bukit Selambau, Pas menang di Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Manik Urai. Dap menang di Sibu. Manakala UBN pula menang di Bagan Pinang, Batu Sapi, Galas dan Hulu Selangor.

Mesyuarat hari ini bagi menetapkan tarikh untuk DUN Merlimau, ekoran kematian Adun Merlimau, Melaka Mohamad Hidhir Abu Hassan 54 tahun yang juga EXCO kerajaan negeri Melaka.
azlan
Ia adalah PRK ke 15 selepas PRU12 pada Mac 2008. tetapi yang pertama di Melaka. Namun pilihan raya kecil Merlimau ini tidak akan mengubah sebarang kedudukan dewan undangan negeri Melaka kerana BN menguasai 23 kerusi (Umno, 18, MCA, empat dan MIC, satu) manakala Pakatan Rakyat mempunyai lima kerusi yang semuanya dimiliki DAP.

Negeri-negeri lain sudah terlibat dengan pilihan raya. Negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor, Kuala Terangganu,Negeri Sembilan dan Kelantan semuanya sudah melalui pilihan raya kecil apabila berlaku kematian Adun di negeri berkenaan ataupun perletakkan jawatan, kini hanya tinggal Perlis dan Pahang sahaja yang masih terkecuali.

Fakta:

Jumlah Pengundi: 10,471
Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%
Ini bermakna PAS hanya perlukan peralihan undi sekitar seribu lebih sahaja lagi untuk merampas kerusi DUN Merlimau selain mengekalkan jumlah undi pada PRU12 yang lalu.

Peta lakaran N27 DUN Merlimau N27 - PRK ke 15

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang akhbar yang diadakan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang beberapa hari lalu menyatakan bahawa SPR telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk mengendalikan 13 pilihan raya kecil setakat ini berharap pilihan raya kecil ke-14, di Johor, akan menjadi yang terakhir sebelum negara melangkah ke pilihan raya umum.

Kita berdoa sama-sama untuk memastikan SPR tidak lagi mencari helah untuk menyokong Calun BN dan bertindak berat sebelah. Berikanlah komitmen untuk semua parti, bertindaklah sebagai orang tengah dan pastikanlah perjalanan PRK di tahap yang terbaik.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA