Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, August 2, 2016

ADIK NAJIB DI DENDA.....



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan oleh anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib berhubung rayuannya terhadap CIMB.
Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menolak rayuannya berhubung kes Nazifuddin yang bertindak sebagai penjamin sebuah syarikat yang gagal membuat bayaran semula kepada bank.
Dengan ini, keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar RM200,000 – iaitu jumlah yang terhutang oleh syarikat berkkenaan kekal.
Keputusan itu dibuat dalam kamar.
Bulan lalu, CIMB dilaporkan menuntut daripada Nazifuddin, anak Najib hasil perkahwinan pertamanya, untuk membayar sejumlah wang selepas syarikat yang dijaminnya gagal membuat pembayaran yang dibuat mengikut perjanjian sewa beli.

Peguam Nazifuddin bagaimanapun berhujah bahawa CIMB tidak berhak menuntut jumlah penuh sebanyak RM200,000.
Ini kerana dalam surat tuntutannya, CIMB memohon RM12,000 dari Nazifuddin, justeru, peguamnya berkata bank itu tidak boleh menuntut jumlah keseluruhan.
Mereka mendakwa bahawa perjanjian jaminan yang menyatakan bahawa liabiliti pelanggan hanya terhad kepada apa yang dituntut.
Anak Najib gagal membatalkan kes itu di Mahkamah Sesyen manakala CIMB memperolehi penghakiman terus terhadapnya.
Penghakiman terus adalah keputusan tanpa perbicaraan penuh.
Nazifuddin diwakili peguam Justin Voon manakala peguam K Ganesan mewakili CIMB.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA