Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 5, 2018

ISU EQUANIMITY - JGN PAKSA RAKYAT JADI HAKIM.......


1.​ Samada kapal layar Equanimity milik Malaysia atau tidak bukan soalnya. Yang menjadi masalah ialah kapal ini dimiliki oleh Low Taek Jho atau Jho Low dengan mengguna duit 1MDB. Pembelian ini adalah satu cara untuk bersihkan wang 1MDB yang Dept. of Justice, Amerika Syarikat dakwa diselewengkan (curi) oleh Jho Low. 

 2. ​Jho Low adalah sahabat karib Najib dan Rosmah. Najib adalah Penasihat berkuasa penuh syarikat milik Kerajaan 1MDB. Tidak ada keputusan boleh dibuat oleh 1MDB tanpa persetujuan Najib. 

 3. ​Ini bermakna Najib perlu tahu dan bertanggungjawab akan apa terjadi kepada wang 1MDB sebanyak 1 billion Ringgit yang diguna oleh Jho Low untuk bina/beli kapal layar Equanimity. 

4.​ Sepatutnya Najib mengaku duit ini diberi kepada Jho Low untuk beli kapal. Jika tidak diberi oleh Najib, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam 1MDB, Najib perlu lapor kepada polis supaya polis dapat pertolongan Interpol untuk dapat balik 1 billion Ringgit duit 1MDB. Jika dakwaan oleh Dept. of Justice, Amerika Syarikat bahawa Jho Low mencuri duit 1MDB untuk beli kapal layar bagi membersihkan duit yang dicuri, adalah tidak benar, maka Najib perlu protes kepada Dept. of Justice. Tetapi Najib tidak buat apa-apa. 

 5.​ Yang kita dengar ialah A.G. (Pendakwa Raya) menyatakan Najib tidak lakukan apa-apa kesalahan. Bolehkah Najib berdiam diri jika ada dakwaan bahawa duit 1MDB telah dicuri, sedangkan ia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pengurusan 1MDB. 

 6.​ Di Singapura beberapa orang telah dituduh dan di penjara kerana selewengkan duit 1MDB. Beberapa bank ditutup oleh Kerajaan Singapura kerana terlibat dengan kehilangan duit 1MDB. Di Switzerland dan di Luxembourg juga terdapat tindakan terhadap penyelewengan duit 1MDB. 

 7. ​Tetapi di Malaysia kehilangan duit 1MDB, salahguna duit 1MDB, pengurusan yang tidak bertanggungjawab, pemindahan masalah dan pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, penglibatan Perdana Menteri, laporan-laporan oleh Bank Negara, MACC dan PAC, kehilangan berbillion duit 1MDB, Jho Low, kapal Equanimity berharga 1 billion Ringgit yang didakwa dicuri dengan duit 1MDB, tindakan polis Indonesia dan FBI Amerika merampas kapal yang dimiliki Jho Low secara haram, – tidak ada tindakan yang diambil oleh polis atau Kerajaan Malaysia. Kata A.G. tidak ada salahlaku oleh Najib. Kes tutup. Empat buah negara dakwa duit 1MDB dicuri oleh Jho Low, A.G. Malaysia kata tiada apa-apa yang berlaku. Semua okay. 

 8.​ Apa jenis Kerajaan ini. Berbillion Ringgit duit Kerajaan lesap. Duit ini dipinjam. Kita kena bayar. Rakyat kena bayar. Kerajaan tak tahu apa. 

 9. ​Kerajaan bisu. Perdana Menteri bisu. Menteri bisu. Wakil Rakyat Kerajaan bisu. 
 10. ​Apakah mulut tersumbat terlalu banyak dedak yang mereka semua bisu.  

11.​ Sudah sampai masanya Malaysia tukar Kerajaan. Sudah sampai masanya Kerajaan baru dipilih untuk siasat segala-gala yang tidak disiasat oleh Najib dan A.G. jinaknya. ~ sumber

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA