Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 23, 2011

MAHYUDDIN - TOLONG LAH GURU, BERILAH SOKONGAN

Kini Mahyuddin cukup terdesak dengan kerenah kaum guru, selepas PR dengan Perjanjian 100 hari pemerintahannya dan imbuhan RM500 untuk kaum guru, kerajaan BN Khususnya kalangan UMNO libang libu dengan perjanjian itul. Setiap tindakan mereka semua tak kena.

Kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan.

Guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu perlu sentiasa akrab.

Guru juga sebagai seorang pemimpin perlu sentiasa mempunyai sikap kebersamaan kepada kerajaan supaya dapat menjayakan agenda pembangunan negara terutamanya Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam bidang pendidikan. azlan

Dalam keadaan tertentu pula Muhyiddin pula cuba mempebodohkan kaum guru dengan menidakkan apa yang dituturkan oleh Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran. ( gambar ) dalam isu kempen dengan guru-guru kaunseling di DUN Labis tempoh hari. Semua orang dapat melihat sendiri pengerah berkempen di Tenang dirakamkan dan disiarkan melalui Youtube. Kenapa Muhyiddin perlu menafikan? sebaliknya beliau mendakwa beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan" atau sebalikknya.

Ketua Penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam pula ( gambar ) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamPerwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara terang menuntut buku itu ditarik balik. “Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya. “Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,”

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa
pengundi Inmuhyiddin pc 200910 02dia supaya menyokong calon PAS. Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah hilang akal dan pedoman dengan merestui kata-kata MCA yang PAS akan menegakan negera Ialam dan Orang Cina perlu berhati-hati dengan tindak tanduk PAS, apakah ini yang dikatakan kepimpinan Melayu sudah mula lupa diri dan sudah hilang pertimbangan untu memastikan kepimpinan mereka terus diterima oleh masyarakat. Mahyuddin perlu berfikir, rakyat sudah boleh berfikir dan tau apa yang sebenarnya dilakukan oleh UMNO masa kini. Mahyuddin merestuai MCA agar tidak diujudkan negara Islam di Malaysia.


No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA