Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 6, 2018

PAS - KINI TELAH MELAMPAU


Derma yang diminta oleh PAS merupakan arahan daripada Allah dan setiap umat Islam perlu menginfakkan harta di jalan Islam yang selama ini diperjuangkan oleh parti itu.
Yang Dipertua PAS Gombak, Salehuddin Nasir- gambar -, berkata menderma kepada parti itu adalah selari dengan kehendak Islam bagi tujuan kerja jihad.
“Kutipan derma jihad oleh PAS merupakan arahan daripada Allah, adalah merupakan tarbiah dan didikan yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.
“Bahawa tiap-tiap orang yang menyokong perjuangan Islam ini mesti menghabiskan harta bendanya untuk kerja jihad,” kata beliau semasa ceramah pelancaran jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) DUN Gombak Setia pada Ahad malam.
Salehuddin juga menyindir Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya mengejek PAS sebagai parti ‘tin milo’ kerana meminta derma daripada orang ramai tetapi hari ini beliau juga meminta derma untuk membantu kempen mereka.
“Walaupun kita diejek, dicemuh bahawa PAS ini parti kopiah putih bila berceramah buka kopiah minta derma… bahawa PAS ini parti sedekah, parti minta sedekah, PAS ini parti tin milo, macam-macam lah.
“Hari ini viral dalam Facebook, Mahathir sendiri beri derma dalam satu majlis PH, dibawa tabung plastik, saya ingat itu bekas isi gula barangkali, hulur ke Mahathir, tersengih beliau beri derma,” katanya.

Wartawan Watan-Online

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA