Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, October 3, 2018

MINDA POSITIF PERALIHAAM KEPIMPINAN

Minda positif, peralihan kuasa Mahathir - Anwar licin




Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau menjangkakan yang peralihan yang lancar jawatan perdana menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa akan datang.
Beliau berkata ini boleh berlaku jika pemimpin Pakatan Harapan mengekalkan set minda yang positif dan berusaha untuk menyelesaikan perbezaan mereka dengan sebaik mungkin.
“Jika keempat-empat parti komponen HARAPAN dan pemimpin mereka mengekalkan set minda yang positif mahu kerajaan HARAPAN dan agenda untuk ‘Selamatkan Malaysia’ untuk berjaya, dan melakukan segala yang mungkin, untuk menyelesaikan perbezaan, konflik dan percanggahan yang timbul – saya percaya HARAPAN akan kekal di Malaysia, bukan hanya untuk satu penggal pilihan raya umum, tetapi untuk beberapa penggal pilihan raya lagi.
“(Ini kerana) re-set dasar pembinaan negara untuk membina Malaysia baru sebagai sebuah negara bertaraf dunia dalam pelbagai bidang memerlukan usaha dan tenaga kerja rakyat Malaysia yang patriotik dalam satu dekad atau malah dua dekad,” katanya.
Lim tidak nampak sebarang masalah dalam rancangan HARAPAN untuk Mahathir dan Anwar masing-masing menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh dan kelapan.
Lim bercakap kepad pelajar di Universiti Otago, New Zealand malam tadi.
Mahathir telah berulang kali mengatakan bahawa Anwar akan menggantinya sepertimana perancangan HARAPAN awal tahun ini.
Tiada garis masa bagi tempoh peralihan itu dengan Anwar mengatakan dia tidak tergesa-gesa.
Anwar bagaimanapun akan berusaha kembali ke Parlimen melalui pilihan raya kecil Port Dickson yang akan berlangsung bulan depan.
Sementara itu, Lim berkata, walaupun terdapat usaha Umno untuk memecah HARAPAN, namun parti mereka yang ‘meletupkan’ dahulu.
Beliau merujuk kepada tindakan lima ahli Parlimen yang meninggalkan Umno – yang terbaru ialah Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA