Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, January 10, 2017

SUMPAH TAKLIK PAS TAK SAH.......

OLEH ZULKIFLI SULONG

Kelahiran parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan kaedah PAS untuk memastikan pimpinan mereka untuk setia kepada parti Islam itu. Salah satu daripadanya ialah baiah cerai taklik – sumpah dilafaskan wakil rakyat PAS Kelantan beberapa tahun dahulu yang memerlukan mereka menceraikan isteri sekiranya menukar parti.

 Difahamkan, sumpah ini merupakan salah satu sebab mengekang simpatisan Amanah di kalangan wakil rakyat PAS Kelantan daripada menyokong parti serpihan itu secara terbuka.

Akan tetapi bekas kadi Kelantan percaya terdapat 3 cara untuk wakil rakyat Kelantan membebaskan mereka daripada sumpah itu dan meninggalkan PAS bagi menyertai parti-parti lain. "Yang pertama melaksanakan cerai khul'ei iaitu isterinya memohon cerai dari suaminya dengan membayar sejumlah wang kepada suami. Selepas suami bersetuju, mereka boleh bercerai,” kata Che Ibrahim Mohamed kepada The Malaysian Insider.

"Selepas itu, mereka boleh berkahwin semula melalui satu akad nikah baharu tanpa diikat cerai talak 3 yang tidak boleh dirujuk (berkahwin) semula.”

Umat Islam yang bercerai talak 3 tidak boleh rujuk semula (berkahwin semula) dengan bekas isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan orang lain dan bercerai.

Che Ibrahim berkata, pendapat ini adalah popular di kalangan ulama fekah Islam dan diterima Mazhab Shafie yang diamalkan di Malaysia.

Jalan keluar kedua, katanya, adalah dengan meyakini dan percaya lafaz cerai taklik yang dilaksanakan mereka sebelum ini tidak sah kerana mereka tiada niat untuk bercerai dengan isterinya ketika membuat lafaz itu.

"Jika sumpah taklik itu tidak disertai dengan niat untuk bercerai walaupun dilafazkan begitu, ia satu sumpah yang ‘lagha’ atau terbatal dan tidak memberikan apa-apa kesan.

"Oleh itu, walaupun dia melanggar sumpah ini, dengan meninggalkan PAS, talak tidak jatuh ke atas isterinya.

"Ini pendapat 3 ulama besar iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim dalam kitab-kitab mereka dan diterima pakai undang-undang keluarga Islam di Mesir," kata Che Ibrahim yang juga timbalan pengerusi Amanah Kelantan.

Jalan keluar ketiga pula katanya, ialah dengan menerima pakai pendapat lafaz cerai taklik ini dari awal lagi tidak sah dan haram.

"Ia bukan pendapat yang popular dan hanya diterima pengikut Syiah dan Az Zohiri," kata Che Ibrahim.

The Malaysian Insider dimaklumkan, antara 10 hingga 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kelantan menyokong Amanah tetapi tidak mahu meninggalkan parti itu kerana sumpah ini dan beberapa isu lain.

Bagaimanapun, 2 bekas ahli Parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat) dan Dr Mohamad Hatta Ramli (Kuala Krai) tetap mengambil keputusan meninggalkan parti Islam itu.

Kamarudin menyertai PKR manakala Dr Hatta menyertai Amanah.

The Malaysian Insider masih mencuba untuk menghubungi kedua-dua bekas pemimpin PAS ini untuk mengetahui apa pendekatan yang diambil bagi melepaskan diri daripada lafaz baiah taklik itu.

Che Ibrahim percaya, kedua-duanya mengambil salah satu pendekatan di atas ketika membuat keputusan meninggalkan PAS~M/Insider
Sudah sampai masanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas.
Jangan beri muka lagi.
Dalam 3 atau 4 kali setiap tahun pasti akan ada dakwaan palsu berlegar dalam laman sosial berkaitan “kes culik palsu” ini.

Skripnya sama. “Saya ditarik masuk ke dalam van putih. Di dalam van itu saya nampak beberapa gadis lagi senasib saya... tolong saya...(talian terputus).”Tahun lepas lagi teruk viralnya sehinggakan Polis Selangor terpaksa menafikan khabar angin kononnya van putih menggunakan plat negara jiran sedang berkeliaran dan menculik kanak-kanak sebagai mangsa organ terutama di daerah Sabak Bernam.
Membuat dakwaan palsu gadis remaja yang rosak akhlaknya ini perkara serius. Ia menimbulkan suasana panik, gusar dan kemarahan dalam kalangan rakyat negara ini terhadap keselamatan anak.
Justeru, gadis seperti Nur Amirah Atirah Abdul Majid selain teman lelakinya, yang sengaja bikin gamat seluruh negara baru-baru ini apabila mendakwa diculik, harus dihadapkan ke muka pengadilan.
Kalau tidak dihadapkan ke mahkamah kerana faktor bawah umur, Nur Amirah Atirah harus dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak.
Kita tidak mahu lagi “berita penculikan sampah” begini berleluasa.
Kalau memang sudah ada prosedur undang-undang menangani kes pembohongan ini, polis memasuki tahun baharu 2016 ini, perlu beri pelajaran kepada remaja. Mungkin hantar pegawainya ke sekolah untuk mengingatkan golongan pelajar natijah perbuatan ini.
Nur Amirah Atirah tentu ingat kisah budak gembala kambing dengan harimau.
Pada suatu hari, semasa dia menjaga kambingnya, dia terfikir hendak mempermainkan orang kampung kerana bosan menjaga kambing kepunyaan bapanya.
Budak itu menjerit meminta tolong.Tolong, tolong! Ada harimau yang makan kambing saya.
Tetapi apabila orang kampung yang bersenjatakan lembing dan parang berlari mendapatkannya, budak gembala itu tertawa terbahak-bahak. Ha…ha…ha…kamu semua tertipu.
Namun beberapa hari kemudian, memang benar dia didatangi 2 harimau. Budak itu menjerit meminta tolong.
“Saya tidak berbohong. Harimau benar-benar datang!” jeritnya lagi tetapi tiada seorang pun yang datang membantunya. Akhirnya, bukan saja kambing dibaham, dia sendiri mati diterkam.
Kes lari bersama teman lelaki sering berlaku dalam kalangan golongan remaja berusia 12 hingga 15 tahun.
Statistik polis 2015 mendedahkan 2,540 lari bersama teman lelaki; 1,857 terpengaruh dengan rakan; 1,592 lari kerana masalah keluarga dan 1,371 lari kerana mahukan kebebasan.
Daripada jumlah itu, remaja Melayu paling ramai terlibat iaitu sebanyak 10,489 kes berbanding bangsa lain. – utusan.com.my
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/jangan-beri-muka-lagi-zulkifli-jalil#sthash.9juFr8Wt.dpuf
Kelahiran parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan kaedah PAS untuk memastikan pimpinan mereka untuk setia kepada parti Islam itu.
Salah satu daripadanya ialah baiah cerai taklik – sumpah dilafaskan wakil rakyat PAS Kelantan beberapa tahun dahulu yang memerlukan mereka menceraikan isteri sekiranya menukar parti.
The Malaysian Insider difahamkan, sumpah ini merupakan salah satu sebab mengekang simpatisan Amanah di kalangan wakil rakyat PAS Kelantan daripada menyokong parti serpihan itu secara terbuka.

Akan tetapi bekas kadi Kelantan percaya terdapat 3 cara untuk wakil rakyat Kelantan membebaskan mereka daripada sumpah itu dan meninggalkan PAS bagi menyertai parti-parti lain."Yang pertama melaksanakan cerai khul'ei iaitu isterinya memohon cerai dari suaminya dengan membayar sejumlah wang kepada suami. Selepas suami bersetuju, mereka boleh bercerai,” kata Che Ibrahim Mohamed kepada The Malaysian Insider.
"Selepas itu, mereka boleh berkahwin semula melalui satu akad nikah baharu tanpa diikat cerai talak 3 yang tidak boleh dirujuk (berkahwin) semula.”
Umat Islam yang bercerai talak 3 tidak boleh rujuk semula (berkahwin semula) dengan bekas isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan orang lain dan bercerai.
Che Ibrahim berkata, pendapat ini adalah popular di kalangan ulama fekah Islam dan diterima Mazhab Shafie yang diamalkan di Malaysia.
Jalan keluar kedua, katanya, adalah dengan meyakini dan percaya lafaz cerai taklik yang dilaksanakan mereka sebelum ini tidak sah kerana mereka tiada niat untuk bercerai dengan isterinya ketika membuat lafaz itu.
"Jika sumpah taklik itu tidak disertai dengan niat untuk bercerai walaupun dilafazkan begitu, ia satu sumpah yang ‘lagha’ atau terbatal dan tidak memberikan apa-apa kesan.
"Oleh itu, walaupun dia melanggar sumpah ini, dengan meninggalkan PAS, talak tidak jatuh ke atas isterinya.
"Ini pendapat 3 ulama besar iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim dalam kitab-kitab mereka dan diterima pakai undang-undang keluarga Islam di Mesir," kata Che Ibrahim yang juga timbalan pengerusi Amanah Kelantan.
Jalan keluar ketiga pula katanya, ialah dengan menerima pakai pendapat lafaz cerai taklik ini dari awal lagi tidak sah dan haram.
"Ia bukan pendapat yang popular dan hanya diterima pengikut Syiah dan Az Zohiri," kata Che Ibrahim.
The Malaysian Insider dimaklumkan, antara 10 hingga 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kelantan menyokong Amanah tetapi tidak mahu meninggalkan parti itu kerana sumpah ini dan beberapa isu lain.
Bagaimanapun, 2 bekas ahli Parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar (Tumpat) dan Dr Mohamad Hatta Ramli (Kuala Krai) tetap mengambil keputusan meninggalkan parti Islam itu.
Kamarudin menyertai PKR manakala Dr Hatta menyertai Amanah.
The Malaysian Insider masih mencuba untuk menghubungi kedua-dua bekas pemimpin PAS ini untuk mengetahui apa pendekatan yang diambil bagi melepaskan diri daripada lafaz baiah taklik itu.
Che Ibrahim percaya, kedua-duanya mengambil salah satu pendekatan di atas ketika membuat keputusan meninggalkan PAS.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-kadi-beri-3-jalan-keluar-cerai-taklik-pas-untuk-sertai-amanah#sthash.KbkVts2T.dpuf

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA