Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, August 10, 2016

PAS - PERLU KEMBALI KE PAKATAN RAKYAT


KUALA LUMPUR – Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad ( gambar ) mengaku beliau menyokong supaya PAS kembali bekerjasama dengan DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain kerana khuatir Selangor akan jatuh ke tangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Beliau dalam satu kenyataan media petang semalam senada dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa usaha untuk menumbangkan kerajaan adalah lebih penting berbanding tentangan DAP tentang dasar dan akidah Islam.
“Saya menyokong gesaan Tuan Ibrahim agar parti-parti pembangkang menumpukan usaha untuk menumbangkan BN dan bukan bertelagah sesama sendiri.
“Jika suasana hari ini berlarutan kemungkinan besar Selangor akan dapat dirampas semula oleh mereka (BM) pada pilihan raya umum yang akan datang,” akuinya dalam kenyataan itu.
Sehubungan itu, Iskandar berkata, satu formula yang akan memastikan prinsip-prinsip semua pihak termasuk prinsip DAP dapat dihormati mesti dicari oleh PAS.
Timbalan Presiden PAS semalam mengejutkan ramai pihak menggesa seluruh kepemimpinan, ahli dan penyokong PAS supaya kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.
Beliau yang merupakan pemimpin tertinggi PAS tetapi pro-Pakatan Harapan `dalam diam ‘ mendakwa PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim menyeru seluruh ahli dan penyokong PAS melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa.
Beliau turut memujuk seluruh pemimpin, ahli dan penyokong PAS supaya menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi.
“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” kata Tuan Ibrahim.
PAS disingkirkan daripada gabungan pakatan pembangkang oleh DAP dan PKR pada tahun lalu disebabkan PAS enggan tunduk kepada desakan supaya berkompromi dalam beberapa isu membabitkan akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan kepentingan politik pembangkang.
DAP dan PKR kemudian bertindak menubuhkan Pakatan Harapan selepas membubarkan Pakatan Rakyat bagi membentuk gabungan baharu parti pembangkang yang turut dianggotai PAN.
PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bertujuan menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan baharu parti pembangkang yang kini dibawah penguasaan DAP.
Kenyataan Tuan Ibrahim yang membelakangi Timbalan Pengerusi Persatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan satu tamparan hebat kepada Abdul Hadi selaku Presiden PAS.


Ia ekoran Abdul Hadi yang sering menjadi bahan cacian dan fitnah para pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan sebelum ini menegaskan bahawa PAS tidak akan mengabaikan akidah Islam semata-mata mahu menumbangkan kerajaan. –Mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA