Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, August 7, 2016

1MDB - KERANANYA UMNO DI SAMAN



Seorang ahli UMNO daripada Melaka, Muhammad Zahid Md Arip ( gambar ) hari ini tampil mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membatalkan keputusan kerajaan meletakkan Laporan Audit 1MDB di bawah Akta Rahsia Rasmi atau OSA.

Kata Zahid, beliau mengemuakan saman itu bagi pihak rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan, selain sesuai dengan janji kerajaan sendiri sebelum ini yang meminta semua pihak menunggu laporan audit untuk mengetahui fakta sebenar mengenai 1MDB.

Dalam samannya yang difailkan melalui peguam Hanif Khatri, Zahid menamakan Perdana Menteri, Najib Razak,  Ketua Audit Negara, Ambrin Buang dan kerajaan Malaysia sebagai responden-responden.

Alasan-alasan yang dikemukakan dalam tuntutannya ialah:-

- bahawa keputusan untuk mengklasifikasikan Laporan Audit 1MDB di bawah OSA adalah bercanggah dengan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki Ketua Audit  Negara mengemukakan laporan itu kepada Yang Dipertuan Agong, yang kemudian hendaklah ia dibentangkan di Parlimen, sekaligus menjadikannya dokumen awam;

- bahawa terdapat pertembungan kepentingan yang jelas dalam keputusan itu di mana responden pertama (Najib) terpalit secara langsung dalam skandal salah laku kewangan 1MDB, justeru atas prinsip keadilan asasi, responden pertama tidak berhak untuk memberikan sebarang kuasa kepada responden kedua (Ambrin) untuk mengklasifikasikan laporan audit itu di bawah OSA;

- bahawa responden-responden telah melangkaui kuasa yang sepatutnya kerana Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan tidak memberikan pilihan, sebaliknya meletakkan kewajipan untuk menyemukakan laporan audit 1MDB kepada Yang Dipertuan Agong, kemudian hendaklah menyebabkan ia dibentangkan di Parlimen dan sekaligus dijadikan dokumen awam;

- bahawa ia suatu keputusan yang tidak munasabah kerana telah meninggalkan untuk mengambil kira perkara penting yang sepatutnya diambil kira iaitu berkenaan Perkara 107(1) Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan alasan-alasan tersebut, selain menuntut Laporan Audit 1MDB itu dibebaskan daripada cengkaman OSA dan dijadikan dokumen awam yang boleh ditatap oleh semua rakyat, Zahid juga menuntut kos permohonan, kos sampingan dan lain-lain relief yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah daripada responden-responden yang dinamakannya itu. (SH 05/08/2016).


Zahid bersama peguam Hanif Khatri dan Khairuddin Abu Hassan 

menunjukkan surat saman yang dikemukakannya itu.


Zahid diiringi oleh kira-kira 100 penyokongnya ketika ditemubual 
media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Salinan muka depan saman yang dikemukakannya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA