Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 6, 2016

NGO - TANGKAP MO1

Ambil tindakan ke atas ‘Malaysian Official 1’, gesa gabungan 34 NGO 

Gabungan 34 organisasi masyarakat sivil menuntut kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu yang dinamakan sebagai Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysia 1) seperti disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS), 20 Julai lalu. 

Tuntutan tersebut merupakan salah satu daripada enam perkara yang dinyatakan dalam memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low hari ini. 


Penyerahan memorandum diketuai peguam Datuk S Ambiga Sreenevasan yang juga Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) itu turut mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat skandal syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Menurut Ambiga, tindakan saman sivil oleh DOJ yang mahu merampas hartanah milik negaranya bernilai lebih AS$ 1 bilion itu membuktikan kegagalan sistem kawal selia dan keadilan negara ini menyelesaikan siasatan berkenaan. 

Gabungan NGO itu juga mahu supaya kerajaan mendedahkan kedua-dua keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai skandal kewangan berkaitan SRC International Sdn Bhd serta keputusan interim tentang siasatan isu 1MDB kepada orang awam. 

“Kes DoJ ini menunjukkan bahawa terdapat penyelewengan dana secara besar-besaran. Apakah yang masih tinggal sebagai kedaulatan negara kita apabila hampir semua institusi utama telah dirobohkan secara terang-terangan?” dipetik dari memorandum itu. 

Turut menyerahkan memorandum itu Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Sevan Doraisamy. 

Selain AS, enam negara lain juga terbabit dalam siasatan 1MDB. Antaranya, Singapura yang memulakan siasatan bulan lalu ke atas dakwaan kesalahan pengubahan wang haram berkaitan dengan dua akaun yang terlibat dalam kes 1MDB. -MD 



No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA