Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, August 1, 2016

MUFTI OF MUFTI


Mufti adalah individu tertinggi di malaysia dalam bidang agama. Suara mufti adalah pemutus. Walau mungkin kelayakan berfatwa juga dimiliki agamawan lain, namun kerana jawatan mufti, suara mufti lebih diambil kira. 

Namun ada sesetengah mufti menunjukkan sikap tidak lagi nutral tetapi bias. Bias kepada pemerintah. Bila ada penentangan kepada perintah, cukup pantas mufti mengeluarkan fatwa mengecam sipenentang. Namun jika pemerintah memfitnah penentang, mufti tidak bersuara. 

Maaf, inilah yang penulis lihat kepada kes mufti pahang mengeluarkan pendapat bahawa dap adalah kafir harbi (merujuk kepada laporan akhbar arus perdana). Dap dikata harbi kerana menentang usaha menaiktaraf kuasa mahkamah syariah. 

Penulis sangat setuju penentang islam difatwakan sebagai harbi. Tak kira dap, mca, mic, upko, pbs, malah parti manapun adalah harbi jika menentang islam, dalam negara yang menguatkuasakan undang-undang islam. Namun sikap mufti yang jelas ialah harbi hanya akan berkumandang apabila pehak pembangkang membangkang islam, tidak keluar jika parti komponen kerajaa menentang islam (rujuk kenyataan mca akan keluar bn jika amno menyokong perlaksaan hukum hudud). 

Penulis berdiri dibelakang mufti pahang jika beliau berfatwa tanpa memilih, tapi penulis kurang selesa jika beliau bersikap bias. Sebab penentang islam sama sahaja harbinya walau apa status politiknya. 

Wassalam. 

Sumber: Detikdaily 5 Julai 2016

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA