Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, December 23, 2016

UMNO KALAH PRU14 - KEMANA MELAYU?

Satu analisa kaitan dengan kemana Melayu jika di takdirkan BN musnah dalam PRU 14 nanti. Apakah dengan keadaan semasa di mana negara masa kini penoh dengan ranjau kepimpinan dengan isu rasuah, salah guna kuasa, penyeleweangan, penggunaan pentadbiran kerajaan untuk kepentingan sendiri, akan memberikan imfak kepada negara. 

Kegelapan kepimpinan UMNO / BN bermula sejak Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kepimpinan dan paling ketara sekali ialah selepas PRU 2008, UMNO / BN kehilangan majoriti 2/3 di parlimen. PRU 12 di jadikan " bench-mark " kepada jangkaan merudumnya UMNO  /  BN dalam kepimpinan negara. Keadaan kepimpinan selepas Pak Lah dan diterajui oleh Najib pada PRU13 juga menunjukkan akan berlakunya perubahan di Putra Jaya.


Tapi apakah malapetaka dalam UMNO itu dapat di atasi oleh kepimpinan gabungan parti Pakatan Rakyat?  dalam keadaan UMNO / BN di landa oleh krisis kepimpinan, pemimin Pakatan Rakyat juga mengalami yang sama. Ruang untuk menang masih ada, walau pun PR telah berkubur, dan bagi Najib, beliau lebih menumpukan kepada kekuatan UMNO dan parti-parti kompenan dari Sarawak. Sarawak akan mengada PRN pada tahun ini, apa yang berlaku di Sarawak akan menjadi petunjuk kepada Najib.

Yang berlaku pada pakatan pembangkang - khususnya dari PAS.

Harapan pembangkang memenuhi aspirasi pengundi dan rakyat jelata pudar berikutan penyingkiran golongan profesional (umarak) daripada kepemimpinan PAS dalam pemilihan 4 Jun lalu dan perpecahan PR ...Jun lepas. PAS kini dikuasai oleh golongan agama (agamawan) akan menguncup menjadi parti dakwah/hudud tanpa kepakaran untuk berdakwah kepada khalayak pelbagai kaum dan agama. Besar kemungkinan agamawan yang kini menerajui PAS lebih mudah dipujuk dan digula-gulakan untuk menyertai BN melalui gagasan perpaduan dengan Umno.

Kepedulian Najib pada komponan lain jelas di abaikan, malahan tidak minat untuk berunding dengan mereka. Mohd Najib hanya mengadakan perhimpunan solidariti (perpaduan) dengan Umno – bukan sekali, tetapi berulang kali. Sebagai contoh Pehimpunan Merah.


Persoalannya apakah ketidak pedulian ini ada kaitan dengan kekalahan di PRU13? PRU 13 mempelihatkan bagaimana komponen penting MCA dan Gerakan gagal menyekat kaum Cina untuk menyokong BN, dan PRU13 juga digelar sebagai Tsunami Cina. Bagi Najib survival meneruskan kepimpinn hanya bergantung kepada UMNO, hanya UMNO yang akan memberikan sokongan kepada beliau.

Mohd Najib gembira dijulang Pemuda Umno

Bagi UMNO dah lama mereka menggunakan Melayu-Bumiputera untuk survival politik, kerana Melayu ramai di luar bandar dan kehidupan mereka miskin - masih ramai yang " kais pagi makan pagi dan petang makan petang ". Mereka amat gembira bila dapat sogokan, sebab itu Najib sedia menggunakan wang negara untuk kepentingan politiknya. BRIM adalah senjata utama Najib masa kini.


Dengan penerimaan BRIM, Melayu lupa dengan segala kesusahan yang di tanggung dan lupa juga dengan penyeleweng yang dilakukan. Mereka lupa isu 1MMD, lupa isu Felda/FGV serta lupa salah laku pemimpin, rasuah mereka, penyalahguna kuasa, tamak, serta suka berhibur. Juga lupa dengan beban tanggongan GST, tak ambil tahu kaitan dengan merosotnya nilai mata wang. Apa lagi dengan laporan terbaru Bank Dunia kaitan dengan perkembangan ekonomi negara yang di jangkakan berkembang pada 4.5% jika di bandingkan 6% tahun lepas * maklumat Bank Dunia.


Apakah suasana bagini akan mengalahkan UMNO dan meninggalkan Putra Jaya, atau masihkah kita ingat bagaimana rakyat sebuah negara walau pun di sahkan dengan kajian rakyat tidak gembira tapi bila diadakan piliharaya Rakyat Togo adalah sebuah negara yang paling miskin ( ke 26 miskin didunia ) masih terus memilih Presidennya Faure Gnassingbe sebagai presiden walau pun kini penggal ketiga pemerintahnya.

Togo: Rakyat tak gembira, Presiden menang juga

Akhir sekali, kita mungkin mengalami nasib yang serupa dengan Togo. Kajian mengenai kegembiraan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2015 mendapati rakyat Togo adalah yang paling tidak gembira di dunia. Tetapi tidak lama selepas laporan itu terbit, Presidennya, Faure Gnassingbe menang penggal ketiga dengan mendapat 59 peratus undi. Dinasti Gnassingbe memerintah Togo sejak tahun 1967 dan Togo adalah negara ke-26 termiskin di dunia. Natijahnya demokrasi tidak semestinya menghasilkan kepemimpinan dan pemerintahan unggul.

PM tenggelam dalam lautan manusia di Sabah

Apakah akan terjadi jika di takdikan 
BN Kalahpada PRU 14 nanti?

Nasib Melayu Pi Mai Tang Tu

Kesimpulannya, nasib orang Melayu-Bumiputera dan orang Islam mungkin tidak lebih baik daripada di bawah BN sekiranya pakatan pembangkang memerintah Malaysia.

Tetapi nasib mereka juga tidak akan menjadi lebih buruk di bawah pakatan pembangkang. Tetapi orang Melayu-Bumiputera yang pandai memainkan peranan dan tahu mengambil kesempatan mungkin mendapat faedah daripada kerajaan baru.

Perkhidmatan awam, polis dan tentera 
kekuatan Melayu-Bumiputera
Kalau orang Cina menggunakan kekuatan ekonomi dan orang India menggunakan kekuatan profesional untuk mempengaruhi kerajaan, orang Melayu-Bumiputera boleh menggunakan bilangan mereka yang ramai dalam perkhidmatan awam, polis dan tentera sebagai pengimbang (leverage).

Bagi rakyat Malaysia amnya, keadaan mungkin menjadi lebih baik jika politik dan ekonomi negara diuruskan dengan lebih berhemah, pembaziran dan pemborosan wang negara diberhentikan dan rasuah serta salah guna kuasa disekat.

Pakatan pembangkang tidak boleh menganaktirikan orang Melayu-Bumiputera dan orang Islam jika mereka mahu mentadbir secara adil sambil mengekalkan keamanan negara untuk jangka masa panjang.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA