Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, December 22, 2016

ANAK KECIL MAIN API - TERNYATA KINI......


Cina Jho Low Berfoya-foya Melayu Jadi Kuda



A Kadir Jasin


APA yang membezakan Malaysia dengan banyak negara bekas tanah jajahan di segi kemajuan ekonomi dan kemasyarakatan ialah kita memulakan proses perindustrian awal.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Masa kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 industri yang ada hanyalah memproses bahan-bahan mentah untuk eksport macam kilang papan, peleburan timah, mengilang getah dan kelapa.

Segala barang keperluan pengguna seperti makanan, pakaian, alat jentera, elektrik dan ubat-ubatan diimport, khususnya dari England, United Kingdon atau daripada “empire” iaitu tanah-tanah jajahan Inggeris seperti Hong Kong dan India yang sudah ada industri.

Kita memulakan proses perindustrian secara terancang pada pertengahan tahun 1960-an dengan menjemput pelabur tempatan dan asing mengeluarkan barang-barang gantian import seperti makanan diproses, pakaian, kelengkapan elektrik dan jentera ringan.

Itulah asal usul bertapaknya pelaburan asing selepas merdeka di negara kita. Dengan itu juga pergantungan kita terhadap modal Inggeris berkurangan dan kita memperoleh pelaburan daripada negara-negara Eropah yang lain dan, paling ketara, daripada Jepun.

Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya akibat jangkitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dasar pelaburan asing kita telah berubah.

Mula Jual Tanah

Kerajaan telah mula menjual industri strategik yang kita bina sendiri kepada orang asing dan sejak setahun dua ini hatta tanah pun mula dijual, dipajak dan digadai kepada orang asing.

Skandal penipuan 1MDB terus merebak jangkiti ekonomi, kewangan dan kedaulatan negara kita.

Pada awal bulan ini, akhbar Financial Times melaporkan yang 1MDB sedang bersiap sedia membayar balik hutang sebanyak AS$6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) dengan pertolongan negara China.

1MDB berhutang kepada syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC), tapi tak ada duit nak bayar balik. Macam mana nak bayar balik bila perniagaan tak untung. Rugi ada.

IPIC telah kemuka saman ke atas 1MDB di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. Dua orang pegawai IPIC yang subahat tipu 1MDB telah ditangkap oleh kerajaan Abu Dhabi.

Duit sendiri memang tak ada. Bukan saja berniaga tak untung tapi banyak dah dilesapkan dan dibawa lari ke luar negara. Pejabat Peguam Negara Switzerland yang sedang siasat pengalihan duit haram (money laundering) syak sebanyak AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB telah disonglap.

Skandal 1MDB bukan saja memalukan negara kita malah sangat berbahaya. Singapura telah pun bicara dan dapati bersalah beberapa orang yang jadi orang tengah mencuri dan menggelapkan duit 1MDB.

Tapi Peguam Negara Malaysia (Tan Sri) Apandi Ali kata tak ada bukti perbuatan salah di Malaysia.

Apandi Ali kata tak ada bukti
Macam saya dah kata banyak kali, 1MDB adalah perniagaan atas angin ala skim cepat kaya Pak Man Telo yang direka oleh seorang Cina Pulau Pinang bernama Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Kalau dia berniaga atas angin bersendirian itu hak dialah. Di negara kita ada macam-macam skim perniagaan atas angin dan haram sampai ketua samseng pun boleh jadi kaya raya dan dibagi gelaran datuk oleh raja Melayu.

Tapi dalam hal 1MDB ini ia babitkan kerajaan Malaysia – ertinya kita semua – melalui Kementerian Kewangan. 1MDB adalah anak syarikat Kementerian Kewangan. Oleh sebab itu hutang 1MDB sebanyak RM50 bilion jadi hutang kita semua.

Secara teknikal Malaysia dah “insolvent” atau tak cukup duit nak bayar hutang. Lebih kurang dah muflis akibat hutang 1MDB.

Jho Low sudah lama cabut dari Malaysia. Dia dan konco-konco yang termasuk anak tiri Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berfoya-foya di pusat-pusat hiburan dan perjudian dunia di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.


 
Jho Low (kanan sekali) dan Reza (kiri sekali)
Ikut taksiran Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ), Jho Low dan gengnya, termasuk anak (Datin Seri) Rosmah Mansor bernama Riza Shahriz Abdul Aziz, dah guna kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) duit yang dicuri dari 1MDB untuk beli harta di Amerika Syarikat saja.

Minta Sedekah Dari China

Sekarang, akibat perbuatan kaki putar Cina Pulau Pinang yang berupa sahabat akrab keluarga MohdNajib Tun Abdul Razak itu, negara kita terpaksa minta sedekah kepada China.

Umno takut-takutkan orang Melayu terhadap DAP tapi yang menipu kita semua adalah Cina kawan Perdana Menteri sendiri.

Kita tahu negara komunis China tak akan bantu 1MDB atau kerajaan Malaysia cara percuma atau sukarela. Mesti ada kira bicara di sebaliknya. Dalam bahasa Inggeris dia kata quit pro quo. Dalam bahasa mudah, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau.

China akan bantu pasal sudah pun dibagi kontrak dan projek beratus bilion ringgit oleh kerajaan Najib macam Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur berharga RM55 bilion, pembelian 10 buah kapal peronda persisiran berharga RM300 juta tiap satu, Projek Bandar Malaysia di atas tapak Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi dan kilang penjana elektrik.

Dalam masa tak sampai 10 tahun, China muncul sebagai pelabur, pemaju hartanah dan kontraktor asing yang paling agresif dan dapat layanan istimewa di Malaysia sampai jejaskan kedudukan pemaju tempatan.

Pada 22 November lepas agensi berita ekonomi antarabangsa Bloomberg siar rencana berkenaan “bandar raya China” bernilai AS$100 bilion (RM400 bilion) yang sedang dibina di Johor.

Antara lain berita itu kata, pemaju dari China yakin Johor Baru yang dekat dengan Singapura akan jadi Shenzhen baru. Shenzhen ni adalah bandar raya baru di tanah besar China ke utara Hong Kong.

Ungkapan “the next Shenzhen” atau Shenzhen baru itu sangat  menarik. Tapi kalau kita faham sangat menakutkan. Johor Baru akan jadi Shenzhen baru sebab kebanyakan harta yang sedang dimajukan di situ ditujukan khas kepada pembeli dari China dan Singapura.

Johor Baru akan jadi Shenzhen Baru
China banyak duit dan selera pelabur China sangat besar. Menurut Bloomberg, projek yang akan jadi “Shenzhen baru” itu dikenali sebagai Forest City dan mampu tempatkan 700,000 penduduk. Pembinaan bermula Februari lalu dan 8,000 unit apartmen dah dijual.

Ia adalah projek terbesar di antara kira-kira 60 projek di Iskandar Malaysia yang semuanya akan menambah setengah juta kediaman yang ditujukan kepada pembeli luar negara, khususnya dari China dan Singapura.

Kalau kita tak jaga-jaga dan kita biar orang tamak bermaharajalela, boleh jadi kita akan alami masalah kependudukan dan percanggahan budaya yang sangat besar.

Sekarang pun sudah ramai rakyat tempatan, khususnya Bumiputera dan bukan Bumiputera miskin, dah terpinggir dan tertindas akibat persaingan daripada pendatang Singapura yang lebih kaya.

Sebaliknya rakyat jelata kita yang ada kemampuan tak berminat dengan harta di “next Shenzhen” sebab mereka dah ada rumah di Australia, New Zealand, England, Amerika Syarikat dan Kanada atau sedang berkira-kira berhijrah ke luar negara.

Kita juga tak boleh pandang ringan kemungkinan negara kita, khususnya Johor, dibanjiri pemastautin asing yang beza bahasa dan budaya dengan kita atau yang tak hormati kepelbagaian kaum kita.

Sifat tamak dan gila duit orang kita yang berkuasa boleh sebabkan negara dijajah semula melalui pemilikan ekonomi dan pemberian hutang. Akhirnya kita terpaksa hantar “bunga emas” kepada China macam raja-raja kita buat pada zaman dulu kala.

Inilah bencana yang sedang timpa kita akibat sabotaj ekonomi dalam bentuk 1MDB.

Dalam Umno berkempen menakut-nakutkan orang Melayu, orang kampung dan orang Felda terhadap Cina DAP tapi di belakang mereka, kerajaan yang Umno pimpin dah ditipu oleh Cina Jho Low kawan keluarga Najib.

Jho Low (kiri sekali) bercuti atas kapal bersama keluarga Najib
Banyak tanah dan harta pusaka dah dijual-gadai kepada negara China kerana nak tampung hutang RM50 bilion yang Jho Low bebankan ke atas kita semua melalui skandal 1MDB.

Dia curi duit untuk bersuka-suka, negara kita yang jadi hina dan berhutang beribu-ribu juta yang kita, anak dan cucu kita jadi kuda, jadi mangsa.

Inikah wasatiyyah?

Wallahuaklam.

THURSDAY, DECEMBER 15, 2016


Kalau Bukan Dengan PH-PPBM, PAS Dengan Siapa?



A Kadir Jasin


PENDAPAT umum adalah semua parti politik dan calon pilihan raya bertanding untuk menang walaupun sekali-sekala ada juga yang bertanding bukan untuk menang.

[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Ada yang bertanding untuk mencipta sejarah, kerana marah dan ada juga sebab mendapat upah daripada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, matlamat parti-parti yang menentang Umno/Barisan Nasional adalah mengalahkan parti itu dan menubuhkan sebuah kerajaan pakatan bagi menyelamatkan negara yang sedang dirobek-robekkan oleh pentadbiran Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak.

Buat masa ini sudah wujud gabungan yang melibatkan parti-parti Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).Mereka menandatangani perjanjian kerjasama pada 13 Disember baru lalu. 

PH seperti kita ketahui dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah).
  
Penandatanganan Pakatan Harapan-PPBM, 13 Disember
PAS telah “bersumpah” tidak akan menyertai mana-mana gabungan yang dianggotai DAP dan Amanah. Amanah dan DAP pun sama. Mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS.

Jadi hanya tinggal PKR dan PPBM yang masih boleh menerima PAS. Atas sebab itulah kedua-dua buah parti sedang berbincang dengan PAS. Matlamat pokoknya adalah mengalahkan Umno/BN melalui pertandingan satu-lawan-satu.

Di antara PPBM dengan PKR, PPBM lebih bebas untuk berunding dengan PAS sebab ia bukan anggota PH. Ia hanya menjalin kerjasama dengan PH. 

Jadi dalam hal rundingan dengan PAS ini, PPBM mengambil peranan utama.
Rombongan PPBM yang dipimpin oleh presidennya, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin, telah pun menemui pasukan PAS yang diketuai oleh timbalan presidennya, (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man pada 9 November lalu di Kuala Lumpur.

Rundingan PAS-PPBM itu tidak ditentang oleh DAP dan Amanah. Seperti PKR dan PPBM, Amanah dan DAP juga sekata, iaitu kerajaan Umno/BN wajib ditumbangkan demi menyelamatkan Malaysia.

Cuma kita harus faham sensitiviti dan permusuhan di antara PAS dengan Amanah dan DAP.

Kunci katanya adalah berpakat bagi mengalahkan Umno/BN melalui pertandingan satu-lawan-satu.

Premis Kerjasama

Maka atas premis bertanding untuk menang secara satu-lawan-satu inilah kita perlu mengukur dan mengadili tindak-tanduk PAS seterusnya.

Di kalangan kepemimpinan PPBM, mereka telah pun sekata bahawa rundingan dengan PAS sangat dialu-alukan, tetapi wajiblah ada tolak-ansur dan jadual.

Oleh sebab PRU mungkin diadakan secara mengejut, semua pihak kesuntukan masa. Justeru itu rundingan dengan PAS tidak boleh berlarutan.

Keputusan harus dibuat menjelang pertengahan bulan depan, iaitu sebulan dari sekarang. Itulah mandat yang diberikan kepada Muhyiddin dan pasukannya.

Kalau selepas tarikh itu persetujuan belum dicapai atau PAS menolak kerjasama maka andaiannya adalah PAS sebenarnya bersama Umno/BN atau setidak-tidaknya pun Abdul Hadi bersama Najib.

Soalnya, kalau bukan dengan PH-PPBM dengan siapa lagi PAS akan bergabung untuk mempertahankan kedudukannya sekiranya bukan dengan Umno?

Bersendirian PAS akan kalah teruk melainkan memang tujuan PAS untuk membunuh diri dengan melakukan harakiri.

Dalam bahasa yang mudah, kalau PAS tidak bersama PH-PPBM maka ia bersama Umno/BN tidak kiralah secara tersurat atau tersirat, dihebahkan atau berselindung.

Mengapa Umno?

Kalau PAS bersama Umno/BN persoalan seterusnya yang pasti timbul, apakah dorongannya?

Adakah kerana PAS telah dijanjikan sesuatu yang fundamental (seperti sokongan kepada Hudud/Negara Islam) atau kerana PAS sudah termakan budi?

Kalau motivasinya adalah berkaitan yang pertama, kita sudah lihat bagaimana kerajaan Umno/BN telah mempersendakan PAS dengan melengah-lengahkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai Akta 355.

Pada mulanya Umno/BN membuat berbagai-bagai helah bagi menyekat pembentangan rang undang-undang itu.

Kemudian ia membenarkan pula bil itu dibentangkan sebagai  Rang Undang-Undang Ahli Persendirian oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang. Abdul Hadi melakukannya pada 26 Mei lalu.

Seterusnya, menteri Umno/BN cuba mensabotaj dengan mengatakan masa tidak cukup untuk membahaskannya dalam sesi yang baru berakhir.

Sekonyong-konyong, Abdul Hadi sendiri “menangguhkan” penerusan perbahasan rang undang-undang itu atas alasan mengelak kekeliruan.

Beliau dilaporkan sebagai berkata, perbahasan perlu ditangguhkan kerana gangguan oleh bukan Islam walaupun bil itu hanyalah untuk orang Islam.

Langkah mengejut Abdul Hadi itu membingungkan ramai orang sehingga tercetus semula cakap-cakap bahawa PAS sudah termakan budi dan sedang diperas ugut oleh Umno/BN.

Najib dan Abdul Hadi: Baju sewarna tanda mesra
Apatah lagi apabila pada 8 Ogos lalu PAS mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap portal berita Sarawak Report (SR) kerana mendakwa kononnya PAS menerima derma RM90 juta daripada Najib, tetapi sampai hari ini tidak mengotakannya.

Kalau SR berdusta, mengapa tidak kemukakan saman?

Gertak PAS itu sama dengan gertak Najib yang mengancam mengemukakan saman ke atas Wall Street Journal Julai tahun lalu mengenai RM2.6 bilion duit 1MDB yang masuk ke dalam akaun peribadinya.

Hari ini, tuduhan WSJ itu menjadi kenyataan dengan pelbagai kes mahkamah dan pembekuan aset berkaitan 1MDB yang sedang berjalan di merata dunia.

Tindakan PAS berdiam diri mengenai ancaman terhadap SR itu menyebabkan perasaan syak berlegar di fikiran banyak orang bahawa PAS, atau setidak-tidaknya pun individu tertentu dalam PAS, telah menerima sumbangan daripada Najib atau Umno.

Kesimpulannya, PAS perlu berunding dan bercakap berlandaskan keikhlasan dan berhenti daripada memberi isyarat yang bercanggah – lain dalam rundingan dan lain di hadapan penyokong.

Kalau tidak, syak wasangka bahawa ia sedang bersekongkol dengan Umno akan menjadi lebih kuat dan berleluasa .

Wallahuaklam.

3 comments:

  1. nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
    MALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya mohon. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    Whats-app Mother Rossa Company: +1 (914) 529-5708.
    Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus membagikannya kepada anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur ​​dan jujur.
    "jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk melaksanakan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
    e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
    E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
    nombor telefon bimbit +601616345654
    Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya

    ReplyDelete
  2. NOMOR WHATSAPP: +1 267 526 5352  
                          
    Selamat siang
    Namaku Nyonya Ahmed Neni dan saya berbicara sebagai salah satu orang paling bahagia di dunia saat ini dan saya mengatakan kepada diri sendiri bahwa pemberi pinjaman yang menyelamatkan keluarga saya dari situasi buruk kami, saya akan menceritakan namanya kepada dunia dan saya sangat bahagia dengan katakan bahwa keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp150.000.000.00 untuk memulai hidup saya sejak saya adalah satu ibu dengan 3 anak dan dunia sepertinya sedang bergantung pada saya saat saya mencoba untuk mendapatkan pinjaman Dari bank dan online bank menolak saya pinjaman mereka mengatakan bahwa penghasilan saya rendah dan saya tidak memiliki jaminan untuk pinjaman jadi saya pergi online dan hal-hal menjadi lebih sulit karena mereka merobek uang saya dari saya dengan janji manis untuk membantu saya sampai saya bertemu dengan ALLAH mengirim pinjaman pinjaman yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, ONE BILLION RISING FUND dimana Juruselamat ALLAH dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir ini tidak akan mungkin terjadi karena pengalaman masa lalu saya dan janji palsu tapi untuk mengejutkan saya, saya menerima pinjaman saya sebesar Rp150.000.000.00 dan saya akan menyarankan siapa saja yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi perusahaan tersebut, melalui email di: """""""(((((onebillionrisingfund@gmail.com))))))))"""""""karena mereka adalah pemberi pinjaman yang paling pengertian dan baik hati. Jika Anda melihat bagaimana memastikan pinjaman atau bagaimana mendapatkan pinjaman asli, perusahaan dapat membantu Anda. "

    BBM: D8E814FC 


    Sebagai penerima manfaat dari perusahaan saya adalah bukti hidup dari kerja baik perusahaan dan saya meyakinkan Anda bahwa Anda akan mendapatkan formulir pinjaman ONE BILLION RISING FUND. cukup hubungi mereka dan ikuti proses pemberian pinjaman yang mudah
         
    NAMA PERUSAHAAN: ONE BILLION RISING FUND
    GMAIL PERUSAHAAN: onebillionrisingfund@gmail.com
    NOMOR TEL: +1 267 526 5352
    NOMOR WHATSAPP: +1 267 526 5352


    Anda dapat menghubungi saya Ahmed Neni pada informasi lebih lanjut ((ahmedneni48@gmail.com))

    Allahu akbar

    ReplyDelete
  3. ¿Necesitas ayuda financiera? ¿Estás en alguna crisis financiera o necesitas fondos para poner en marcha tu propio negocio? ¿Necesitas fondos para saldar tu deuda o pagar tus facturas o empezar un buen negocio? ¿Tienes un crédito bajo? calificación y le resulta difícil obtener servicios de capital de los bancos locales y otras instituciones financieras? Aquí tiene la oportunidad de obtener servicios financieros de nuestra empresa.
    * Finanzas comerciales
    *Finanzas personales
    *Financiación de las empresas
    * Financiamiento de la construcción
    * Finanzas comerciales y muchos más: tasa de interés [A.P.R @ 1%];
    Contáctenos por correo electrónico: (financialserviceauthority400@gmail.com)
    Puede pedir prestado hasta [10.000.000,00 €]
    Y también un mínimo de [50.000,00 €] que es el mínimo que podemos prestar

    También puede llegar a través de los siguientes

    ☎ ::::::::::::> + 1 (872) 639 9724
    WhatsApp: +1 (872) 639 9724
    correo electrónico: (financialserviceauthority400@gmail.com)

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA