Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, July 31, 2016

BUBAR DUN - DAP DI PULAU PINANG & PAS DI KELANTAN.

Kelantan pula mahu adakan pilihan raya mengejut? 

Selepas desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang masih dalam peringkat rundingan, kerajaan negeri Kelantan pula disaran membubarkan dewan yang sama lebih awal. 

Saranan tersebut dibuat berikutan kemelut yang membelenggu kepimpinan PAS di negeri tersebut, menurut Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, memetik laporan Sinar Harian. 

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kemelut dan ketidak sepakatan dalam kalangan pemimpin PAS dapat dilihat dengan jelas hingga menjejaskan kepercayaan rakyat. 


Justeru, ujarnya, kerajaan negeri Kelantan perlu mengikuti jejak Pulau Pinang untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal demi mengembalikan semula keyakinan rakyat. 

“Kesepakatan kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika pilihan raya negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat. 

“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya lagi. 

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri itu lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat. 

“Bagi saya, kalau kerajaan Kelantan bersikap terbuka dalam soal ini, mereka perlu membubarkan DUN dan memberi semula mandat kepada rakyat. 

“Sebelum ini rakyat telah beri kepercayaan berikutan kerjasama baik dalam kalangan pemimpin PAS, tetapi kini mereka telah berpecah, dilihat berpuak-puak dan cuba menjatuhkan antara satu sama lain,” katanya. 

Menurut Ahmad Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang menambah, Umno Kelantan sentiasa bersedia dalam menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa sahaja. 

“Kita sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya, kita tidak ada musim. Kalau pilihan raya datang awal sekalipun, kita siap sedia. Kalau lewat, kita akan teruskan persediaan dalam memantapkan keperluan untuk kepentingan parti,” katanya. -mk 

ULASAN GB 

Keangkuhan PAS akhirnya tercabar. 

Ura-ura PRN akan diadakan di Pulau Pinang, Presiden PAS dengan angkuhnya menyatakan PAS akan meletakkan calonnya di setiap kerusi DUN Pulau Pinang sekiranya PRN di negeri itu diadakan. 

Kini tiba-tiba Kelantan dicabar membubarkan DUN lebih awal. 

Cabaran itu bukan dilakukan oleh DAP atau AMANAH yang sering menjadi sasaran serangan PAS, tetapi oleh rakan karib baharunya iaitu UMNO melalui Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub 

Kata Ahmad Jazlan: 
...kerajaan negeri Kelantan perlu mengikuti jejak Pulau Pinang untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri lebih awal demi mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Kesepakatan kerajaan negeri Kelantan untuk mengurus tadbir negeri jelas berkecamuk, jadi lebih baik jika pilihan raya negeri (PRN) dibuat lebih awal kerana sebuah parti bertanggungjawab harus mengembalikan keyakinan rakyat.

“Biarpun kerajaan negeri menafikannya, namun ada khabar menyatakan beberapa ahli dewan undangan negeri (ADUN) sudah hilang kepercayaan dengan kepimpinan kerajaan Kelantan dan akan keluar dari Pas,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, krisis yang berlaku di negeri itu lebih membimbangkan berbanding Pulau Pinang kerana membabitkan soal urus tadbir dan kepercayaan rakyat.

Begitulah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Apabila anda bersikap angkuh dan sombong maka ia akan segera mendapat sahutan dari langit untuk anda membuktikan keangkuhan dan kesombongan  anda itu. Ada berani PAS untuk bubarkan DUN Kelantan? 

Psssst... karikatur Megat ni menarik... 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA