Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, July 5, 2018

BANYAK LAGI AKAN DI PANGGIL KERANA MU MDB......

SPRM terima banyak maklumat kes jerung

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akui menerima banyak aduan kes skandal dan penyelewengan ‘jerung’ dalam jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, sehingga menjelang Aidilfitri baru-baru ini SPRM didatangi orang ramai termasuk kakitangan dalam jabatan-jabatan kerajaan dan GLC tampil mendedahkan penyelewengan yang disembunyikan selama ini.

“Sekarang SPRM terima banyak maklumat dan kes-kes baharu, kebanyakan masuk sebelum raya, kita kena ambil masa untuk selesaikan.

“Tetapi saya nak sahkan memang banyak kes jerung yang kita terima cuma saya tak boleh bagi tahu siapa yang terlibat. Namun, bayangannya banyak melibatkan jabatan utama kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya, semalam.

Susulan lambakan aduan yang diterima, beliau memaklumkan, SPRM telah menubuhkan pasukan khas untuk mengendalikan setiap kes.

“Sekarang ini apabila saya masuk semula ke SPRM, dalam tempoh sebulan ini bertalu-talu kes ‘jerung’ masuk. Saya juga dah tubuhkan pasukan khas bagi setiap kes, kerana maklumat masuk terlampau banyak kes-kes jerung.

“Pegawai-pegawai SPRM sekarang sedang bertungkus-lumus mengendalikan maklumat-maklumat yang kami terima ini,” jelasnya lagi.

Katanya, paling menarik ‘orang dalam’ sendiri berani tampil membongkar salah laku.

“Pegawai kerajaan dah berani ke depan, mereka punya keyakinan dan dah berani, tak takut diugut lagi. Saya minta mereka yakin kepada saya dan SPRM kerana kami akan lakukan yang terbaik,” tegas beliau.

“Saya suka jerung, sebenarnya dulu pun kita tak pernah buat siasatan terpilih.

“Masa zaman saya dulu, apa saja aduan yang masuk kita siasat tak pernah kita berhenti, tak pernah kita halang siasatan dihentikan atau tak siap... semua kita siap. Isu sekarang orang ramai nak tahu apa jadi dengan siasatan? Ke mana? Di mana pengakhiran?

“Untuk maklumat semua siasatan selesai zaman saya lah, kerja kami selesai tinggal cuma tinggal kes SRC International dan wang RM2.6 bilion saja sebab terhalang, apabila saya keluar, setakat itu sajalah,” dedahnya.

Dalam pada itu, Mohd Shukri bertegas tidak akan melayani sebarang rundingan untuk menutup kes yang sedang disiasat oleh SPRM.

“No way, tak akan berlaku. Masuk macam mana pun saya tidak akan benarkan, tak ada seorang pun boleh mempengaruhi atau menghalang siasatan SPRM.

“Setinggi mana pun pangkat orang itu saya tidak akan benarkan, ini amanah yang saya pegang,” katanya.

Beliau akui kecewa dengan prestasi Malaysia dan negara Islam lain yang mempunyai rekod Indeks Persepsi Rasuah Transparency International yang rendah.

“Negara Islam termasuk Malaysia skor CPI rendah, saya nak ubah perkara itu agar negara kita dipandang hebat bukan saja oleh rakyat malah orang luar,” katanya.

Mohd Shukri mengambil alih jawatan Ketua Persuruhjaya SPRM dari Tan Sri Dzulkifli Ahmad pada 17 Mei lalu.

1 comment:

  1. Assalammulaikum,
    Sekiranya tuan sudi bertukar2 link, ini blog saya:
    htto://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA