Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 4, 2018

PERSEPSI UMNO n PAS..... SIAPA UNTUNG?




'Persepsi kerjasama PAS-Umno mampu jejaskan undi di Kelantan Persepsi kerjasama antara PAS dan Umno menjadi punca pengundi tidak lagi menyokong parti Islam itu di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, menurut sebuah kajian. 



Sejak PRU lalu, kata penganalisis politik Norshahril Saat, telah wujud beberapa faktor yang melemahkan kedudukan PAS di negeri yang telah ditadbirnya selama 28 tahun itu dan ia mampu membuka jalan kepada BN untuk merampasnya. 

PAS tewas pertama kali di Kelantan pada 1978 selepas keluar daripada BN. Norshahril berkata parti itu perlu belajar daripada episod itu bagi mengelakkan keputusan sama pada PRU nanti. 

"Dalam banyak sisi, PAS pada masa ini berada dalam situasi sama ketika 1970-an. Pertama, PAS kini baik dengan Umno walaupun bukan melalui gabungan rasmi seperti tahun 1970-an. 

"PAS (juga) menyatakan dengan jelas ia akan menyertai PRU secara sendiri, tetapi kurang kritikal terhadap BN berbanding Pakatan Harapan (HARAPAN)," katanya menerusi kertas kajian yang diterbitkan ISEAS-Yusof Ishak Institute Singapura. 


"Dalam perkara itu, PAS nampaknya sensitif terhadap sentimen di lapangan yang menentang kerjasama rasmi dengan Umno. 

"Perasaan dikhianati Umno pada 1970-an masih menghantui ramai ahli PAS," kata Norshahril. 

Cabaran dari AMANAH 

Beliau juga membangkitkan persaingan antara kelompok konservatif dan profesional parti itu pada pada dua tahun lalu menyerupai keadaan pada era itu, yang menyaksikan pertembungan konservatif dengan nasionalis Melayu. 

Calon PAS di Kelantan dijangka akan berdepan dengan bekas rakan mereka, yang kini berada dalam Parti Amanah Negara (AMANAH), serta BN yang disifatkan Norshahril sebagai "lebih kuat berbanding dulu".

 Faktor ketiga, katanya lagi, kepimpinan parti bawah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak dicabar, sama seperti ketika parti itu dipimpin allayarham Datuk Asri Muda. 

"Ketika ini tiada cabaran terhadap autoriti Abdul Hadi. 

"Untuk Kelantan, menteri besar Datuk Ahmad Yakob tidak mempunyai kedudukan yang sama seperti allayarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat," katanya sambil menambah bekas murshidul am PAS itu merupakan penentang kuat sebarang kerjasama dengan Umno. 



"Justeru apa saja bentuk kerjasama antara dua parti itu akan dilihat sebagai penyimpangan kepada pemikiran beliau." 

Sejak tidak lagi bersama DAP dan PKR pada 2015, PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera iaitu gabungan dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Parti Cinta Malaysia dan NGO. 

Abdul Hadi pula telah menegaskan PAS merancang untuk bertanding di lebih seratus kerusi Parlimen pada PRU ke-14. 

"Perbandingan ini menunjukkan cabaran yang menanti PAS, tetapi tidak semestinya parti itu akan kehilangan Kelantan," katanya. 

Pada masa sama, beliau menyatakan faktor ekonomi yang perlu diambil kira bagi menilai peluang PAS mempertahankan negeri itu.

 "BN boleh dijangka akan memulakan banyak projek pembangunan dan infrastruktur bagi meningkatkan peluangnya merampas kembali Kelantan." 

Beliau antaranya menyebut laporan pelancaran Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan bernilai RM572 juta yang diumumkan Najib Januari lalu, selain peluasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA