Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, August 9, 2016

LELONG HARTA ROSMAH UNTUK TABUNG PAHLAWAN......





Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada 
wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit kata Mahfuz
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melolong barang-barang peribadi berjenama miliknya untuk didermakan ke tabung hari pahlawan.
Beliau berkata, barang-barang berharga rosmah seperti cincin berlian, beg tangan, jam tangan dan sebagainya jika ditukar dengan wang tunai boleh membantu prajurit yang telah banyak berjasakepada negara.
“Bukankah elok kalau Rosmah yang memiliki banyak beg tangan berharga,jam berjenama, cincin berlian,telefon tangan Vertu yang harga ratusan ribu ringgit dan barang barang kemas yang lumayan untuk disumbangkan pada tabung hari Pahlawan.
“Saya percaya jika barangan milik Rosmah dicairkan kepada wang tunai banyak yang dapat membantu perajurit tanahair yang berjasa pada negara,” katanya.
Rosmah yang juga penaung Tabung Pahlawan sebelum ini menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memberikan sumbangan kepada tabung khusus untuk bekas tentera itu.
Beliau juga meluahkan rasa sedih apabila mendapat tahu hanya segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor korporat yang menghulurkan sumbangan kepada tabung itu.
Mahfuz juga mempersoal ke mana hilangnya GLC dan kontraktor yang memperoleh banyak projek di bawah kementerian pertahanan.
“Berapa jumlah sumbangan syarikat yang memperolehi projek kapal selam,kereta perisai dan macam-macam projek bernilai milion dan bilion ringgit Malaysia.
“Atau mereka lebih banyak menyumbang untuk program program politik pemimpin Umno dari melihat kepentingan dan kebajikan perajurit tanahair.
“Takkan Rosmah isteri perdana menteri tak tau di mana syarikat syarikat ini. Atau syarikat ni pun turut sumbang senyap-senyap pada Rosmah?” soalnya. – Source/Foto: Malaysiadateline

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA