Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, September 27, 2018

GLC - MAHATHIR MULA DI PERTIKAIKAN....

Selepas beberapa lantikan daripada kalangan profesional untuk mengetuai agensi kerajaan dan GLC sebelum ini, hari ini tiga lagi perlantikan diumumkan iaitu di MARA, Perbadanan Stadium Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Bagi jawatan Pengerusi  MARA, nama yang diumumkan ialah Dr.Hasnita Hashim daripada Maybank, manakala Tony Fernandes, tuan punya syarikat penerbangan Air Asia dilantik mengetuai Perbadanan Stadium Malaysia dan Al-Ishsal Ishak daripada Pos Malaysia dilantik sebagai Pengerusi SKMM.

Sebagai memenuhi janji manifesto PRU14, meskipun masih ada lagi janji 100 hari yang belum ditunaikan, tidak mustahil selepas ini semua agensi kerajaan dan GLC akan turut diketuai oleh golongan profesional belaka.

Lalu, apa jadi kepada pejuang-pejuang politik yang bertungkus-lumus memenangkan Pakatan Harapan dalam pilihanraya yang lalu?

Wajarkah mereka diketepikan begitu saja, manakala yang tidak menyumbang apa-apa, jauh sekali pernah berpanas dan berhujan,  terus diberikan jawatan serta habuan?

Lebih sadis barangkali, Tony Fernandes yang kita semua tahu telah berkempen secara terang-terangan untuk Najib Razak dan BN, turut juga diberikan jawatan dalam kerajaan?

Apa sudah jadi?

Bolehkah dalam kesibukan beliau menguruskan AirAsia dan perlu terbang ke banyak negara, dalam masa yang sama memberi tumpuan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia?

Tidak cukup dengan itu, Tony Fernandes juga dilaporkan masih mempunyai hutang tertunggak berjumlah ratusan juta dengan Malaysia Airport Berhad atau MAB sekarang ini.

Lihat betapa untungnya beliau, orang lain lain kalau ada hutang tertunggak dengan kerajaan, bukan saja jangan harap hendak dapat apa-apa jawatan, bahkan nama juga akan disenaraihitamkan oleh Jabatan Imigresen.

Bersama lantikan Dr. Hasnita itu, turut diumumkan ialah perlantikan enam ahli majlis MARA yang kononnya semua daripada kalangan profesional juga.

Tetapi, daripada enam nama itu tersenarai pula nama Dr. Nungsari Ahmad Radzi, bekas Ahli Parlimen BN Balik Pulau, Pulau Pinang daripada tahun 1995 hingga 1999.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan telah pun mengumumkan perlantikan Dr. Nungsari sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia atau Mavcom.

Kalau kerajaan PH tak mahu beri jawatan kepada orang politik dalam agensi dan GLC, kenapa bekas Ahli Parlimen dan orang politik BN senang-senang diberikan jawatan?

Apakah Dr.Nungsari terlalu istimewa di mata kerajaan PH sampai dua jawatan  diperolehi dalam tempoh tidak sampai 4 bulan?

Apakah di dalam PH sendiri tidak ada bekas menteri atau bekas Ahli Parlimen yang layak untuk mengetuai mana-mana agensi dan GLC?

Sampai bila sebenarnya kerajaan PH mahu mengenepikan orang-orang politik?


Terlanjur Tun Mahathir Mohamad pernah mengatakan bahawa manifesto bukannya kitab suci, perkara pertama yang mesti beliau lakukan ialah mengingkari ketetapan bahawa tiada lantikan politik sebagaimana yang terkandung dalam manifesto itu.

Kandungan manifesto itu bukan saja tidak adil kepada mereka yang pernah mengeluarkan peluh, airmata dan darah demi perjuangan, bahkan antaranya sanggup bermalam di penjara untuk menumbangkan BN, malah merbahaya kepada masa depan PH sendiri.

Jika orang politik tidak diberikan apa-apa, siapakah yang mahu meneruskan perjuangan selepas ini?

Mahu dan mampukah kalangan profesional ini mempertahankan kerajaan PH dalam pilihanraya akan datang?

Lebih daripada itu, jika alasan kononnya lantikan politik itu akan mendedahkan mereka kepada campurtangan dan mungkin mengambil kesempatan dengan jawatan yang disandang, maka ada baiknya kerajaan PH meminda saja perlembagaan agar menteri dan timbalan menteri juga hendaklah dilantik bukan daripada kalangan ahli politik seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat misalnya.

Bukankah, jika campurtangan dan mengambil kesempatan dengan jawatan dalam kerajaan mahu dijadikan ukuran, mereka yang menjadi menteri dan timbalan menterilah paling terdedah sekali untuk berbuat demikian?

Untuk itu, sebelum perkara ini menjadi rungutan yang kian membarah sehingga ke bawah, Tun Mahathir perlu segera mengkajinya dan memberi peluang sewajarnya kepada orang-orang politik dalam PH sendiri untuk memegang jawatan-jawatan tertentu dalam agensi kerajaan dan juga GLC.

Jangan diketepikan terus orang politik, merekalah yang berjuang dan memenangkan Pakatan Harapan. Untuk mengekalkan kemenangan PH di masa akan datang, merekalah juga orangnya. 






























Sebaliknya, orang profesional ini, baik sama ada PH atau BN yang memerintah, mereka biasanya pandai membawa diri, malah ramai yang sanggup bermuka-muka dan mencium tangan pemimpin yang sedang menguasai kerajaan.

Dalam hal ini, bukanlah bermakna semua orang politik PH perlu diberikan jawatan. Tetapi, tidakkah dalam PH sendiri ramai kalangan yang berkelayakan, berkelulusan, bertaraf profesional sebelum mereka menceburi politik, bekas Ahli Parlimen dan bekas menteri?

Kenapa tidak diberikan jawatan kepada mereka itu?

Pokoknya, jika ingin kerajaan PH kekal lama dan terus kuat, mengabaikan perlantikan daripada kalangan orang politik adalah keputusan yang silap, silap dan silap.

Ia perlu diperbetulkan dengan segera sebelum terlambat. Orang politik dan profesional mesti seimbang kedudukannya dalam kerajaan agar kepentingan semua pihak dapat dipelihara.

Seruan dan ingatan ini memang ditujukan kepada Tun Mahathir, tetapi jika beliau terlalu sibuk, diharap Tun Daim Zainuddin selaku Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan dapat sama menelitinya dan kemudian menyampaikannya kepada Perdana Menteri demi kebaikan PH seluruhnya. (ShahbudinHusin 26/09/2018)


1 comment:

  1. KENAPA BERSATU BUBAR DI N9 DAN KENAPA SI LIDAH BERCABANG TERPEKIK TERLOLONG LAGI DI USA BERJANJI PERALIHAN KUASA PM KEPADA DSAI...??

    SUATU KEBETULAN...???

    TIDAK SUDARA SEDARI SEKELIAN IA DI RANCANG DNG TELITI... HANYA MACAI TOMATO MELAYU MUDAH LUPA YG BANGANG SAJA YG PERCAYAKAN KATA KATA SI LIDAH BERCABANG INI..

    INI STRATEGI LAPUK SI LIDAH BERCABANG KALAU ADA SESUATU PERKARA YG NAK BERLAKU DI MALAYSIA SEMENTARA ITU SI LIDAH BERCABANG AKAN BERADA DI LUAR NEGARA SEPERTI TIDAK TAHU APA APA YG BERLAKU DI MALAYSIA DAN KALI PERTAMA JIJAH PENGERUSIKAN KABINET DAPURNYA BERMESYUARAT... ITU PUN BUKAN KEBETULAN IA SUDAH DIRANCANG

    PRK PENAMAAN CALON PD AKAN DIADAKAN ESOK DENGAN SERTA MERTA BERSATU DI BUBAR ATAS ALASAN SANGAT BANGANG ... SEBENARNYA SI LIDAH BERCABANG SENGAJA BUBAR BERSATU SEMENTARA UTK SABOTAJ DSAI DI PRK PD... NNTI PKR DAP DLM KJAAN PH TIDAK BOLEH PERSALAHKAN SI LIDAH BERCABANG SBB BERSATU TELAH DIBUBAR DI N9... HANYA MACAI TOMATO MUDAH LUPA SAJA YG PERCAYA KATA KATA SI LIDAH BERCABANG SEBENARNYA INI SATU SABOTAJ SUPAYA DSAI KALAH DI PRK PD DAN BILA TAKDIR DSAI KALAH MAKA IMEJ DSAI AKAN TERGUGAT DAN PEMILIHAN PKR MENYEBABKAN IMEJ RAFIZI MERUDUM DAN TEWAS DI TANGAN AZMIN...

    INI KEKALAHAN BERGANDA TEAM DSAI DI PRK PD DAN DLM PARTI PKR YG DITERAJUI DSAI...

    HATI HATI MRMPERCAYAI KATA KATA SI LIDAH BERCABANG DI USA BERJANJI PERALIHAN KUASA PM KEPADA DSAI HANYA HELAH DAN GULA GULA PADA MELAYU MUDAH LUPA...

    SESIAPA YG PERCAYA JANJI SI LIDAH BERCABANG BAGI PERALIHAN KUASA PADA DSAI ADALAH KEPERCAYAN YG SIA SIA SAJA

    ESOK PENCALONAN DI PD TIADA WAKIL BERSATU PUN AKAN HADIR ATAS ALASAN BERSATU DI N9 SUDAH DIBUBAR... WAYANG BODOH ATOK UNTUK MACAI YG BODOH...

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA