Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, September 25, 2018

KENAPA STRAW BUKAN ARAK

SEJAK dua tiga hari kebelakangan ini, heboh tentang berita pengharaman straw oleh kerajaan Malaysia. Ramai yang tertanya-tanya, kenapa straw diharamkan?

Aku pun pada mulanya pun rasa hairan juga, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba straw diharamkan. 

Aku ada buat sedikit carian di atas talian, dan dari hasil carian itu, aku lihat pengharaman 'straw' sebenarya ada kaitan dengan pencemaran alam sekitar.

Seperti yang kita tahu, bahan-bahan kegunaan harian kita yang dibina atau diperbuat daripada plastik, adalah sangat berbahaya kepada alam sekitar kerana sifatnya yang sangat sukar diurai dan dihancurkan untuk kembali sebati dengan tanah.

Justeru pencemaran plastik ini sangat-sangat mengganggu ekosistem, di mana bahan-bahan plastik terbuang ini dilapor memudaratkan haiwan liar di darat dan di laut.

Di bawah ini beberapa fakta yang aku temui berkenaan pencemaran plastik:

1. Lebih 100 juta haiwan marin maut setiap tahun berpunca daripada pencemaran plastik di laut — National Georgraphic/John Cancalosi.

2. Pencemaran plastik di lautan menjejaskan sekurang-kurangnya sebanyak 267 spesies hidupan-hidupan liar seluruh dunia yang terdiri daripada 86% spesies penyu, dan 43% pelbagai spesies mamalia marin.

3. Kajian mendapati jika tren semasa berterusan, jumlah pencemaran plastik akan melebihi jumlah ikan-ikan yang berada dalam lautan menjelang tahun 2050.

4. Negara kita Malaysia merupakan negara ke-8 dunia yang menyumbang kepada pencemaran plastik paling besar di lautan.



Bayangkan, negara Malaysia yang kecil ini rupa-rupanya menjadi penyumbang yang sangat besar terhadap pencemaran plastik dunia.

Straw atau penyedut minuman kebanyakannya diperbuat daripada plastik dan ia adalah antara barang plastik paling banyak digunakan dalam kehidupan seharian. 

Jadi boleh kita fahami, inilah sebab mengapa kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk mengharamkan penggunaan straw. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA