Sudah pun di talqinkan, PPSMI kini hanya tinggal sejarah, dan mereka yang dah kaya tentu kini hidup mewah dengan pendapatan dan pengujudan syarikat segara untuk membekal, membaik pulih keperluan pengajaran dan pembelajaran dalam PPSMi, seperti pembekalan komputer riba, speaker,LCD, skrin dan entah apa lagi keperluan semuanya bernilai tinggi, hidup mewah lah mereka, yang jadi mangsa anak bangsa.
Berita harian mengeluarkan statistik pencapaian murid tahun 5 dan tingakatan 4 dalam mata pelajaran PPSMi antara pelajar bandar dan luar bandar, jelas ketinggalan pelajar luar bandar Sains beza 11.61% ( Bandar 67.92, L/B 56.31 ) Bahasa inggeris ( B 71.57% LB 59.74% tinggal 11.83%, Matematik ( B 52.41% LB 49.11% tinggal 3.3%, untuk murid Tahun 5, bagi tingkatan 4 BI 45.07%B, 41.47%LB - =3.67%, Sains 36.23% B, LB33.48% - 2,75% dan Matematik 63.7%B LB44.02% beza 19.73%. untuk itu wajahlah PPSMI itu dibatalkan dan ditalqinkan.
Sudah kita ketahui orang yang paling marah dalam isu ini ialah Tun M, Tun M adalah pelopor PPSMI, yang berkeinginan untuk memastikan anak bangsa dapat bertutur dengan fasih dan lancar dalam Bahasa inggeris, tapi kenapa agaknya Tun M, merancangan tujuan tersebut dengan menggunakan laluan Sains dan matematik. Sampai saat ini cuba kita perhtikan, anak-anak kita yang ditahun 6, sudah 6 tahun di kelas PPSMI tapi malangnya gagal untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris, tapi dalam peperiksaan mereka agak berjaya ( peperiksaan soalan dwi bahasa, jawab dalam dwi bahasa )maknanya tidak kemana daya fikir mereka untuk pengusaaan BI.
Alat bantu mengajar, LCD, Laptop, agaknya yang dibekalkan pada 2002 entah jadi macamana agaknya, apakah ianya masih boleh beroperasi dengan baik atau sebaliknya, gimana pula dengan tenaga pengajarnya, sudah fasihkah mereka berbahasa orang putih tu, atau mereka juga masih merangkak-rangkak untuk bertutur dengan grammar yang betul.
Kepada TPM / Menteri Pelajaran, dipohonkan agar buatlah kajian sejauh mana kekuatan kementerian untuk melaksanakan dan mewajibkan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM. janganlah jadi macam PPSMI juga, yang rugi bukan orang lain, yang mencipta dasar orang kita, yang rugi orang kita, berfikirlah untuk masa depan genarasi kita. Dulu kita ada MCE / SPM, SRP / LCE,kenapa diujudkan dua aliran ini atau pihak kementerian sudah dapat formula permasalahan dulu sudah diatasi.
Buatlah kajian ( research ), fikirlah cara mendalam dan berundinglah cara muafaktan baru sebut / umum setiap dasar yang dicadangkan. jangan cakap, laksana kemudian baru fikir. sekali lagi yang rugi orang Melayu.
No comments:
Post a Comment