Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 9, 2009

TAHAP PENCAPAIAN TAK SAMA

Sehari dua ni, sudah tentu isu PPSMI dapat mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh pengundi dan calun-calun di MU. Ada pihak yang merasakan pemansuhan ini hanya satu retorik kerana MU ada juga yang menyarankan agar perhimpunan seterusnya perlu diadakan, kerana yang dipohon agar PPSMI itu di talqin serta merta, seperti mana pelaksanaan nya tempoh hari, umum tahun 2002, kursus tahun yang sama, cari guru pioner PPSMI segera akhirnya ada kalangan guru yang dilantik terdiri dari mereka yang mendapat kelulusan " lulus " sahaja BI di peringkat SPM. dari mana agaknya gulongan ini, bukan memperkecilkan mereka sudah tentu guru gulongan ini datangnya dari luar bandar. Kita kena ingat, sekolah-sekolah di negera kita ada beberapa katogeri, Pendalaman, luar bandar, pinggir bandar dan bandar serta bandaraya.

pelopor PPSMI - Tun M, telah pun membuka ruang di bloknya " Che Det " untuk meraih simpati dari masyarakat kenapa perlu PPSMI itu dimansuhkan, apa salahnya PPSMI, apa ruginya dasar tersebut. Daripada kaji selidik setakat petang tadi menunjukkan kepada kita 72% marah dengan penghapusan tersebut, hanya bakinya sahaja yang bersetuju PPSMi itu di mansuhkan.

Kita tidak hairan dan kita boleh jangkakan dari golongan manakah yang bersetuju dengan PPSMI dan dari gulongan mana pula yang bersyukur PPSMI itu di batalkan. Kalau kita perhatikan 5 ketogeri kedudukan sekolah tadi, 3 darinya pasti bersetuju iaitu Pendalaman, Luar Bandar dan pinggir bandar. Bagi murid-murid yang berada di bandar dan bandaraya pula boleh dibahagikan kepada tarap sosio-ekonomi keluarga, yang hidup secara elite sudah pasti bersetuju dengan PPSMI tapi apa kata keluarga yang dari rumah-rumah tampa izin, keluarga yang tinggal di flat-flat. Bukan kah gulongan ini yang ramai dan tak mampu untuk memastikan anak-anak mereka mengunjungi kelas-kelas tuition.

Kesimpulannya kajian di blok " che det " tadi masih boleh diperhalusi dan perbincangkan untuk mengukuhkan hujah-hujah kenapa perlu PPSMI itu di talqin " on the spot "

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA