Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 13, 2017

PM " DO WHAT I TOLD TO DO AND DO NOT DO WHAT I DO "

Image result for mahfuz omar
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyindir ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang mengingatkan penjawat awam supaya tidak mengambil hak rakyat.

"Saya percaya pesanan dan nasihat PM Najib agar pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat menunjukan beliau sekadar mahu menunjukan kepada rakyat yang pegawai-pegawai kerajaanlah yang menjadi punca segala masalah gejala rasuah dan ketirisan perbelanjaan wang negara.

"Pegawai kerajaan jangan ambil hak rakyat dan jangan amalkan rasuah walaupun PM boleh terima kalau rakyat sudi derma," sindir Mahfuz yang mengaitkan ucapan itu dengan skandal 1MDB.

Semalam, Najib dilaporkan berkata, beberapa siri pendakwaan terhadap penjawat awam menjadi peringatan kepada pihak dalam kerajaan supaya tidak mengambil hak rakyat

Jelas Najib, kes-kes sedemikian yang ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengurangkan keyakinan awam kepada kerajaan.

“Apa yang SPRM lakukan beberapa hari ini mengingatkan kita berkaitan pembaziran, berkaitan ambil hak rakyat.

“Jangan ambil hak rakyat. Ia milik mereka. Ingat bila kita laksanakan program-program kita, ia untuk rakyat.

“Jadi apabila ada pembaziran, orang ramai akan kecewa dan hilang keyakinan pada kamu,” kata Najib lagi.

Mengulas lanjut, Mahfuz berkata, para pegawai kerajaan dan rakyat sedar yang hanya segelintir sahaja penjawat awam terlibat dalam pengambilan rasuah.

"Tetapi mereka juga mempersoalkan kenapa kes berprofil tinggi yang membabitkan kepentingan individu kuasa politik tiada sebarang tindakan.

"Sebaliknya Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM yang fokusnya kes berprofil tinggi dikecilkan dan pegawai-pegawai SPRM pula dipersalahkan sehingga menjadi mangsa pemerintah.

"Bagaikan 'ketam yang mengajar anaknya berjalan betul', sedangkan yang memberi nasihat, dia sendiri tidak mengamalkan nasihatnya," kata beliau lagi.

Pada masa yang sama, Mahfuz mempersoalkan mengapa Najib selaku presiden Umno tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli Umno yang menjadi anggota pentadbiran kerajaan tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat.

"Semasa ucapan di Perhimpunan Agung Umno yang lalu, kenapa Najib tidak memberi ingatan kepada diri sendiri dan ahli-ahli Umno seperti perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri tentang mustahaknya menjauhi rasuah dan tidak mengambil hak rakyat," tambah Mahfuz. 
-mk

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA