Pagi ini, TPM / Menteri Pelajaran di temu ramah cara langsung dengan TV3, memang beliau tidak menafikan kejayaan dalam PPSMI, tapi kejayaan tidak menyeluruh, kejayaan lebih terserlah di kawasan bandar malang bagi murid di luar bandar. kekurangan guru juga menjadi fokus oleh beliau, memang itulah sebenarnya permasalahan yang berlaku kini. Apakah masa Hisyamuddin dulu langsung tidak terfikir dalam menangani masalah ini, apakah pegawai tertinggi di Kementerian juga tidak terfikir dan memberikan pandangan kepada orang muda seperti hisyamuddin yang sentiasa menghunuskan keris berkaratnya.
Kini murid-murid di tahun 3 2009 adalah murid terakhir dalam pengajaran dan pembelajaran dalam PPSMI. untuk itu pihak sekolah selaku pelaksana janganlah ambil mudah dengan akademik mereka, tugasan perlu dilaksanakan sseperti biasa, PPSMI masih diteruskan, jangan alpa penamatan hanya pada 2012 iaitu 3 tahun dari sekarang.
Pada kalangan guru, selamat berkursus semula untuk memastikan tahap kecekapan dalam PP dapat di pertingkatkan. Hanya gurulah yang mampu mendidik dan menghasilkan rakyat yang berguna dan berpelajaran buat masa mendatang, tanpa guru sudah pasti lagi ramai rakyat yang kecundang dalam melayari hidupan harian mereka.
Tahniah guru dan teruskan perjuangan di arena yang mulia ini, apa saja dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah itu bukannya halangan yang penting para guru dapat melahirkan manusia yang benar-benar bergelar manusia.
No comments:
Post a Comment