Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, January 12, 2017

TMJ -DEDAH SIAPA ANNUAR MUSA DAN UNIKL

TUNKU Mahkota Johor, (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mendedahkan dokumen bukti-bukti bahawa Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan wang Majlis Amanah Rakyat, MARA dan juga UniKL untuk menaja pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior (TRW).

Beberapa dokumen berhubung dakwaan itu turut disiarkan di halaman facebook yang menjadi suara rasmi TMJ, Johor Southern Tigers.


TMJ membidas tindakan Tan Sri Annuar Musa yang tergamak menggunakan duit rakyat daripada MARA untuk menaja Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warrior sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik.

"Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara," dakwa TMJ seperti yang disiarkan di halaman facebook Johor Southern Tigers.

Dakwanya lagi, Universiti Kuala Lumpur, UniKL turut menjadi mangsa di mana meskipun universiti itu terpaksa mengurangkan biasiswa pelajarnya dari RM2 billion kepada RM1.3 billion pada tahun 2016, namun Annuar Musa telah menggunakan kuasanya bagi menaja pasukan TRW dalam tahun yang sama.


"Tidak cukup dengan Pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka untuk menaja pasukan TRW pada tahun itu," dakwanya lagi.

TMJ turut meminta penjelasan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut.

Sebelum itu dalam kenyataan yang sama TMJ turut menyelar ahli-ahli politik yang menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk melonjakan kembali prestasi mereka yang sedang merudum.

Dalam artikel sebelum ini, TMJ ada mendedahkan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah menyalahgunakan banyak wang yang banyak diberi oleh Tun Mahathir untuk kemewahan diri sendiri, iaitu dengan membeli sebuah kereta mewah Porsche Panamera

"DULU masa Tun Dr Mahathir bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera."
Itu tulisan pada perenggan akhir kiriman halaman facebook Johor Southern Tigers, yang menyampaikan kenyataan rasmi Tunku Mahkota Johor, (TMJ) DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Tengku Ibrahim.


Kiriman itu menjadi viral kerana TMJ secara terbuka membayangkan bahawa Tan Sri Annuar Musa, telah menyalah gunakan wang yang banyak diberi oleh Tun Mahathir untuk membeli sebuah kereta Porsche Panamera sedangkan duit itu dakwanya patut digunakan untuk kebaikan rakyat.

Aku nampak, dengan kapasitinya sebagai seorang anak raja, Tunku Ismail mempunyai akses kepada pelbagai skandal dan salah laku ahli politik Malaysia, terutama para pemimpin Umno. Jika mahu, satu persatu skandal boleh didedahkan bila tiba masanya.

Tan Sri Annuar Musa perlu jawab tuduhan ini, ia tuduhan yang serius kerana ia tuduhan melibatkan wang rakyat. Duit yang sepatutnya diberi kepada rakyat digunakan untuk kekayaan peribadi.

Aku percaya ahli Umno bawahan juga nak tahu, berapa banyak Tun Mahathir beri duit kepada Annuar Musa untuk tawan Kelantan? Berapa banyak yang dimanfaatkan untuk rakyat, dan berapa banyak yang beliau 'sakau' untuk kegunaan peribadi?

Sampai sekarang Tan Sri Annuar Musa masih membisu mengenai tuduhan yang dilontarkan oleh TMJ itu terhadap beliau.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA