Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, December 24, 2016

2017 ZAMAN GELAP EKONOMI MALAYSIA.....


'Banyak kilang beri notis buang pekerja 1 Januari 2016'

Ekonomi Malaysia memasuki babak suram apabila kilang-kilang kecil dan sederhana dilaporkan mula mengeluarkan notis membuang pekerja mulai 1 Januari 2016.
Tinjauan wartawan Suara pakatan daily mendapati beberapa syarikat kecil di sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dalam masa yang terdekat.
Salah seorang ialah Jenny Tan yang bekerja sebagai kerani akaun di sebuah kilang kecil di Kepong. Menurut beliau kekurangan tempahan baharu menyebabkan pihak pengurusan syarikat tempatnya bekerja mengambil keputusan untuk menutup perniagaan.
Beliau menyalahkan polisi ekonomi kerajaan yang tidak praktikal menyebabkan pasaran dalam negara mengecut dan tidak mampu menampung produk industri.
“Ekonomi negara sekarang jatuh teruk. Pelaburan dari negara China pun tak banyak membantu. Saya dapat tahu penganalisis ekonomi yang berkecuali telah meramalkan ekonomi negara akan jatuh menjunam mulai bulan Mac tahun depan. Tapi sebelum itu kami orang biasa sudah merasai kesusahannya,” keluh Jenny.
Beliau yang berusia 50 tahun memberitahu ramai pekerja kilang tersebut sedang berasa bimbang dan gelisah mengenai masa hadapan mereka.
Seorang lagi yang bakal menganggur pada awal tahun hadapan, James Lim berpendapat, sehingga kini kerajaan belum lagi menemui jalan penyelesaian untuk membantu kilang-kilang yang sedang menghadapi kos kenaikan operasi akibnat kejatuhan ringgit dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
“MCA pernah kata mereka akan beri idea kepada kerajaan bagaimana mahu membantu tetapi sampai sekarang tiada apa-apa pun, sehingga kilang tempat kerja saya membuat keputusan akan menghentikan operasi pada Februari tahun depan lepas Tahun Baru Cina.
“Sekarang saya tidak percaya sesiapa pun yang kata ekonomi negara berada dalam keadaan sihat kerana banyak kilang-kilang di kawasan perindustrian di Kepong sedang mengalami kesukaran akibat kos operasi yang tinggi dan permintaan untuk barangan yang dihasilkan pula kurang,” kata James.
Seorang penyelia operasi yang diwawancara yang enggan namanya disiarkan, memberitahu Malaysia adalah di antara beberapa negara di dunia yang sedang mengalami kesan teruk akibat kegawatan ekonomi.
Beliau berkata, semua negara sedang mengalami kelembapan ekonomi tetapi kesan di negara jiran seperti Singapura tidaklah seteruk di negara kita

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA