Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, February 25, 2017

BERMUSUHAN POLITIK - DI MANA PENGHUJUNGNYA?


 Enakmen Keluarga Islam Kelantan Tahun 2002 telah diwartakan tarikh kuasanya pada 1 Oktober 2003. Adun Meranti, YB Dato Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud merangkap Exco Agama Kerajaan Kelantan sekarang adalah antara ADUN yang terlibat meluluskan Enakmen tersebut.

 Pada tahun 2004, iaitu kira kira beberapa bulan sahaja selepas Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 dikuatkuasakan, Exco Agama tersebut dilaporkan telah terlibat dalam satu upacara akad nikah tanpa kebenaran yang sah di Hotel Renaissance, kira kira 700 meter sahaja daripada Kompleks Mahkamah Syariah di Balai Islam Lundang. Upacara akad nikah ini turut melibatkan dua orang wakil rakyat Pas yang juga terlibat dalam meluluskan EKI 2002 dalam persidangan DUN Kelantan dan beberapa orang lagi pemimpin Pas.

 Perbuatan ini adalah bercanggah dengan Seksyen 19, Enakmen Keluarga Islam Kelantan Tahun 2002 dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1000 atau penjara salama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 40 Enakmen yang sama.

 Exco Agama ini juga dilaporkan telah memberi maklumat yang palsu seperti yang dikehendaki dalam Seksyen 23 EKI 2002 dengan memalsukan keterangan isteri pertama bagi tujuan mendapat kebenaran berpoligami, iaitu menulis dan menandatangani sendiri surat tulisan tangan Kebenaran Kahwin Poligami dari isteri pertama. Perbuatan ini dianggap satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM2000 atau penjara selama tidak melebihi satu tahun atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 38, Enakmen Keluarga Islam Kelantan Tahun 2002.

 Pencabulan undang undang dan enakmen yang diluluskan sendiri oleh Adun yang berkenaan adalah satu tindakan yang amat tidak wajar dan menghina Dewan Undangan Negeri yang mulia.

Exco Nikah Kawin ada sindikit?
Kesalahan ini adalah jauh lebih serius berbanding kesalahan Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Telah Bercerai seperti yang dicanangkan dalam isu langgar Bai'ah dan Sumpah Taklik Talak Tiga oleh Exco tersebut iaitu denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 132 Enakmen yang sama.

 Adakah watak watak seperti ini boleh diharapkan untuk mertabatkan undang undang syariah dan memperkasakan mahkamah syariah seperti yang war warkan melalui polimek RUU 355???? ~ Che Ibrahim Mohamed

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA