Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 25, 2011

SALAM - CHUA SOI LEK BUKA PEKONG UMNO

PRK Dun Tenang, telah memperlihatkan kepada kita betapa " jahil " kalangan kepimpinan UMNO untuk mengemudikan negara ke arah dengan masyarakat perlbagai kaum dalam usaha menegak ISLAM sebagai agama rasmi. Mereka juga terus gagal untuk menterjemahkan hukum hakam Islam kepada rakan BN - Tindakan Chua Soi Lek, memperlekehkan calun PR Puan Normala Sudirman untuk tidak menerima salam kaum lelaki yang bukan muhrim telah dengan jelas memperlekehkan khususnya Mahyuddin.

Sepatunya persoalan yang perlu timbul ialah Siapa Chua Soi Lek?
Apa isu yang pernah ditimbukan oleh beliau sebelum ini?
Apakah Chua juga mengikut rentak dan tari rakan-rakan dari UMNO itu sendiri?


Cuba kita imbas kebali beberapa isu:

Dulu UMNO juga yang mempertikaikan seorang MP masuk ke surau dan berucap, timbul isu, berhadas besar dan tidak sopan, tidak menutup aurat dan sebagainya. Satelah diberikan penjelasan UMNO dan kuncunya mendiamkan diri.

Memasang anjak oleh seorang MB, sampai hampir 2 bulan baru Mufti dapat mengeluarkan " fatwa " yang tidakan MB itu adalah secara tidak disengajakan tapi ada kalangan pemimpin dari parti pembangkang yang memegang lilis semasa kematian kaum lain, secepat kilat mufti memberikan fatwanya.

Semua apa yang berlaku dan terjadi memang budaya pada kepimpinan dan ahli UMNO itu sendiri, dengan itu isu agama sepatutnya UMNO jangan campur, kerana ianya boleh menemplak diri sendiri bak kata pepatah " tepok air di dulang mercik ke muka sendiri "




Queen Elizabeth bersalam dengan
Perdana Menteri India Manmohan Singh dalam keadaan bersarung tangan.




Calun PR dari PAS - Puan Normala Sudirman, kini perlu menggunakan sarong tangan untuk bertemu dengan pengundi bagi memudah untuk menyambut salam mereka. Sedih isu agama sabagini pun pihak UMNO gagal untuk menterjemahkan kepada rakan MCA mereka. Di mana hilangnya alim ulama UMNO, pencacainya, pengikutnya atau pun orang UMNO " dulu, kini & selama-lamanya " buta pada agama?



Untuk meredakan keadaan, setelah diperhatikan isu " bersalam " ini dapat memenangkan calun PR, timbalan Presiden UMNO dengan lantang memberikan amaran agar di tutup saja isu ini dan diberikan tumpuan kepada memastikan kemengangan BN di DUN Tenang. MCA diberikan amaran agar tidak lagi mengekploitasi isu calon PAS Normala Sudirman tidak mahu bersalam dengan lelaki.

Di mana silapnya ayat Mahyuddin ini, "Tapi bagi saya, saya tidak mahu nak mengekploitasi peribadi pihak calon. Itu adalah pilihan beliau (Normala) untuk tidak bersalam". Mengapa agaknya Mahyuddin tidak tegas yang bersalam antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim itu haram, mengapa beliau takut menyatakan yang benar?

Untuk itu ucapan tahniah dan syabas kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan pendekatan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung isu keengganan calon PAS bersalam dengan lelaki di Tenang, cuma di mana suara YB Zul dari kulim?

NONEKetua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah (kanan) berkata, isu melibatkan Normala Sudirman yang ditimbulkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berpunca akibat kegagalan memahami Islam. "Macam pendekatan Tuan Guru Nik Aziz, (apabila) mereka ini tidak faham (Islam), jadi kita mesti fahamkanlah mereka," katanya. "(Contohnya) macam isu melibatkan DAP juga, (berlaku) kerana mereka tidak faham."

Dalam pengalaman Pakatan Rakyat, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang kerap berbeza pandangan dengan pemimpin lain daripada DAP dalam isu agama, khususnya negara Islam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA