Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 30, 2011

MAHATHIR - UMNO KIAN TERHAKIS




Apakah benar, YM Tun Mahathir sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO? ini dapat dilihat sejak akhir-akhir ini beliau sentiasa memberikan pandangan dan tegoran yang dikhususkan kepada UMNO dan BN itu sendiri. Kita dapat melihat sendiri bagaimana beliau berusaha sedaya upaya untuk " mentiadakan " Tun Dollah dari kerusi PM, kemudian beliau juga tidak ketingggalan mengkritik kepimpinan Najib dan akhir-akhir ini beliau merelakan dirinya bertengkar dengan Presiden Gerakan.

Mahathir kata UMNO :

UMNO kini menghadapi masaalah untuk mencari pemimpin,
UMNO juga sudah rosak dengan teruk,
UMNO dibayangi penoh dengan budaya rasuah,
dulu UMNO kuat tapi kini lembik,
dulu pemimpin UMNO dilantik dari golongan terpelajar,
kepimpinan kini dari kalangan orang bodoh
kepimpinan juga sering curiga mencurigai

Beliau menambah;

Umno kini dipimpin oleh orang yang korup dan “kita dapati orang yang ada kelayakan tidak dibenarkan masuk dan pegang jawatan.” “Ini adalah perkara yang benar, malah kita hendak cari pemimpin dalam Umno sekarang pun susah "

Persoalannya mereka yang memimpin kini adalah yang di asoh zaman pemerintahan beliau sendiri, apa sudah jadi dengan Mahathir ni, Memang benar Mahathir mudah lupa.

Dr Mahathir menjawab soalan sama ada orang Melayu seolah-olah sudah agak kritikal terhadap Umno ketika ditemu bual oleh Mingguan Malaysia, akhbar Kumpulan Utusan milik parti itu, sempena perhimpunan agung tahunan hujung minggu ini.


*******************************

Ini pula adalah wawancara antara Mingguan Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, DATUK OTHMAN MOHAMAD beserta ZIN MAHMUD, GAMAL NASIR MOHD. ALi, MARHAINI KAMARUDDIN, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar FAUZI BAHARUDIN dan TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD pada Khamis lepas.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat keadaan UMNO hari ini?

DR. MAHATHIR: Saya tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya dekat-dekat pilihan raya ada banyak aktiviti supaya rakyat dapat faham perjuangan yang sebenarnya tapi nampaknya tidak begitu aktif, tak tahulah saya memandangkan saya jarang keluar akhbar sekarang, jadi saya tak tahulah. Ini impression yang saya dapat.

MINGGUAN: Apakah berbeza jika dibandingkan dengan keadaan dahulu?

DR. MAHATHIR: Dahulu kita kuat, tidak ada orang yang meninggalkan parti tetapi sekarang kita perlu memenangi semula mereka yang telah meninggalkan parti. Umpamanya UMNO masih tidak terima ahlinya yang letak jawatan atau keluar UMNO ketika saya bertindak keluar dahulu. Ramai juga yang keluar tapi banyak bahagian yang tidak mahu terima mereka, walaupun jumlah mereka sedikit. Kita tidak menang pilihan raya lalu dengan undi besar, jadi kalau ada ahli yang keluar walaupun 200 atau 300 orang itu sudah cukup besar. Kalau lari 100 orang kita kena cari 200 orang balik. Jika tidak dapat jumlah dua kali ganda yang telah meninggalkan UMNO agak susah untuk kita dapat kemenangan.

MINGGUAN: Apakah ini punca kebanyakan mereka beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana permintaan mereka untuk kembali dalam UMNO ditolak?

DR. MAHATHIR: Ini lebih kerana kecewa kerana dahulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini mereka dapati UMNO tidak nampak memperjuangkan nasib orang Melayu. Sebab itu mereka menubuhkan NGO dan ia sebenarnya tidak boleh buat apa-apa pun tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan tidak mengundi UMNO dan BN maka kesannya besar. Sebab itu kita kena tahu alasan kenapa mereka beralih kepada NGO.

MINGGUAN: Tidakkah dengan wujudnya NGO ini akan memecahbelahkan penyokong UMNO?

DR. MAHATHIR: Mereka nak sokong UMNO seperti contoh Perkasa, mereka sokong UMNO tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO dan kemudiannya diambil alih oleh Perkasa. Oleh itu UMNO harus ambil tahu, tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Kita sebenarnya tidak boleh mempunyai banyak musuh pada masa sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh pun kita patut pertahankan dan kemudian ambil tahu apa masalahnya.

MINGGUAN: Kita lihat perkiraan NGO mudah iaitu dari segi Melayu, tapi kalau dari segi UMNO sebagai kerajaan pula terpaksa mengimbangi antara Melayu dan bukan Melayu. Bagaimana seharusnya NGO ini berperanan?
DR. MAHATHIR: Kita boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan Melayu. Kita harus jelas sebab-sebab kita membuat tindakan. Umpamanya tempat-tempat dalam universiti kerajaan kita ambil tahu tetapi kita tidak ambil tahu tempat-tempat dalam universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang dalam universiti kerajaan dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat. Sedangkan masa saya masih memerintah, kita tubuh twinning arrangement untuk memberi peluang kepada orang bukan Melayu mendapat pelajaran di universiti. Lepas itu kita benarkan penubuhan universiti swasta untuk memenuhi keperluan pendidikan bukan Melayu kerana kita tahu mereka tidak dapat banyak tempat di universiti kerajaan. Tapi sekarang ini kita tubuh banyak universiti swasta tetapi kita kurangkan lagi pelajar Melayu dalam universiti kerajaan. Nampaknya orang Melayu yang semakin rugi.

MINGGUAN: Tun nampaknya melihat UMNO tidak ada usaha yang giat untuk menarik sokongan orang Melayu. Berdasarkan pengalaman Tun apa nasihat Tun untuk memperbaiki keadaan ini?

DR. MAHATHIR: Masa saya dahulu tidak banyak masalah kerana UMNO sangat kukuh dan mereka yang dipilih memimpin terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk dalam UMNO, sebab itu mereka masuk Pas. Jadi di kalangan pemimpin UMNO tidak banyak yang berkaliber, tambah lagi mereka dikaitkan dengan rasuah seperti bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi misalnya. Malah banyak cerita ahli dapat sesuatu untuk mengundi mereka. Oleh itu UMNO perlu kikis perkara ini, jika rasuah itu sudah berlaku sekurang-kurangnya orang yang seperti ini tidak boleh dibenarkan jadi calon.

MINGGUAN: Masihkah ada masa untuk memperbetulkan keadaan UMNO sebelum menghadapi pilihan raya?

DR. MAHATHIR: UMNO sudah menjadi rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi pertuduhan rasuah dan pelbagai lagi. Lepas itu orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini UMNO yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Najib untuk beliau perbaiki. UMNO memerlukan banyak masa supaya ia boleh diperkuatkan. Tapi beliau pun sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

MINGGUAN: Tun melihat soal tidak berlaku perubahan ini di peringkat bahagian atau semua peringkat?
DR. MAHATHIR: Saya melihat dari peringkat cawangan sampai ke pusat.

MINGGUAN: Maknanya dari tahun 2008 hingga sekarang tidak ada perubahan?
DR. MAHATHIR: Tidak nampak perubahan yang berkesan dan UMNO pun tidak boleh mempertahankan diri. Bila dituduh rasuah senyap, bila dituduh rasis pun hanya senyap. Malah nak sebut nama Melayu pun sudah tidak boleh lagi, kalau sebut sahaja sudah jadi rasis. Orang lain boleh sebut bangsa mereka tapi orang Melayu tidak boleh. Saya pun dituduh rasis kerana bercakap tentang Melayu.

MINGGUAN: Apakah ini disebabkan kemunculan Melayu liberal yang semakin lantang bersuara. Mereka melihat parti yang mewakili Melayu ini sudah tidak relevan?

DR. MAHATHIR: Kita kena perjelaskan kenapa anggapan mereka bahawa parti berasaskan kaum ini tidak lagi relevan adalah salah. Tapi tidak ada satu usaha yang gigih untuk menjelaskan kepada mereka dan tanya pendapat mereka tentang hal ini. Kalau kita di pihak yang betul kita boleh jelaskan.

MINGGUAN: Mungkinkah kerana senario selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang begitu berbeza ketika zaman Tun dahulu. Ini kerana mereka semakin vokal dan agak memberontak?
DR. MAHATHIR: Kita tidak menjawab apa yang mereka persoalkan. Kita tidak jelaskan kepada mereka apa yang tidak betul. Ada yang fikir, kalaupun kita tidak diperintah oleh orang Melayu apa salahnya?

Siapa yang perjelas setakat ini? Dalam akhbar sajalah... (Sebenarnya) Orang Melayu sedia kongsi kuasa dengan orang lain, kita yang bagi hak kepada mereka tapi itu pun kita tidak berani sebut takut dituduh rasis. Tapi ini kebenaran. Ada yang kata orang Melayu juga adalah pendatang, kita tidak kata apa. Ada satu orang sebut (menjelaskan keadaan sebenar) di Pulau Pinang, dia telah digantung seolah-olah dia kata perkara yang salah sedangkan ia fakta. Takkan kita tidak boleh jelaskan kenapa Malaysia ini dipanggil Malaysia?

MINGGUAN: Adakah kerana semangat Melayu semakin berkurang atau kerana kurang kemampuan?
DR. MAHATHIR: Ini kerana kurang kemampuan dan juga kurang usaha. Masing-masing hanya menjaga tempat dia sahaja. Apa yang penting bagi mereka masih kekal sebagai ketua bahagian dan sebagainya. Jangan ada orang yang hendak mencabar mereka dan kerana itu tidak bagi orang yang ada bakat masuk bahagian mereka. Keduanya, mereka hendak jadi calon pilihan raya dan tidak menumpukan kepada menguatkan kembali UMNO. Kita kalau bertanding pilihan raya tetapi parti kalah tidak ada gunanya kerana kita hanya menjadi parti pembangkang. Yang penting bukan individu tetapi parti yang perlu menang. Jika ini keadaannya dan kalau terjadi cantas-mencantas, lagi UMNO akan kalah. Akhirnya UMNO tidak akan memerintah dan kita semua tidak dapat apa-apa pun.

MINGGUAN: Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini mungkinkah boleh dijadikan platform terbaik untuk memperbetulkan semua masalah ini menjelang pilihan raya umum akan datang?

DR. MAHATHIR: Perhimpunan UMNO tahun ini saya yakin mereka tidak akan bangkitkan perkara yang tidak disukai atas alasan menjaga sensitiviti dan sebagainya. Oleh itu perkara ini akan hanya terbenam begitu sahaja. Tidak ada sesiapa membuat analisis tentang tuduhan terhadap UMNO sama ada betul atau tidak. Betulkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) cuma menguntungkan kroni-kroni Perdana Menteri sahaja? Kita kena jawab semua perkara ini dengan jelas dan fakta.

MINGGUAN: Bagaimana Tun melihat generasi baru dalam UMNO?
DR. MAHATHIR: Bagi generasi baru, keupayaan untuk menjelaskan perjuangan UMNO sudah tidak ada.

Lidah Rasmi UMNO

Tuesday, November 29, 2011

HUDUD - OUT OF DATE : APA KATA ULAMA

Sering kita lihat penulisan terutamanya dalam blog-blog di internet dan juga kita dengar dalam ceramah-ceramah politik, ada umat Islam menyebut secara langsung atau tidak langsung, bahawa hukuman hudud sudah tidak relevan lagi dengan zaman tanpa sempadan ini. Ada yang kata hudud 'out-of-date' (ketinggalan ' zaman). Bagaimana Dato' (Dato' Dr. Haron Din) melihat pendapat mereka ini dan apakah hukum Islam terhadap mereka?

Dato' Dr. Haron Din : Inilah masalah ummah, terutamanya kita di Malaysia yang sering kali tenggelam timbul dalam permasalahan besar ini, yang kadang-kadang diremehkan segelintir daripada kita tanpa memikir kesannya terhadap keimanan kita kepada Allah Taala. Ya, benar saya juga pernah berhadapan dengan mereka yang mengungkapkan kata-kata sedemikian. Pada saya hal ini amat menyayat hati dan meremang bulu roma saya, akibat ketakutan kemurkaan Allah kerana tergamak manusia yang dhaif dan serba kekurangan dalam segala hal, sanggup meremehkan, mencela serta merendah-rendahkan hukum-hukum Allah yang Maha Agung. Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Hukuman-hukuman hudud, adalah hukuman dari Allah yang telah ditetapkan dengan jelas, terang serta nyata dalam Al Quranul karim, menerusi ayat-ayat dalam surah-surah, antaranya berikut :

[1] - Surah al-Baqarah, ayat 187 dan 229.

"...Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. - Surah Al Baqarah:187

"...Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. - Surah Al Baqarah:229

[2] - Surah An Nisa', ayat 14.

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. - Surah An Nisa':14

[3] - Surah Al Maidah, ayat 44,45,47,48, 49 dan 50.

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-Nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.

"Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

"Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.

"Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

"Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

"Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

"Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal – kepada orang-orang yang penuh keyakinan – tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah. - Surah Al Maidah:44-50

[14] - Surah At Taubah, ayat 63.

"Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar. Surah At Taubah:63.

Banyak lagi dalam surah-surah lain, yang semuanya, atau keseluruhannya menyebut dengan terang mengenai hukuman-hukuman hudud yang wajib dilaksanakan. Ulama-ulama yang muktabartelah berijmak, wajib melaksanakannya. Mengingkari atau menghinanya, rosaklah akidah.

Hukum-hukum Allah selama-lamanya relevan, kerana Allah mencipta hukum-hukum itu dengan ilmunya yang maha luas, mengetahui yang dahulu, sekarang dan akan datang, malah mengetahui zahir dan batin manusia. Allah mengetahui keperluan yang segera dan akan datang, mengetahui keperluan dunia dan kebaikan akhirat. Oleh kerana itu, hukum Allah mengambil kira semuanya. Maka ia tetap relevan sehingga ke akhir zaman.

Firman Allah (mafhumnya), "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia-lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaan-Nya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)". - Surah Al Baqarah:255

Itulah ayat Kursi yang kita baca setiap hari. Cumanya kebanyakan kita tidak merenungi mesej yang Allah sampaikan dalam ayat itu. Ia patut sangat direnungi. Siapalah kita yang sanggup meremeh dan merendah-rendahkan hukum Allah? Allah SWT mengingatkan kita bahawa Dia yang mencipta manusia dalam keadaan lemah longlai.

Firman Allah (mafhumnya), "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah." - Surah An Nisa':28

Firman Allah lagi (mafhumnya), "Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia daripada (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)". - Surah Yasin:77

Gaya bahasa yang sering digunakan golongan penentang ini antaranya, 'undang-undang Islam sudah tidak relevan, 'out-of-date' atau ketinggalan zaman, adalah dengan nyata menghina hukum Allah. Pada waktu yang sama golongan ini menjulang tinggi undang-undang ciptaan manusia yang disifatkan mereka sebagai 'up-to-date', kononnya lebih maju dan berdaya saing. Golongan ini ditempelak Allah menerusi firman-Nya (mafhumnya), "Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah (ciptaan manusia)? Padahal, kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah". Surah Al Maidah:50

Golongan yang pernah terlanjur kata atau masih termasuk dalam golongan ini, saya menyeru agar anda kembali kepada Allah. Bertaubat nasuha kepada-Nya, seperti yang Allah sarankan menerusi firman-Nya (mafhumnya), "Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan". Surah Az Zumar:54

Insaflah wahai saudara yang seagama denganku. Wallahua'lam

Written by Akademi Tarbiyah Dewan Pemuda PAS Pusat Category:Hukum Feqh Published on 22 November 2011 Hits: 97

UNTUK MENANG PRU13 - KITA AKAN LAKUKAN APA SAJA

fitnah umnoUmno akan ambil semula pemerintahan di negeri Pakatan Rakyat " DENGAN APA CARA SEKALIPUN ! " . “Tetapi kita berdepan cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang.” Begitulah kata Najib Razak baru-baru ini yang menegaskan adalah “amat penting” bagi Umno dipilih semula pada pilihan raya umum akan datang.

Dengan kata-kata itulah, maka Umno amat terdesak sekarang ini mengaut undi dengan “apa- cara sekalipun”.

Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.

Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka. Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.
fitnah umno
Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, dimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendedahkan perkara ini. Beliau menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno,yang menyokong kita.

Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya. Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja terutamanya pembunuhan karek

Umno silap… Rakyat bijak menilai….

LAWATAN KE TANJONG BALAI

Pada 25 - 28 Nov. lepas sempat mengikuti lawatan " Bench marking " MGB Perak Tengah ke sekolah-sekolah di Kepuluan Riau, termasuk di Tanjung Balai, Moro, Tanjung Baru dan Pulau Alai.



Pelabohan masuk ke Tanjung Balai.



Pemandangan masjid Agung dan jeti ke lain-lain kepulan berdekatan.




Sebahagian dari pemandangan dalam perjalanan dari Tanjung Balai
ke Moro dan Tanjung Batu.


Sesungguhnya keadaan di Kepulauan Riau memang jauh berbeza dengan negera kita, mereka masih lagi menggunakan pengangkutan air untuk perjalanan dari satu pulau ke kepuluan yang lain, mereka meretasi bukan sungai tapi lautan



Ahli rombongan sempat bergambar ramai dengan guru-guru
di sekolah Pendidikan Dasar di pulau Moro.

Thursday, November 24, 2011

SIAPA MENTERI KEWANGAN MALAYSIA?

Kementerian Kewangan di ketuai oleh PM, DS Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak dan di bantu oleh beberapa orang Tim. Menterinya tapi apa yang menjadi " hebohan " semasa semakan bajet 2011 ialah bagaimana pula pembentangan tersebut perlu di pantau oleh isteri beliau DS Rosmah Mansor? Kehadiran RM telah menjadikan Kementerian Kewangan dan petugas di kementerian terkejut berok.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah penglibatan Isteri PM dalam urusan negera, terutama semasa penyedaiaan bajet negera. Apakah kehadiran beliau sememangnya di izinkan oleh Najib sendiri atau pun RM lebih sudu dari kuah?

FLOM - DS Rosmah Mansor

PUTRAJAYA, 10 Okt: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

KeadilanDaily melaporkan, ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.-Harakahdaily

Dalam pemerhatian, memang sudah banyak kerja-kerja kementerian yang diambil alih oleh Rosmah, seperti beliau pernah mewakili Kementerian Pelajaran melawat negara-negara Arab, Rosmah tidak kementerian tapi mempunyai bajet sendiri untuk PERMATA, kita masih ingat bajet 2010 beliau diperuntukan 111juta, sedangkan urusan ini boleh dilaksankaan oleh Kementerian Kebajikan. Dan yang menakjubkan lagi beliau juga boleh dan perlu ambil tahu kaitan dengan bajet dan beliau turut hadir dalam perjumpaan tertutup pra-pembentangan bajet!

Agaknya siapa dia Rosmah Mansor ini? atau apakah PM DS Mohd. Najib sudah menampakkan kegagalan dalam mengurus tadbirkan negara? Atau memang Najib memerlukan khidmat Rosmah dalam urusan negara?

Sebagai renungan, adalah lebih baik Najib menumpukan pembangunan negara dan tidak melibatkan diri dalam urusan kewangan, dengan cara itu barulah Rosmah dapat menjauhkan diri dari kabinet Najib. hanya cadangan.

Wednesday, November 23, 2011

GENERASI PENERUS - KEMANA HALA TUJU NYA.

kenangan - Almarhum Ust. Fahdhil Nor
Jasa dan khidmati bakti mu sentiasa dalam kenangan. Amin
Genarasi muda adalah generasi penerus dalam perjuangan, apa tah lagi mereka yang mengamalkan prinsip-prinsip perjaungan Islam. Kemampuan generasi hari ini dalam semua bidang serta apa saja, sama ada untuk kebaikan atau sebaliknya.

Untuk itu sebagai " tiang " dalam segala hal dan urusan, generasi muda amat perlu mendampingi agama terutama menunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya, solah juga sebagai tiang kepada keutuhan agama dengan meninggalkan solah seolah-olah kita meninggalkan kepercayaan kegamaan kita.

Janganlah apabila kita sering bercakap berkiatan dengan agama, menyertai parti yang berunsurkan keagamaan tapi perjuangan diteruskan dengan mencari keseronokan dunia. Jangan panggil dan bangga diri dengan pejuang Islam kalau perjuangan itu inginkan atau menuntuk pujian dari manusia. Generasi muda ( penerus ) jangan perasan yang hanya berserban, jubah dan kopiah sudah melambangkan diri itu sudah cukup hebat. Ianya belum tentu lagi.

Perjuangan untuk menegakkan agama allah bukan satu perjuangan untuk mereka yang lebih mementingkan dunia, kerana perjuangan menegakkan agama Allah adalah untuk mereka yang meletakkan akhirat adalah segala-galanya. Memburu satu penghidupan di akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta'ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta'ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta'ala. Tapi bagi " kita " sebagai generai penerus, memang tidak dinafikan dengan adanya dosa tapi tidak meletakkan " dosa " tersebut sebagai penghalang sebaliknya kita perlu bertaubat dan tidak melupakan perjuangan. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran Islam perlu diteruskan.

Generasi Penerusi amat perlu banyak membaca, memahami dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca dan dalami sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas mereka bertaubat, mereka jadi orang orang yang bermatian hidup dengan Islam. Tapi dosa " kita " tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa mereka adalah dosa melawan Islam. Tapi akhirnya dengan mereka bertaubat Allah Ta’ala terima mereka dan bagi penghormatan kepada mereka.

“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana " kita " berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Jika kita berdoa dan memohon, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Allah bersifat pemuah lagi penyayng bukan zalim atau kedekut macam manusia”.

Untuk lebih kental dan jitu generasi peneraju dan jauhkah sikap suka mencari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai kerana sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”.

KOH TSU KOON - MAHATHIR - SIAPA BENAR


NONEMantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatannya sebagai presiden Gerakan kerana gagal memimpin parti itu dengan betul. Bercakap kepada pemberita, Dr Mahathir berkata seseorang pemimpin perlu meletakkan jawatan selepas parti yang diterajui mereka mengalami kekalahan teruk, seperti yang berlaku ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa memimpin BN pada pilihan raya umum 2008.

"Minta maaf, saya terpaksa katakan ini, terhadap Koh. Secara peribadi, beliau seorang yang sangat baik tetapi beliau telah gagal dalam tugasnya. Akibatnya, Gerakan juga gagal.



Koh Tsu Koon

Apa pula komen Koh terhadap Mahathir

Tuesday, November 22, 2011

KEMANA HALA KETAAT SETIAAN ATM KINI



Agong Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu membuktikan bahawa tidak pernah berlaku sebarang penyelewengan mengendalikan undi pos setiap kali pilihan raya, dan bukan hanya membuat penafian kosong semata-mata. Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari menggesa ATM menubuhkan jawatankuasa penyiasat dalaman sekurang-kurangnya, sebagai usaha untuk membuktikan tiada berlaku penyelewengan undi pos selama ini.


Panglima Angkatan Tentera,
Jen. Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

Beliau membidas kenyataan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafian agensi kerajaan itu terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos dalam ATM. Beliau berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

Tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Dewan Pemuda PAS yang mendedahkan isu itu beberapa hari lalu, juga tidak wajar kerana beliau sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu kerana 'membongkar' ketempangan yang berjalan selama ini, mungkin tanpa pengetahuan pihak atasan.

"Pemuda PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM. Ini kerana ATM adalah milik rakyat. Ini yang Panglima ATM kena faham," tegasnya kepada Harakah.

Zulkifeli dalam kenyataan balasnya, menyalahkan Pemuda PAS dan menafikan dakwaan berlakunya manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan Angkatan Tentera Malaysia. Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah Yang di-Pertuan Agong," kata Aziz ( gambar ) sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik," katanya.
ATM sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan, hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah, ujarnya lagi.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", Aziz berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.
Aziz menegaskan, ATM hanya perlu menjalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang, tetapi dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos ia adalah satu jenayah.


Dengan sinis, pensyarah undang-undang UIAM itu mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak Ketua Polis Negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari Perlembagaan".
Terdahulu di Bintulu, dalam bengkel yang dianjurkan oleh kumpulan pemikir IDEAS bersama Dewan Pemuda PAS Sarawak, Aziz menyifatkan Perlembagaan Malaysia, meskipun belum sepenuhnya, semakin lumpuh kerana pelaksanaannya terhalang dan dihalang.

Tegasnya, punca fenomena ini kerana keengganan beberapa institusi tertentu yang lebih selesa untuk menari mengikut rentak kerajaan yang memerintah. Katanya, rakyat tidak dapat merasai nikmat perlindungan yang disediakan oleh Perlembagaan kerana institusi-institusi penting seperti badan kehakiman dan SPR enggan menjalankan peranan mereka sebagaimana yang dihasratkan oleh Perlembagaan.

Monday, November 21, 2011

RM100 BUKAN UNTUK POLITIK



Datuk Seri Salleh - Ketua UMNO Bahagian Kota Belud

" Kenapa harus kita mempolitikkan sumbangan kerajaan untuk para pelajar? Pemberian RM100 setiap murid adalah rasa tanggongjawab kerajaan kepada setiap murid untuk meringankan bebanan penjaga " , saranan Datuk Seri Salleh Tun Said Ketua UMNO Bahagian Kota Belud. Sebab itu, beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, bantuan berkenaan diberi kepada semua murid yang layak tanpa mengira kedudukan dan kepercayaan politik ibu bapa mereka.


Sesalinan surat dari KSU - Kementeria Pelajaran

Persoalannya ialah, kenapa pihak kabinate menyarankan semua, majlis penyampaian mesti dilakukan oleh pemimpin Barisan atau pun mereka dari parti komponan BN. Arahan dari KSU ini seolah-olah sumbangan ini ada kaitan dengan mainan politik oleh pihak tertentu. Dengan itu memang tidak ujud keiklasan dalam pemberian tersebut. Malahan beliau sendiri menggunkan platform sumbangan ini untuk bertemu dengan rakyat / pengundi. Majlis diadakan di SK Pekan Kota Belut.

Lihat lagi beberapa contoh di mana penyalahan guna kuasa oleh orang politik ( UMNO / BN ) dalam isu wang persekolahan ini. Kita ambil saja bagaimana pemimpin UMNO di Bahagian Pasir Salak. Bahagian ini di ketuai oleh YB Dato Tajuddin. ( gambar bawah )



Untuk Dun Kg. Gajah sahaja, beliau membahagikan kepada dua sessi pembahagian satu untuk zon Sberang Perak dan Zon Kg. Gajah. semua yang di adakan di Dewan Besar Felcra Seberang Perak ( kebetulan beliau juga Pengerusi Felcra Bhd )

Apa saja ada ruang dan peluang mereka pasti kedepan, macam kata pepertah " hidung tak mancung pipi tersorang-sorong " tak kira penat lelah orang lain, kerja yang mudah di susahkan, kerja yang tak sepatutnya diundang orang politik orang politik yang datang, mereka " meminta-minta " untuk di jemput. Kakitangan Kerajaan dengan etika kerja yang sepatutnya " berkecuali " dalam pengurusan dan pentadbiran perlu patuh kepada arahan. Lihat saja surat arahan di atas ini.

Surat arahan dari KSU KM Pelajaran ( diatas ) jelas menunjukkan betapa kakitangan awam sudah diperkudakan oleh UMNO / BN, jelas ini semua agensi kerajaan sudah " di rogol " oleh UMNO / BN, seolah-olah mereka hidup dengan kekuatan orang lain, sudah tidak dapat membezakan antara kerajaan dengan parti politik.

Penduduk Parlimen Pasir Salak masih teringat lagi bagaimana YB Parlimen menggunakan kuasa untuk memastikan pengurusan PTPTN mengeluarkan peruntukan pinjaman PTPTN kepada bakal siswa sejumlah 163 orang.



Kain pemidang majlis tersebut yang diadakan di perkarangan
Masjid Sultan Azlah Shah, Kg. Gajah,
majlis penyampaian WPP juga di iringin dengan Majlis Berbuka Puasa.



Para bakal siswa yang melaporkan diri serta
mengisi borang aku terima
WPP tersebut.




Salah soerang bakal siswa menerima sumbangan tersebut,
YB Datok Tajuddin di iringi oleh Ygn. berusha En. Norazam Shaari,
Ketua Penolong Pegawai Dearah Kg. Gajah.

Usaha yang murni ini di akhiri dengan cukup mengecewakan di mana YB Tajuddin langsung tidak mengindah Ramadhan dan berucap dengan penoh emosi dan gagal mengawal diri untuk mengkritik musuh politik beliau terutama kepada DSAI dan Tuan Guru Nik Aziz.

Pada kesimpulannya, apakah benar cakap dari YB Kota Belut tidak mempolitikkan apa yang di usahakan oleh kerajaan, siapa sebenarnya yang cuba memperbodohkan rakyat? Kepimpinan UMNO / BN selalunya bercakap tak serupa apa yang di bikin.

RAJA AHMAD KEMPUNAN UNTUK JADI MB

Raja bola pada masa dulu YB Raja Ahmad Zainuddin, kini tiada berpeluang untuk menjadi MB Perak. Dahulu namanya bersaing dengan Hamidah Osman untuk jadi MB Perak. Baru-baru ini beliau diperintah membayar gantirugi oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, kepada PKINK sebuah perbadanan Kerajaan Kelantan.Reputasinya telah tercemar. Silap haribulan,menjadi calonpun sudah tipis.Dia menang pun majoriti kecil dengan calon PAS Ustaz Nazri Din, di Kubu Gajah,dalam parlimen Larut.



KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” .

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut. Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut. Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut. Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .

Sunday, November 20, 2011

GENKI 7 - PEMUDA & PUTERI UMNO MELIBATKAN DIRI


Kini dunia sudah mula menampakan perlunya " permainan agama " berada pada setiap individu yang masih bernyawa. Dunia kian menghampiri penghujungnya, sudah banyak perkara yang aneh dan dahsyat terjadi. Kini sahsiah muda mudi pula cukup mencemaskan, kita boleh dengar kes buang bayi saban hari, mat rempit, dadah, bersekedudukan cukup amat menggerunkan. Yang peliknya penglibatan remaja Melayu amat ketara sekali. Kenapa ini harus terjadi, siapa kah yang perlu di persalahkan?

Pendedahan berani dari Akhbar Harian Metro semalam 14 November 2011 amat mengemparkan, segerombolan kumpulan dan entity gangster di Sebuah resort kawasan Teluk Batik , Virgo Resort mereka di cerkup oleh pihak berkuasa tempatan. Tahniah Harian Metro.

Kumpulan ini menamakan diri mereka kumpulan Genki (Generasi Kini) Seven, berjumpaan semperna dengan " Hari Keluarga " dengan menyediakan kemudahan bilik dan penggunaan bilik yang di " booking " sejumlah 300 buat adalah cara bebas, lelaki sama lelaki atau sebaliknya. Yang hebatnya majoriti yang hadir adalah gulongan belia Melayu.

The best part is, majority yang terlibat dalam kumpulan Genki Seven itu merupakan ahli-ahli Pemuda dan Puteri UMNO. Wahhhhh….. dahsyat pemuda pemudi UMNO hari ini, pandai mencari dana untuk menganjurkan Program yang melibatkan kos yang agak tinggi.

Yang menariknya lagi, mereka ini terdiri dari kalangan UMNO NEGERI…….. Betul ke? Dengar juga, seseorang yang agak berada dan semakin kehilangan pengikutnya.

Kalau dah jadi Pemimpin pada anak-anak muda kawasan masing-masing, pantau lah sikit tingkah laku diorang ni cik kak dan cik abang oiii…. Jangan tau cari glamour dan publisti jer. Pemuda dan Puteri masing dibiarkan bergelimpangan mencari arah tuju.

Dengan penglibatan hampir beratus orang, book 300 buah bilik, siap dengan BBQ dan dengar kata, Puteri2 yang hadir malam itu dikatakan mengadakan Caltwalk dengan hanya memakai Pario atau lebih senang di panggil pakaian Pantai.

Kalau dah berpakaian Pantai, dah tentu pakai jenis kain tak cukup, selak bahagian dada, selak bahagian Peha, selak bahagian pinggul. Wakden tengok pun boleh terliur.

Dengar khabar dan risik-risik yang dilakukan oleh wakden hari ni, beberapa ahli Genki Seven akan berjumpa dengan Ketua Biro Harian Metro untuk menjelaskan balik perkara ini dalam Akhbar. Semoga Berjaya lah yer, kami akan tunggu dan saksikan apa muslihat orang-orang muda ni.

Ehsan;Pktoday

Saturday, November 19, 2011

SKY TREE MENARA TERTINGGI - JEPUN



Guinness World Records pada hari Khamis lalu telah mengiktiraf Tokyo Sky Tree berketinggian 634 meter sebagai menara tertinggi di dunia. Bentuknya amat menarik kerana tapaknya berbentuk segitiga manakala bahagian atasnya berbentuk bulat.

Pada mulanya Tokyo Sky Tree dijangkakan hanya akan berketinggian 610 meter, tetapi setelah dibina pihak pengurusan menaikkan ketinggiannya kepda 634 meter kerana banyak negara lain sedang berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Itukah strategi Jepun?


Menara pemancar penyiaran televisyen ni akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mei tahun depan. Sebelum ini struktur tertinggi di dunia adalah Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan ketinggian 828 meter.





PM - KULI SEDANG DIPROJEK OLEH RTC



Rahim Tamby Cik ( gambar ) yang juga mantan KM Melaka, mula kenali semula apabila lahirnya Team Dato T dalam kes Vidoe seks DSAI. Walaupun personaliti beliau semasa menjawat jawatan KM Melaka masih bermain dalam ingatan dengan isu " memperkosa " gadis bawah umur tapi kini beliau sudah " bersih " dan mampu meyakin rakyat bahawa DSAI adalah orang yang paling kotor dan banyak terlibat dengan salah laku seks.


Usaha untuk memerangkap dan memperdaya rakyat dalam isu vidoe tersebut menemui kegagalan, dan usaha beliau tidak mati setakat itu sahaja. Kini jarum lebih halus dan tajam. " kehebatan " Tengku Razali ( Kuli ), pemimpin dari kalangan istana, yang juga pernah menjawat jawatan Bendahari UMNO pula perlu di terjemahkan untuk memporakperandakan PR. Kuli adalah manusia yang mampu untuk memimpin negara selepasa PRU13 nanti. Ini kerana Kuli juga telah pernah menggabungkang gagasan parti pembangkang untuk menumbangkan UMNO / BN.

Mengapa agaknya Sketsa baru ini terjadi ? mungkin masa kini Kuli cukup aktif memperjuangkan hak Kelantan mendapatkan royalti minyak dari kerajaan pusat, serta beliau juga adalah presiden Amanah badan NGOs yang kini sibok mempertikaikan UMNO yang sudah menampakan " kediktatoranya ".

Apakah Rahim tidak melihat betapa lemahnya moral dan perjuangan Kuli itu sendiri? Tentu kita masih ingat bagaimana usaha Kuli semasa memimpin Semangat 46 (S46) pernah cuba mewujudkan 2 gagasan parti politik iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dianggotai S46, PAS, Berjasa, HAMIM dan KIMMA serta Gagasan Rakyat (S46, DAP, PBS & PRM) untuk bersaing dengan BN dalam kempen pilihanraya 1995. Akhirnya kewujudan 2 entiti politik pembangkang berlainan yang masing-masing diketuai S46 itu sendiri adalah bukti kegagalan Kuli untuk menyatukan pelbagai parti politik di Malaysia seperti mana yang dilakukan Anwar hari ini melalui pembentukan Pakatan Rakyat.

Ujian untuk Kuli dalam menggabungkan komponen parti-parti tertentu untuk berhadapan dengan BN gagal, kegagalan pembangkang mengekalkan jumlah kerusi yang dimenangi pada 1990 dalam pilihanraya umum 1995 adalah bukti kepada kenyataan itu. S46 itu sendiri dibubarkan pada 1996 dengan Kuli menjilat ludahnya kembali untuk menyertai UMNO.

Justeru mana mungkin Kuli boleh mengatasi Anwar, jika diambil kira perjuangan, deraan, siksa, memalukan, fitnah, tidakan yang tidak ada belas kasihan, ianya memang tidak penah di lalui oleh Kuli, malahan selepas DSAI di " terajang " dari UMNO tidak pernah terlintas di sanubarinya untuk sayang pada UMNO tapi lain dengan Kuli. Tapi bagi Kuli, walau pun usaha meminggirkan beliau diteruskan, tapi semasa PRK DUN Galas di Kelantan, Kuli masih mampu menerima latikan sebagai Pengarah Pilihanraya, dan Kuli juga menyatakan kesetiaannya tidask berbelah bahagi dengan UMNO - Dulu, Kini dan Selama-lamanya.

Untuk itu daya perjuangan mereka antara Kuli dengan DSAI amat jauh berbeza, amat jauh ketahanan jati dirinya, dengan itu kepada Rahim tak perlukan mengada-adakan cerita serta cuba berusaha untuk memecah belahkan PR di kepimpinan DSAI masa kini. Apa yang penting Rahim jaga aje RISDA dan jika ada peluang rembat semuanya.

Friday, November 18, 2011

GEMPAR - RAMAINYA ANAK LUAR NIKAH?

ZAMAN UMNO PERINTAH!!! 152 ribu anak luar nikah dalam masa 2 tahun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikbRWQM_vzDOn4wnpenB3c6jyVuF3320zld8XipdV_1i6RSfJe_tYwr5x9JGu1IGih4JYSM3TTBmkF2eHVr2T4MPr7c2IV-_TSvSXHdMiHSngfUZND0koD_WSbTANJL495HwmWX5zDLoI/s320/najib+kata.jpg

KUALA LUMPUR - Seramai 152,182 anak luar nikah direkodkan Kementerian Pemba­ngunan Wanita, Ke­luarga dan Masyarakat dari 2008 hingga 2010.

Timbalan Menterinya, Heng Seai Kie berkata, dari pada jumlah itu, Sabah mencatat angka tertinggi dengan 41,490 orang, diikuti Selangor (18,983) dan Sarawak (17,570).

Beliau berkata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), telah menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasikan pendidikan kesihatan reproductive dan sosial.

“Program itu melibatkan 64,000 remaja mengenai pendidikan dan risiko yang terpaksa ditempuhi kerana tindakan mereka,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Jidin Shafee (BN-Setiu) pada sidang Dewan Rakyat, semalam.

Mohd Jidin ingin tahu jumlah anak luar nikah direkodkan sejak 2008, punca masalah dan inisiatif kementerian membendung gejala itu.

Seai Kie berkata, enam pusat remaja ditubuhkan untuk golongan sasar berumur antara 13 dan 24 tahun, bagi memberi maklumat berkaitan isu psikososial termasuk menyediakan khidmat kaunseling dan kemahiran hidup.

“Program outreach yang dilakukan di sekolah dan komuniti setempat itu berjaya mendekati 257,147 remaja, melalui 4,698 program dari November 2005 hingga September 2011,” katanya.

Timbalan Menteri Ke­sihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula memberitahu dewan bahawa 24,813 orang, dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.

“Setakat ini, kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Rosnah berkata, usaha sedang dijalankan bagi meningkatkan kesedaran awam serta kepekaan masyarakat untuk mengenal pasti tanda-tanda awal dan mereka yang berpotensi mendapat rawatan awal. - Bernama

Thursday, November 17, 2011

RUMAH GEN. 2 - FELCRA TERUS MENIPU PENEROKA


Tapak Cadangan Perumahan Kg. Tersusun
Generasi ke 2

Kg. Gajah 15 Nov. 2011. Sekumpulan pemilik Tanah di Rancangan Perkampungan Tersusun ( RPT ), Bandar Baru Seberang Perak, Changkat Lada, Mukim Pasir Salak telah hadir ke pejabat Tanah dan telah pun membuat " temu janji " untuk bersua muka dengan Ketua Penolong Pegawai Daerah. Tapi kehadiran mereka amat menghampka kerana pegawai yang berjanjai untuk hadir tidak kelihatan dan akhirnya dimaklumkan kini sedang berada di Sabah.



Rombongan bersama Peguam

En. Mohd. Nasir bin Mohd. Mother dan En. Mohd. Anur bin Mohd. Yusof mendapat khidmat guaman dari MOHAMM & SEKUTU ( Peguambela & Peguamcara, Penguam Syarie ) untuk penyelesaikan kes ini. Kedua-dua mereka juga di iringi kawan-kawan yang terlibat dalam kes yang sama. Mereka adalah sebahagian dari 500 pemohon yang kini masih tertunggu pelan hak milik.

Sejumlah 1500 lot tanah telah di war-warkan dan peringkat awal 500 penama telah di luluskan permohonan pada 11.02.2008 dan mereka juga telah membayar keperluan:
- Demaksi dan Tanda Sempadan Tapak Rumah
- Ukur Tanah dan Pelan hak Milik
- Cukai Tahun pertama dan pendaftaran permohonan Tanah
- Persediaan dan Pendaftaran hak Milik sementara dan tetap serta bayaran permium
- Bayaran notis 5A dan Jualan Pelan.

Akhirnya pada 12.07.2010, semua mereka telah dipanggil untuk majlis pengundian lot, tapi malangnya kini semua tidak menjadi kenyataan, apa yang di fahamkan harga di naikan dan pihak Felcra pula melantik pemaju mereka sendiri.



Sdr. Iskah Shaari, pengerusi lajnah Tanah dan pembanunan Wilayah Pas, Pasir Salak, yang juga Timbalan Pengerusi BAPA ( Badan Bertindak Warga Felcra ) bersama En. Mohammed Zamri bin Ibrahim di perkarangan Pejabat Tanah & Daerah kg. Gaha, bersama-sama dengan wakil peserta tersebut.

Harga Asal perumahan di Gen. 2, Changkat Lada ialah A - 100 K kini 118,440.00, B dari 70k di naikan ke 86,550.00, C dari 50k ke RM64.180.00 dan rumah D dari 40K ke RM52,860.00.

Kenapa rumah belum siap kos pembinaan sudah naik?

Wednesday, November 16, 2011

SEKOLAH - AGEN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Minggu ini sekolah - pengurusan sekolah di tambahkan dengan lagi satu beban tugas yang tak pernah terlintas di benak hati mereka. Tak pernah terlintas sekolah akan menerima sejumlah wang yang cukup besar pada kadar RM100 setiap orang murid / pelajarnya. Jika di kalikan dengan jumlah murid / pelajar, jumlah nya akan menjadi ribuan ringgit.

Apakah sekolah kini sudah dijadikan agen kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Memang kita tidak menafikan melalui sekolah semuanya " amat " senang. Dari tenaga kerja sehinggalah mengenal pasti mereka yang layak untuk mendapat bantuan. Sebagai contoh bagaimana aliran bantuan untuk RMT ( Rancangan Makanan Tambahan ), PSS ( Projek Susu Sekolah ) SBT ( Skim Pinjaman Buku Teks ) dan yang terakhir ialah KWAM ( Kumpulan Wang Amanah Murid/Pelajar Miskin ).



Longgokan wang untuk diagihkah -
untuk meraih simpati pengundi

Mengapa pihak kementerian tidak menjalinkan hubungan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerja sama Pejabat Penghulu, Ketua Kampong untuk mendapatkan maklumat dan cukuplah pihak pengurusan sekolah menerima data dan mengagihankan peruntukan, ini kerana badan ini ( penghulu / ketua kampong ) lebih mengenali siapa yang layak untuk menerima bantuan tersebut. Semua bantuan ini adalah untuk mereka yang berpendapatan di bawah paras kemiskinan.

Kaitan dengan Pemberian " one off " untuk bantuan pesekolah 2012, pihak sekolah telah pun menerima sejumlah yang di perlukan dan wang kini di " tangan " sekolah. Ibubapa pula ingin mendapatkan kewangan tersebut " secepat " yang mungkin sebagai persediaan persekolah anak-anak mereka. Andaikan satu keluarga ada 5 anak yang bersekolah ini sudah pasti keluarga ini akan menerima sejumlah RM500.

Persoalannya " Musim " persekolahan 2012 masih jauh.

Difahamkan pihak sekolah juga menerima taklimat yang berbeza-beza antara satu sama lain, ada yang berpendapat murid tahun 1 hingga tahun 5 ada pula hingga tahun 6, dan murid tahun 6 akan diberikan ketika di SM nanti. Pegawai yang menerima taklimat pun tak faham arahan sekecil itu ?

Lagi " penat " pihak sekolah untuk menghadapi musim 2012 pula " dilarang " sama sekali untuk mengedarkan borang kutipan, " tidak perlu kutipan " sehingga bulan Mac nanti. Apakah sekolah juga dilarang untuk mengadakan sebarang aktiviti? sama ada pengajaran dan pembelajaran - untuk menyediakan kertas lambaran kerja, kertas soalan. Dimana nak diambil wang untuk tujuan tersebut?

Implikasi dari " arahan " ini semua jenis aktiviti di peringkat sekolah yang melibatkan kewangan perlu di tanggohkan sehingga " PRU13 " selesai, bermakna selepas Mac baru boleh mengadakan kutipan.

Agihan " one off ", diberi sebelum persekolahan atau sebelum PRU13, kutipan untuk semua aktiviti pula perlu di buat selepas Mac 2012, apa maknanya, apakah Malaysia kini semua tindakan berteraskan kepentingan politik?

Tuesday, November 15, 2011

GURU - KINI BEBANAN YANG CUKUP MEMBEBANKAN

Kini " pendidikan " sudah cukup celaru dengan berbagai perubahan yang ingin di laksanakan, semuanya untuk penambahbaikan. Cuba kita perhatikan perubahan dasar yang dilaksankan dalam pendidikan. Sejak 1983 mula di laksanaka KBSR ( Kurikulum Baru Sekolah Rendah ) dan dasar ini bertahan hanya 10 tahun saja kerana mulai 1993 dari Kurikulum Baru ianya di tukarkan ke Kurikulum Bersepadu. Belum pun cukup " puas " dengan dasar ini semakan semula pada 2003 telah mengubah terus dari penggunaan Bahasa Melayu terus menggunakan Bahasa Inggeris, walaupun ianya hanya untuk 2 matapelajaran - Sains dan Matematik - PPSMI ( Pengejaran dan Pembelajaran Sains & Matemtik Bahasa Inggeris ).

Keujudan PPSMI seolah-olah berjaya menenggelamkan KBSR itu sendiri - sedangkan perubahan dasar pada 2003 itu hanyalah satu semakan, tapi pelaksanaan PPSMI berjaya menidakkan kekuatan KBSR itu sendiri. Pelaksanaan PPSMI telah menambahkan bebenan kerja kepada guru itu sendiri. Kekurangan guru yang " petah " dalam bahasa Inggeris telah menyebabkan hampir 100% guru perlu mengahadiri kursus khusus untuk penguasaan bahasa Inggeris. Dari Sekolah rendah hinggah ke menengah.

Akhirnya kini di ubah lagi ke KSSR - kurikulum Standar Sekolah Rendah. Sedangkan pengisian dan pelaksanaannya seperti KLSR ( kurikulum Lama Sekolah Rendah ) zaman sebelum KBSR.

Setalah kurikulum sentiasa terumbang ambing dalam pengurusannya kini pihak kementerian yang sudah pun memahami keadaan sebenar bebanan tugas yang di pikul oleh kalangn guru sedang berusaha untuk mengubah masa kerja guru pula.

Memang tidak dinafikan " HAK " kerja kakitangan awam adalah 8 jam sehari dan ianya tidak terkecuali pada " kaum pendidik ". Atau apakah kakitangan awam lain rasa cemburu kaitan dengan masa kerja guru cuma " separuh hari " atau benarkan mereka ( guru ) hanya kerja separuh hari? Cuba lihat penjadual ini:

Kelas bermula 7.45 pg - 1.15 ptg.
Kokurikulum 3.30 - 5.50 ptg.
Juga terlibat cara langsung dengan kelas tambahan,
perkehmahan unit berunifom, kelas masa cuti
Selain itu kerja-kerja hakiki untuk menyediakan keperluan pengajaran - semakan buku, penyediaan lambaran kerja, penyediaan soalan ujian ( bulanan, semester dan akhir tahun )

Satu ketika dulu pernah di sarankan agar di kaji beban tugas ini tapi ian,ya hilang bagitu sahaja sebaliknya kini masa yang ditetapkan untuk kakitangan awam dari 8 jam tapi bagi kalangan guru di jadikan 9 jam. Apa rasionalnya.

Adalah disarankan agar pihak kerajaan boleh memikirkan kaeadah bagaimana untuk meringankan bebanan ini dengan penambahan kakitangan guru, atau pun di berikan " pertolongan " kepada guru agar mereka melaksanakan kerja-kerja akademik sahaja, dan semua kerja-kerja perkeranian di tugaskan kepada penjawat yang lain. Cara ini kalangan guru dapat memberikan fokus secara maksima kepada pembangunan pendidikan pengarjaran itu sendiri. Selain dari memikirkan inisiatif untuk mereka.

Monday, November 14, 2011

ANWAR - LAGI PENDEDAHAN TERBONGKAR

Pada arahan dari Umno, ketua-ketua polis telah mula menyatakan penipuan baru terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjatuhkan beliau menjelang pilihan raya umum mengejut secara meluas dijangka akan diadakan dalam tempoh 2 bulan akan datang, pemimpin-pemimpin PKR berkata pada hari Jumaat.

"Ini adalah satu percubaan baru dan terdesak untuk mendakwa dan memenjarakan, untuk menghentikan pergerakan reformasi politik dan ekonomi negara dan untuk menghalang Pakatan Rakyat dari memenangi kuasa persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang," Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat .

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengatakan bahawa UMNO dan BN merupakan dalang bagi penganiayaan politik terkini ini. Mereka telah berbuat demikian terhadap Anwar pada tahun 1998, sekali lagi pada tahun 2008 dan sekarang."

Pihak polis sendiri yang membuat laporan terhadap Anwar

Sivarasa Rasiah, Ahli Parlimen Subang, mendedahkan bahawa Anwar telah diminta untuk membuat kenyataan kepada pihak polis minggu ini tetapi beliau meminta supaya ia ditunda ke Rabu depan.

KASIH SEORANG ANAK !

Kini sudah mula terbongkar, Ayah

Walaupun pihak polis tidak menyatakan mengapa mereka mahu mengambil kenyataan beliau, MP PKR tersebut percaya ia berkaitan dengan pita seks Datuk T. Setakat ini, pihak polis hanya memberitahu Anwar bahawa mereka telah memulakan siasatan ke atasnya di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan “maklumat palsu untuk mencederakan orang lain”.

"Orang yang sama yang mengambil laporan Anwar berkenaan video seks, DSP S Shanmugamoorthy, membuat laporan terhadap pemimpin pembangkang dua bulan lalu," kata Siva,yang juga berada di sidang akhbar tersebut.

"Kami menjangka Umno-BN akan melibatkan diri dalam politik peringkat rendah untuk terus menghina Anwar kerana pilihanraya bakal menjelang."

Bukan beliau

Anwar telah membuat laporan polis terhadap pita seks 'Datuk T' selepas ia dipersembahkan kepada sekumpulan wartawan kanan secara senyap di Hotel Carcosa Seri Negara oleh sekumpulan pelaku tanpa nama yang akhirnya ternyata merupakan ahli Umno- Shazry Eskay Abdullah, Rahim Thamby Chik dan Shuaib Lazim.

Ketiga-tiga lelaki tersebut kemudiannya didenda kerana menyiarkan bahan lucah kepada khalayak awam. Walau bagaimanapun, mereka berkeras lelaki di dalam pita itu adalah Anwar dan sebab atas tindakan mereka adalah kerana mereka mahu mendedahkan perlakuan Anwar yang tidak bermoral. Mereka juga menuntut Anwar dan isterinya, Presiden PKR Wan Azizah, untuk meninggalkan dunia politik dalam tempoh seminggu jika tidak pita tersebut akan disiarkan kepada khalayak ramai.

Sepanjang siasatan polis yang pertama, Ketua Polis Negara Ismail Omar mendedahkan bahawa pakar-pakar audio-visual dari AS mendapati bahawa lelaki dalam pita tersebut adalah 99% Anwar. Walau bagaimanapun, reputasi pakar-pakar ini tidak disahkan dan tiada salinan telah diberikan kepada peguam Anwar.

Mereka yang telah melihat pita tersebut, yang telah disebarluas di sebalik pengharaman ke atas pornografi di Malaysia, berkata ia pasti bukan Ketua Pembangkang yang lebih gelap warna kulit dan mempunyai bentuk badan yang lebih kecil.

Selepas dua bulan sahaja, doktor Anwar dari Jerman, seorang pakar tulang yang terkenal, mengesahkan bahawa beliau mempunyai pergerakan dan kekuatan yang terhad pada bahagaian bawah badannya. Namun, lelaki dalam pita tersebut lincah dan bertenaga kuat dengan pelacur di dalam hotel.

Perhimpunan Umno

Tetapi di sebalik kehilangan kredibiliti, Umno perlu memesongkan perhatian dari masalah sendiri.

"Langkah terbaru ini adalah untuk mengalihkan perhatian daripada segala salah laku – pendedahan ‘National Feedlot Corporation’, bersama-sama dengan tuduhan-tuduhan lain berkenaan penyalahgunaan kuasa dan rasuah," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, yang turut hadir.

Memandangkan bahawa perhimpunan Umno dijadualkan minggu pertama bulan Disember, pemimpin PKR menjangkakan media arus perdana yang dikawal oleh BN untuk memainkan isu tersebut untuk membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan sekutu beliau untuk mewajarkan tindakan mereka terhadap Anwar ke peringkat akar umbi parti.

Dalam Umno adalah beberapa puak dan Najib sendiri adalah berisiko disingkirkan oleh panglima perang. Sebuah buku yang bertajuk Kesilapan Najib, telah menyenaraikan beberapa kesilapan terbesar Perdana Menteri sejak memegang jawatan tersebut.Ini termasuk Liwat II dan pita seks Datuk T, kedua-duanya telah menjijikkan pemerhati tempatan dan global. Buku ini juga memanggil Najib untuk meletak jawatan sebelum pilihanraya di Malaysia.

"Sudah pasti, Najib dan kroni perlu untuk mewajarkan tindakan mereka dan berpura-pura mereka betul selama ini tetapi ia adalah pedang bermata dua," kata Rafizi.

Malaysia Chronicle

Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA